Sekolah Kebangsaan Yan Kechil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Yan Kechil
Lokasi
Yan, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoTAAT BERBAKTI
Nombor sekolah04-4655951
Kod sekolahKBA9013
Guru besarENCIK ZAKI BIN ABDULLAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK MOHD MAWARDY HELMY BIN SAID
Penolong Kanan KokurikulumMR MOHD YAKUP BIN TONI
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Yan Kechil atau nama ringkasnya SK Yan Kechil, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Yan Kechil mula diasaskan pada tahun 1924 oleh Allahyarham Tn. Hj. Aziz bin Md. Akid di atas tanahnya sendiri seluas 3 ekar 3 root 16 pole, lot no.2987.

Ketika itu ia terkenal dengan Sekolah rakyat dan dirasmikan oleh Tuan Steward iaitu Pegawai Pelajaran Kedah. Bilangan murid ketika itu ialah seramai 65 orang dan guru seramai dua orang. Gaji guru-guru dibayar  separuh oleh kerajaan dan separuh lagi oleh waris murid.
Pada tahun 1945, sekolah ini telah didirikan semula oleh kerajaan beratapkan nipah, dinding papan dan tingkap bertam. Bangunan ini pernah dipukul ribut hingga runtuh. Pada tahun 1954, iadidirikan semula dengan lima bilik darjah dan menerima bantuan sepenuhnya daripada kerajaan.
Oleh kerana pertambahan murid begitu pesat, pada tahun 1959, dua buah bangunan tambahan didirikan mengndungi 6 bilik darjah setiap blok . Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Y.T.M. Tengku Bendahara Kedah pada 15 Septmber 1959. Pada tahun 1960 sekolah ini telah dinaik taraf menjadi sekolah pusat. Jumlah murid hampir 700 orang dengan guru seramai 26 orang.
Pada tahun 1975 bangunan dua tingkat telah didirikan dengan 6 bilik darjah termasuk pejabat dan bilik Guru Besar. Tahun 1982 sebuah kantin baru dibina dan bangunan blok A dan blok B telah diubahsuai.Tahun 1999 sebuah bangunan tiga tingkat dibina bagi menampung pertambahan murid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Yan Kechil
Telefon = 04-4655951

Pautan luar[sunting | sunting sumber]