Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah
Lokasi
 Malaysia Kampung Kelimat, 31120, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN
MotoBERILMU BERAMAL BERTAQWA
Nombor sekolah6055912248
Kod sekolahAFT4003
Pengerusi PIBGTN ABU HANIFAH B HASSAN
PengetuaTN HJ WAN AHMAD SALAHUDDIN BIN WAN AHMAD RAFAII
GPK Pentadbiran dan AkademikUST MOHD ZAMRI B. A. RASHID
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN HJH MAZNEY BT IBRAHIM
Penolong Kanan KokurikulumUST HJ MOHD MIZWAN B MOHAMAD
Faks6055912248

Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah atau nama ringkasnya SMA Maahad Nurul Fadzliah, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Kampung Kelimat (Kira-kira 14 KM dari Bandar Sungai Siput dan 31 KM dari Bandaraya Ipoh)

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah memiliki 72 pelajar lelaki dan 44 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 116 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru. Kini, Maahad Nurul Fadzliah semakin berkembang maju. Setiap tahun Maahad ini menerima pemohonan yang banyak untuk kemasukan ke tingkatan satu hinggakan pihak atasan terpaksa membuat tapisan yang rapi.

Buat masa ini Maahad Nurul Fadzliah masih menawarkan 9 subjek sahaja di peringkat SPM. 9 subjek tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains, Matematik, Perdagangan, Sejarah, Pendidikan Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Idea penubuhan telah dicetuskan oleh allahyarham Dato’ Haji Fadhil bin Haji Harun, ahli dewan undangan negeri Lintang pada mesyuarat UMNO cawangan Sungai Siput Utara pada tahun 1992.

Cadangan penubuhan Maahad Nurul Fadzliah disokong sebulat suara oleh ketua-ketua UMNO cawangan yang hadir. Pada asalnya Maahad Nurul Fadzliah ini ditubuhkan di Kampung Karai, Enggor, Kuala Kangsar Perak pada bulan Januari tahun 1993 dengan menggunakan bangunan Sekolah Agama Rakyat Al-dinniah, Karai. Disebabkan sambutan yang tidak menggalakkan oleh masyarakat maka penubuhan Maahad Nurul Fadzliah ini tidak dapat direalisasikan pada tahun tersebut.

Pada pertengahan tahun 1993 penubuhan Maahad Nurul Fadzliah kembali disuarakan oleh allahyarham Dato’ Haji Fadhil bin Haji Harun pada perjumpaan dengan ketua-ketua UMNO bahagian Sungai Siput Utara. Ustaz Samsudin bin Muhammad Lazim mencadangkan agar penubuhan Maahad Nurul Fadzliah di buka di Kampung Kelimat dengan menumpangkan bangunan Sekolah Agama Rakyat Al-Zainiah Kampung Kelimat dengan menumpang bangunan Sekolah Agama Rakyat Rakyat Al-Zainiah Kampung Kelimat, Sungai Siput Utara, Perak. Ustaz Samsudin pada ketika itu memegang jawatan guru besar di sekolah berkenaan. Maahad Nurul Fadzliah dapat direalisasikan penubuhannya apabila pada awal Januari 1994 seramai 27 orang pelajar menduduki ke tingkatan satu.

Bukan sesuatu yang mudah untuk menubuhkan sekolah yang segalanya bermula dengan kosong yakni tanpa bangunan sendiri, tanpa kewangan yang kukuh, namun kerjasama yang erat antara pengetua Ustaz Musa Bin Pandak Mat Arif, Ustaz Samsudin Bin Muhammad Lazim selaku penolong kanan pentadbiran serta dua lagi tenaga pengajar pada ketika itu iaitu cikgu Faridah Binti Muhammad Kamaruddin, Ustaz Bahari Bin Mahyiddin serta bantuan yang diberikan oleh Allahyarham Dato’ Haji Fadhil Bin Haji Harun selain bantuan dari masyarakat setempat impian penubuhan Maahad Nurul Fadzliah ini menjadi realiti.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah
Kampung Kelimat
31120, Sungai Siput (U)
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055912248
Fax = 6055912248

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

https://www.facebook.com/smanurulfadzliah[sunting | sunting sumber]