Sekolah Kebangsaan Sungai Serai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Serai
Lokasi
KM 16, Jalan Hulu Langat
43100 Hulu Langat, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah rendah
MotoBelajar Berusaha Berjaya[4]
Ditubuhkan1951[1]
Nombor sekolah+603-90741377
Kod sekolahBBA4001[2]
Guru besarRohlaizatul 'Akmal binti Mohamad Sanusi[3]
GPK Pentadbiran dan AkademikMohd Fazly bin Mamat @ Zakaria[3]
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohamad Fadzli bin Misman[3]
Penolong Kanan KokurikulumNormalini binti Ramli[3]
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangRodziah binti Ahmad[3]
Faks+603-90741377
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, yang lebih dikenali dengan nama ringkasnya SK Sungai Serai, merupakan sebuah sekolah kebangsaan luar bandar[2] yang terletak di Hulu Langat, di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Pada masa kini, SK Sungai Sera memiliki murid seramai 691 orang, dan 54 guruJun 2022.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1951, Kampung Bukit Raya diisytiharkan sebagai Kawasan Hitam dan para penduduknya dipindahkan ke Kampung Sungai Raya. Sekolah Melayu Bukit Raya, yang dibuka pada masa itu, terpaksa ditutup kerana darurat. Murid-murid yang berasal dari Kampung Sungai Serai terpaksa bersekolah di Madrasah Sungai Bentong, yang merupakan sebuah bangunan yang diwakafkan, yang hanya mampu untuk menampung dua bilik darjah sahaja.

Ketua kampung dan ahli jawatankuasa mengambil keputusan untuk mendirikan bangunan tambahan dengan cara bergotong-royong. Bangunan tambahan itu akhirnya dapat didirikan, bertiangkan batang pinang beratap rumbia dan  berdindingkan buluh, dan dapat menampung dua bilik darjah.

Selepas pembinaan bangunan tambahan, Jawatankuasa Kampung Sungai Serai memajukan permohonan kepada pihak Jabatan Pelajaran Selangor untuk didaftarkan; nama sekolah yang diberi ialah Sekolah Melayu Kampung Sungai Betong, di mana Guru Besar pertamanya adalah En. Abdul Majid. Pada tahun 1951, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Serai.

Pada tahun 1955, pihak Jabatan Pelajaran Selangor mendirikan bangunan baru untuk SK Sungai Serai, dan selepas pembinaan bangunan baru, semua guru dan murid telah dipindahkan ke tempat yang baru. Pada satu masa, SK Sungai Serai menjadi sekolah kepada 22 murid sahaja, dan pihak Jabatan Pelajaran Selangor terpaksa menutup sekolah pada Disember 1970. Selepas SK Sungai Serai ditutup, Pengakap Daerah Hulu Langat menjadikan kawasan sekolah sebagai Kem Pengakap.

Pada tahun 1985, SK Sungai Seri dibuka semula di atas tapak yang seluas 1 hektar, yang diletak di tepi jalan besar Hulu Langat[1].

Demografi[sunting | sunting sumber]

Demografi
Tahun Jumlah Murid Jumlah Guru
2009 1,083 61
Januari 2018[5] 811 64
April 2018[6] 811 65
Mei 2019[7] 792 61
Januari 2020[8] 775 63
Jun 2020[9] 772 63
Jun 2021[10] 737 60
Jun 2022[11] 691 54

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Serai
KM 16, Jalan Hulu Langat
43100 Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan,  Malaysia
Telefon: +603-90741377
Faks: +603-90741377
E-mel: bba4001@moe.edu.my[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]