Sekolah Kebangsaan Taman Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Intan
Lokasi
Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoILMU MENJANA WAWASAN
Nombor sekolah044214809
Kod sekolahKBA3051
Guru besarEn. Mohd Zuki bin Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Wan Fatimah Jarah bt Wan Hussein
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Noraziza bt Mohamad Nor
Penolong Kanan KokurikulumPn. Fauzah bt Mohd Amin
Faks04-4214967
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Taman Intan atau nama ringkasnya SK Taman Intan, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah. Sekolah Kebangsaan Taman Intan dibina di sebuah kawasan paya bakau di persisiran Sungai Petani. Sungai Petani mengalir kira-kira 100 meter di utara sekolah. Terletak 5 km dari pusat bandar Sungai Petani dan 8 km dari Pejabat Pelajaran Daerah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibuka pada 4 Januari 2004, pada ketika ini murid-murid hanya 67 orang sahaja yang menduduki tahun 1 hingga tahun 5. Murid-murid yang ditempatkan di sini diambil dari sekolah yang berdekatan iaitu dari Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail dan Sekolah Kebangsaan Bakar Arang yang terletak kira-kira 1 kilometer dari sekolah ini.

Pengambilan kedua murid-murid untuk memasuki sekolah ini dibuat pada 25 Januari 2004 iaitu seramai 139 orang dan menjelang bulan Mar berlaku pertambahan dari 139 kepada 204 orang termasuk murid-murid tahun 6 seramai 22 orang, daripada jumlah 204 orang kajian telah di buat dan didapati seramai 57 orang atau 28% murid-murid tidak dapat menguasai 3M. Ekoran daripada itu kelah Pemulihan Khas dibuka bagi mengatasi masalah murid-murid yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira.

Mesyuarat Agung PIBG pertama diadakan pada 4 April 2004 dan serentak dengan mesyuarat itu pelancaran logo sekolah juga disempurnakan yang dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Hj.Wan Mustaffa bin Wan Mahmud, Pegawai Daerah Kuala Muda.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]