Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarif Wataniah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarif Wataniah atau 'Madrasah Daeratul Maarif Wataniah' adalah sebuah sekolah aliran agama Islam Arab yang terletak di Jalan Perak , 13200 Kepala Batas,Seberang Perai, Pulau Pinang, utara Semenanjung Malaysia. Sekolah agama lain ketika itu ialah Madrasah Irsyad al-Ashraf al-Wataniah , Sungai Bakap, Pulau Pinang dan Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar


Daeratul Maarif Wataniah telah ditubuhkan oleh Sheikh Abdullah Fahim iaitu datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi . Tetapi sejak tahun 1950 hingga seterusnya, Allahyarham tidak mengajar lagi di sekolah itu kerana telah lanjut usia. Dia hanya menjadi penasihat kepada Jawatankuasa Sekolah itu dan guru-gurunya.[1]


Sekitar tahun 1950-an sekolah agama ini terkenal di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, satu-satunya institut ilmu pengetahuan Islam yang melibatkan secara langsung dengan perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan tanahair, sama ada di pihak Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mahupun di pihak Persatuan Islam Se Tanah Melayu (PAS).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Antara Pengetua terawal sekolah itu ialah Allahyarham Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya dan penolongnya Ustaz Haji Ahmad bin Abdul Malik (Ahmad Maliki), bekas orang kuat dalam Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO dan kemudian telah menubuh PAS bersama Haji Ahmad Fuad Hassan pada tahun 1951.

Pelajaran yang diajarkan dalam tingkatan menengah, adalah meliputi semua ilmu pengetahuan Islam seperti di sekolah- sekolah agama lain. Di antaranya, ialah: Bahasa Arab, bahasa Inggeris, Tauhidusuluddin, Fiqh – usulul figh, Tafsir Quran – ilmu wahyu, As Sunnah - Hadis, tasawuf, akhlak, sejarah Islam, Arudh (ilmu bintang), nahu (tatabahasa Arab), saraf dan mantiq, bayan dan maani.


Pelajar terawal[sunting | sunting sumber]

Antara pelajar terawal yang belajar di situ (1953) ialah Yahya Arif dan Haji Ahmad Fuad dan Mokhtar Petah dari Kuala Kangsar, Perak. Temuduga ringkas dijalankan oleh Ustaz Haji Ahmad Malik dan Ustaz Abdul Razak. Jika layak, pelajar boleh terus masuk ke tingkatan thanawith thalith’ (Tingkatan tiga). Sukatan pelajaran di sekolah – sekolah agama (rakyat) di seluruh Semenanjung Tanah Melayu ketika itu tidak sama kerana Tanah Melayu masih lagi dijajah oleh British.


Penuntut lain ialah Ali Haji Hussein (kemudian guru agama Islam sekolah Kerajaan Brunei – bapa kepada penyanyi Jamal Abdillah (Teluk Anson); Mohd.Tahir bin Jais (kemudian guru agama dan kini ketua kampung; Mohd. Zain bin Haji Shamsuddin (kemudian guru agama sekolah kerajaan di Bukit Mertajam (Rambai Tujuh, Kuala Kangsar); Ariff Haji Yassin (kemudian menjadi Kadi di Perak (Bagan Datoh) ; Fadzil bin Haji Yassin ( kemudian berniaga (Lenggong) ; Khalid bin Haji Ismail (kemudian guru agama dan kini imam Masjid di kampungnya (Pajak Song, Kepala Batas) ;Kamaruddin bin Betan (kemudian menjadi penyelia KEMAS di tempatnya (Sabak Bernam) dan Abu Bakar (kemudian menjadi guru sekolah Kerajaan (Tokai, Kedah).


Di antara guru-guru sekolah itu ialah Ustaz Haji Ahmad Maliki ; Ustaz Haji Abdul Halim ; Ustaz Abdul Razak (Kepala Batas) ; Ustaz Abdul Kadir Kamaluddin, Pahang (Penterjemah buku Imam Ghazali ‘Cermin Budi Bagi Mukmin’ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,1997 dan Murad Abdul Rahman - bahasa Inggeris – (Johor Bharu).

Ramai pelajar-pelajar tinggal di pondok-pondok di belakang sekolah tersebut.Mokhtar Perah bersama Ali Haji Hussein dan dua orang rakan lagi telah tinggal di sebuah rumah sewa, di Permatang Bertam. Mohktar Petah sempat bertemu dengan Sheikh Abdullah Fahim dan mengenali Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah Fahim adalah ulama tersohor ketika itu dan menjadi rujukan ramai.[2].

Sekolah dan Politik Islam[sunting | sunting sumber]

Ramai guru dan sekolah itu terlibat secara langsung dalam perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanahair.Penuntut-penuntutnya diwajibkan belajar ilmu kemasyarakatan dan ilmu politik Islam (sains politik). Haji Ahmad Badawi telah mengambil bahagian mengajar ilmu politik dan Ustaz Haji Ahmad Maliki, telah mengajar ilmu kemasyarakatan. Buku-buku yang menjadi asas ilmu tersebut, ialah al Quran, al Hadis, Sejarah Islam, sirah Nabawi dan Izzatun Nasyiin, karya Mustafa Al Ghalayin, salah seorang anggota parti Islam, Ikhwanul Muslimin, Mesir.


Sekitar Ogos 1950, berita kematian wartawan Ahmad Arif, berasal dari Kampung Relau, Sungai Bakap, Seberang Perai telah mengejutkan warga sekolah itu. Ahmad Arif terbunuh dalam serang hendap oleh kumpulan penjahat Kuomintang di Sungai Bakap, Seberang Perai.Semasa Majlis Mesyuarat Agung UMNO bersidang di Istana Iskandariyah, Kuala Kangsar, Perak, pada 27, 28 dan 29 Ogos 1950. Ahmad Arif adalah wakil SEBERKAS Kedah dalam perjalanan hendak menghadiri persidangan UMNO .Pungutan derma telah dilancarkan dalam mesyuarat UMNO itu. [3]


Pada masa itu, semua pelajar sekolah agama itu diwajibkan menjadi ahli UMNO (ahli pemuda UMNO). Sekitar 50 pelajar yang terpilih diwajibkkan berkawat. Mereka diwajibkan berpakaian seragam – baju jaket lengan pendek bertali pinggang, seluar panjang dan kayu warna putih. Songkok hitam seperti songkok gerila Revolusi Indonesia pimpinan, Pembela Kemerdekaan, Jeneral Sudirman pada 7 Feb 1912 – 29 Jan 1950. Di atas kedua bahu, tersemat dua keping tembaga berhurup ’UMNO’ dan beralaskan kepingan kecil kain merah. Semua ahli pemuda UMNO seluruh Malaya diwajibkan berpakaian sedemikian.Ketua pemuda UMNO ketika itu ialahSardon Jubir yang mahukan semua pemuda UMNO berpakaian begitu, iaitu sesuai dengan pakaian seragam pemuda-pemuda revolusi Republik Indonesia.

Sardon Zubir keturunan Melayu suku Jawa, seorang peguam]]. Bapanya bekerja sebagai kadi di Singapura. Saadon Jubir menyanjung tinggi perjuangan Soekarno dan pejuang-pejuang revolusi Indonesia. Malah seorang anak lelakinya telah diberi nama Soekarno.


PAS ketika itu dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad Hassan dan Setiausaha agungnya ialah Cikgu Ahmad bin Awang, guru sekolah Melayu Paya Keladi. Pejabat PAS terletak di sebuah bilik bahagian hadapan dalam bangunan Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarif Wataniah. Sementara di sebelah bilik itu ialah pejabat Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya, Haji Ahmad Badawi. Beberapa orang wartawan Melayu sering berkunjung kedua-dua pejabat itu. Antaranya ialah Misbah Tahir wartawan Utusan Melayu di Pulau Pinang , Zain Arif, Ibrahim Mahmood dan Ramli wartawan Warta Negara Pulau Pinang dan Khair Haji Taib bekerja dalam jabatan pengarang Utusan Melayu, di Singapura.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. It's a life-and-death struggle
  2. Mokhtar Petah ,'Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’ ; 1997
  3. Ibrahim Mahmood, 1981, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Pustaka Antara, hlm.250