Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah

Lencana Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah

Alamat  Malaysia Jalan Pasir Panjang , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon 6096221512
Faksimili 6096228879
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto PENGETAHUAN SULUH CEMERLANG
Slogan
Kod Sekolah TBB3090
Guru Besar MAT SALEH BIN SAID
Penolong Kanan Akademik AZIZAM BIN IBRAHIM
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SITI HALIJAH BIN RAMLI
Penolong Kanan Kokurikulum ZULKIFLI BIN MOHAMAD
Tahun dirasmikan 26 MEI 1967 - EN. MOHD KHIR JOHARI (MENTERI PELAJARAN)

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah memiliki 331 pelajar lelaki dan 312 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 643 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru. 2009

Dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Rendah Tengku Bariah pada era 80an. Sebelum itu juga dinamakan Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang pada era 70an.

Nama asal Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah ialah Sekolah Rendah Inggeris Jenis Kebangsaan Pasir Panjang. Ia dibina pada tahun 1966 dan dibuka dengan rasmi oleh Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu, pada 26 Mei 1967.

Sejarah SKTB bermula di Sekolah Menengah Tengku Bariah pada tahun 1965. Di peringkat kelahirannya SKTB tidak mempunyai bangunan sendiri. Murid-muridnya menumpang di SMTB dengan menggunakan nama Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris dan semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris.

Dua tahun selepas itu, baharulah sekolah ini mempunyai bangunan sendiri yang dibina di kaki Bukit Besar. Dengan dua blok bangunan batu dua tingkat memuatkan 16 bilik darjah, kesemua 544 orang muridnya yang menumpang di SMTB berpindah ke sekolah baru ini dalam dua sesi persekolahan (pagi dan petang).

Nama Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah dan Sekolah Menengah Tengku Bariah diambil sempena nama Tengku Ampuan Muda Terengganu ketika itu (setelah diperkenankan oleh pihak DiRaja) iaitu Tengku Bariah Ibni Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah (Puteri Sultan Selangor).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096221512
Fax = 6096228879

Pautan luar[sunting | sunting sumber]