Sekolah Menengah Sains Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Dungun
Moto Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Ditubuhkan 1 Mei 1982
Jenis Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
Pengetua EN ALIZIYAD BIN ABBAS
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik EN CHE RASHID BIN SULONG
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid TN HJ ISMAIL BIN ALI
Penolong Kanan Kokurikulum PN SURIA BT MAT NOR
Kod sekolah TEA1038
Lokasi DungunDungun, Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Nama singkatan SMSD / SEMERDU
Laman web http://smsdonline.edu.my/
Telefon 609-8422550
Faks 609-8485389


Sekolah Menengah Sains Dungun atau nama ringkasnya SMSD atau SEMERDU, merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Jalan Paka, Dungun, Terengganu.

Pada 2009, Sekolah Menengah (Sains) Dungun memiliki 317 pelajar lelaki dan 271 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 588 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMSD terletak di kawasan seluas 47.048 ekar di Mukim Sura Tengah, Daerah Dungun, Terengganu. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini telah bermula pada bulan Januari 1980 dan siap pada Jun 1982. Persediaan untuk memulakan persekolahan telah bermula pada 1 Mei 1982, di mana beberapa orang kakitangan guru dan bukan guru telah ditempatkan di sekolah ini. Memulakan Sesi Persekolah pada 15 Ogos 1982 450 pelajar Tingkatan 1, 4 dan 6 rendah.

Akhirnya pada 15 Ogos, 1982 Sekolah Menengah Sains Dungun dengan rasminya memulakan sesi pengajiannya. Kumpulan pertama pelajar yang mendaftarkan diri pada 12 Ogos 1982 ialah seramai 450 orang iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan I, IV dan VI Rendah. Sejak tahun 1982 sehingga sekarang sekolah ini telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi enrolmen pelajar, bilangan kelas, guru dan kakitangan bukan guru.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Berusaha mewujudkan suasana persekolahan yang terancang dan sempurna supaya pendidikan dapat memperkembangkan potensi pelajar-pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang sempurna.

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

Misi

Bahawa sesungguhnya misi Sekolah Menengah Sains Dungun ialah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan serta mengendali program pendidikan.Ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang cemerlang, mulia dan berkualiti tinggi dalam ilmu pengetahuan agar mereka menjadi insan yang kreatif, inivatif dan proaktif dalam menangani cabaran-cabaran Wawasan 2020

Visi

Wawasan Sekolah Menengah Sains Dungun ialah untuk menuju ke arah untukmenjadikan sekolah ini sebagai :

  • Pusat pembangunan manusia cemerlang
  • Sumber penyuburan nilai-nilai murni bangsa
  • Arena penyuburan watak manusia penyayang
  • Merangka penghayatan semangat cinta negara

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bentuk keseluruhan

Bulatan melambangkan semangat kerjasama antara guru dengan pelajar manakala bentuk tajam di bahagian atasnya menunjukkan penggembelengan tenaga antara guru dan pelajar untuk mencapai kejayaan


Buku

Buku merupakan sumber ilmu sekolah ini yang melambangkan sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Tahun yang dicatatkan menunjukkan sekolah ditubuhkan pada tahun 1982 Masehi bersamaan dengan tahun 1402 Hijrah.


Empat lingkaran Cincin Berkait

Melambangkan empat buah rumah sukan. Cincin berkait melambangkan perhubungan dan semangat berkerjasama dalam bidang sukan dan menjadikan sekolah ini sebagai institusi yang bersatu padu.


Simbol Sains dan Teknologi

Melambangkan sekolah ini adalah dalam jurusan sains


Obor

Tenaga pendidik yang berwibawa menjadi penerang kepada pelajar-pelajar umtuk mencapai kecemerlangan


Bendera Negeri Terengganu dan Jalur Gemilang

Sekolah Menenengah Sains Dungun merupakan sekolah Berasrama Penuh (Sekolah Persekutuan) yang terletak di Negeri Terengganu, Malaysia


Warna

Merah : Melambangkan berani menempuh cabaran untuk menuju kejayaan dalam semua bidang dan sentiasa bercita-cita tinggi

Kuning : Melambangkan perpaduan antara masyarakat SMSD

Biru : Melambangkan hidup dalam keadaan yang harmoni, pelajar-pelajar yang berbilang bangsa dan datangnya dari pelbagai-bagai negeri bersatu padu dalam usaha meraih kejayaan

Putih : Tanda kesucian rohani dan jasmani yang melahirkan keikhlasan, kejujuran dan sifat-sifat terpuji dalam segala tindakan

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

Para teknokrat SEMERDU dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Malam Apresiasi setiap tahun.


Rumah sukan dinamakan berdasarkan tokoh ternama Terengganu pada zaman dahulu:

Blok A (Tun Telanai)

Blok B (Bentara Yusof)

Blok C (Megat Kembar Ali)

Blok D (Megat Panji Alam)

Fail:PanoramaSMSD.jpg
Add caption here

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Mendapat anugerah Sekolah Cemerlang peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2006 dan 2008.
  2. Dianugerahi gelaran Sekolah Kluster kecemerlangan pada tahun 2012.

Alumni[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (Exsemesdians) telah di tubuhkan pada tanggal 14 Jun 2005. Alumni telah didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Kuala Terengganu. Penubuhan alumni ini adalah hasil cetusan idea dan perbincangan yang telah diadakan di Dewan Besar SMSD pada 1 Mei 2005 dengan dihadiri oleh 70 orang bekas pelajar SMSD.

Nama Persatuan : Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (Exsemesdians)

Alamat Berdaftar :

Sekretariat Ex-Semesdians
d/a Sekolah Menengah Sains Dungun
23000 Dungun
Terengganu
http://www.exsemesdians.org.my/v2/


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah (Sains) Dungun
Jalan Paka, Dungun, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon : 609-8422550
Faks  : 609-8485389

Pautan luar[sunting | sunting sumber]