Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Map


Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra atau nama ringkasnya SK Tunku Abdul Rahman Putra, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1957, sekolah ini dengan rasminya ditubuhkan dengan nama asalnya, Sekolah Rendah Inggeris Kuala Nerang. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. Ketika itu, ia menumpang di SK Kuala Nerang dan hanya mempunyai 36 orang murid. Namanya kemudian ditukar kepada SK Kuala Nerang.

Pada tahun 1958, sekolah ini telah berpindah ke bangunannya sendiri. Sekarang bangunan ini digunakan sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap/Pendang. Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah, satu bilik guru, satu pejabat guru besar, dan 1 stor. Ketika itu, terdapaT 7 kelas dimana 4 kelas sesi pagi dan 3 kelas sesi petang. Ia juga mempunyai 9 orang ahli lembaga pengarah sekolah yang terdiri dari tiga orang pegawai kerajaan negeri, tiga orang dari pihak berkuasa pendidikan tempatan dari kalangan waris.

Pada bulan Mei 1982, sekolah ini sekali lagi berpindah ke bangunan sedia ada sekarang. Pada tahun 1982, ia bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra. Pada tahun 1998, sekolah ini sekali lagi bertukar namanya menjadi Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah sekarang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kampung Bendang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jalan Kuala Nerang Kuala Nerang