Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Moto Berilmu Beramal
Jenis Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Pengetua Tuan Haji Mohamad Abdul Aziz bin Mahmud
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Haji Mohd Tarmizi bin Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Norrizah binti Jamali
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Nurul Huda binti Abdullah
Pengerusi PIBG En. Muhd Ritdzaudeen
Lokasi Bandar Sri PermaisuriCheras, Wilayah Persekutuan,  Malaysia
Nama singkatan SMA-MAIWP
Laman web http://smamaiwp.blogspot.com/
Telefon 03-91713661
Faks 03-91712661

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Objektif penubuhan sekolah ini ialah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) menyambung pelajaran di peringkat Menengah. Selain itu, ia juga bagi menampung permintaan masyarakat Islam yang tinggi terhadap sekolah menengah agama yang tidak dapat dipenuhi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanggal 27 Oktober 2005 melalui mesyuarat MAIWP yang ke-94, tertubuhlah SMA-MAIWP sebagai sebuah Sekolah Menengah Agama yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. SMA-MAIWP merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang mendapat bantuan kerajaan serta mencontohi model Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diperakui bersistematik komprehensif dan bersepadu. Dasar yang di laksanakan di sekolah ini adalah berteraskan kurukulum KBSM yang diintegrasikan kurikulum Thanawi.

SMA-MAIWP mula beroperasi pada 22 Januari 2007. Sehingga 2011, tenaga pengajarnya adalah seramai 38 orang manakala staf seramai 10 orang. Sesi pertama persekolahan pada tahun 2007 menyaksikan seramai 183 pelajar terpilih ke SMA-MAIWP diikuti 128 pelajar pada tahun 2008. Hanya 29 orang pelajar terpilih masuk ke SMA-MAIWP pada tahun 2009 berikutan bilangan kelas terhad. Setelah terbinanya sebuah bangunan baru, seramai 73 pelajar terpilih masuk ke SMA-MAIWP pada tahun 2010 diikuti 93 pelajar pada tahun 2011. Jumlah keseluruhan pelajar pada tahun 2011 adalah seramai 413 orang.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Pengetua pertama SMA-MAIWP ialah Tuan Haji Mohd. Shahidin bin Tinik. Beliau telah berkhidmat selama 3 tahun bermula Jun 2007 hingga Mei 2010. Tugas beliau telah digalas oleh pengetua kedua SMA-MAIWP iaitu Tuan Haji Mohd Adnan bin Abdullah yang mula menerima amanat pada Mei 2010. Kedua-dua pengetua telah berjaya mengharumkan nama SMA-MAIWP apabila sejarah demi sejarah kecemerlangan dilakarkan sepanjang 5 tahun pembinaannya. Pada November 2012, tiba seorang pengetua baru bagi menggantikan pengetua yang kedua. Beliau yang bernama Tuan Haji Mohamad Abdul Aziz bin Mahmud berpindah dari SMK Agama Yan, Kedah dan berkhidmat di SMA-MAIWP sebagai pengetua sekolah.

Bangunan SMA-MAIWP[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007 hingga bulan Jun 2013 SMA-MAIWP menumpang didalam kawasan Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Para pelajar ditempatkan di sebuah bangunan baru yang mula dibina pada Mei 2008. Bangunan ini dipersetujui oleh pihak MAIWP dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM 2.5 juta manakala pejabat sekolah dan bilik guru terletak di sebuah bangunan bersebelahan dengan SRA Othmaniah. MAIWP telah mula membina sebuah kompleks baru bagi menempatkan kesemua warga SMA-MAIWP. Kompleks tersebut dibina di kawasan Bandar Seri Permaisuri. Kompleks yang menelan belanja sebanyak RM 151 juta dan dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun 2013.

Kompleks SMA-MAIWP[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Jun 2013,Kompleks Baru SMA-MAIWP bertempat di Bandar Sri Permaisuri telah dirasmikan dan sudah dapat diduduki oleh warga sekolah.

Antara prasarana yang wujud ialah :

  • 1 BLOK AKADEMIK A1 - 7 TINGKAT
  • 1 BLOK AKADEMIK A2 - 5 TINGKAT
  • 1 BLOK AKADEMIK A3 - 9 TINGKAT
  • 1 BLOK AKADEMIK A4 - 9 TINGKAT
  • 1 BLOK KUARTERS GURU - 8 TINGKAT
  • 1 BLOK ASRAMA B1 - 10 TINGKAT
  • 1 BLOK ASRAMA B2 - 10 TINGKAT
  • 1 BLOK ASRAMA B3 - 4 TINGKAT
  • 1 BUAH BANGLO PENGETUA - 2 TINGKAT
  • 1 BUAH RUMAH PENGAWAL
  • 1 UNIT TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
  • 1 BUAH PADANG BOLA SEPAK
  • 1 BUAH GELANGGANG FUTSAL

Majlis Perwakilan Pelajar[sunting | sunting sumber]

Guru-guru dan staf-staf di SMA-MAIWP dibantu oleh pelajar yang dilantik menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar seperti :

  • BADAN KEPIMPINAN PELAJAR (BKP)
  • BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR)
  • PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
  • PENGAWAS PUSAT SUMBER (PPS)

Aktiviti Pelajar[sunting | sunting sumber]

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

  • UQBAH IBNU NAFI' ( Biru )
  • ABDULLAH IBNU RAWAHAH ( Kuning )
  • KHALID AL-WALID ( Merah )
  • SALAHUDDIN AL-AYUBI ( Hijau )

Biro Asrama[sunting | sunting sumber]

Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) dibahagikan mengikut biro yang ditetapkan seperti :

  • Biro Akademik
  • Biro Disiplin dan Adab
  • Biro Sukan
  • Biro Kebajikan dan Keselamatan
  • Biro Dewan Makan
  • Biro Kebersihan dan Keceriaan
  • Biro Tugas-Tugas Khas

Badan Berkaitan SMA-MAIWP[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Ibu, Bapa dan Guru
  • Alumni SMA-MAIWP

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]