Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun
Alamat
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Jalanraya Gurun
08300, Gurun, Kedah Darul Aman
Malaysia
Koordinat5°47′53″N 100°28′51″E / 5.798055°N 100.480752°E / 5.798055; 100.480752Koordinat: 5°47′53″N 100°28′51″E / 5.798055°N 100.480752°E / 5.798055; 100.480752
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah menengah agama
Autoriti pendidikanPPD Kuala Muda/Yan
Nombor sekolah6044686941
Kod sekolahKFT3003
Tenaga pengajar282020
Jumlah penuntut3862020
Faks6044682967
Laman sesawang
"Senarai sekolah". MOE. Dicapai pada 2021-06-11.
Kali terakhir dikemaskinikan: 16 Jun 2021

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Daud bin Haji Ibrahim, lahir pada 20 Februari 1915.Beliau mendapat kelulusan tauliah daripada Kerajaan Negeri Kedah. Mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Januari 1961. Sekolah ini didaftar dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah pada tahun 1965. Oleh kerana sekolah ini bukan sekolah warisan, jawatan Pengetua ditentukan oleh Lembaga Tadbir Sekolah dan kemudian direstui oleh Jabatan Agama Islam, Kedah. Selepas beliau meninggal dunia, tempat beliau digantikan oleh Ustaz Haji Omar bin Haji Hussin, yang sebelum itu beliau menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan kepada Allahyarham Tuan Haji Daud Bin Haji Ibrahim.

Pada 1 Januari 1988, Ustaz Haji Omar bin Haji Hussein bertukar ke Sekolah Menengah Agama Saadatuddaroin, Merbok. Kekosongan tempat beliau diganti dengan Ustaz Ismail bin Ahmad sebagai Pemangku Pengetua sehingga 31 Julai 1988 kerana beliau ditukarkan ke Sekolah Agama Fauzi, Yan. Pada 1 Ogos 1988 Ustaz Haji Harun bin Haji Ismail dilantik oleh Jabatan Agama Islam, Kedah sebagai Pengetua sehingga sekarang. Bangunan sekolah yang asal terletak berdekatan dengan Pekan Gurun bersebelahan Mahkamah Seksyen. Sekarang bangunan tersebut telah disewakan kepada Kolej Langkasuka yang menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia. Sekolah yang baru berdekatan dengan Masjid Sri Jerai dan SMK Gurun.

Status Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berasal dari sekolah agama rakyat yang bertempat di Pekan Gurun, dari tahun 1964 sehingga Jun 2000. Selepas itu, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang dibina melalui bantuan modal Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah Agama Pekan Gurun sudah bertapak di bangunan baru tersebut sehinggalah ke hari ini. Pada 1 Januari 2006, sekolah ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Sekolah ini bersama-sama 13 buah sekolah agama rakyat yang lain telah bertukar menjadi SABK. Sehingga ke hari ini, sekolah ini hanya mengekalkan bilangan pelajar lebihkurang 350 orang sahaja untuk satu sesi persekolahan.

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun bertaraf Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bercita-cita menjadikan sebuah Sekolah Agama yang cemerlang menjelang tahun 2010.

Misi[sunting | sunting sumber]

  1. Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan selaras dengan perkembangan semasa.
  2. Melahirkan pelajar cemerlang dan berketrampilan dalam bidang kokurikulum berlandaskan syariat Islam.
  3. Mengekal dan memupuk sahsiah mulia dan terpuji di kalangan pelajar.
  4. Mewujudkan prasarana dan persekitaran yang selamat, ceria dan kondusif untuk bekerja dan belajar.
  5. Memenuhi harapan dan jangkaan ibu bapa, masyarakat dan negara

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga SMA Pekan Gurun dengan penuh tekad dan iktizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Mendidik pelajar agar sentiasa mengamalkan ajaran agama dan mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.
  • Membimbing pelajar untuk salsiah mulia dan terpuji melalui pekupukkan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni tanpa kecacatan selaras dengan falsafah pendidikan Islam dan falsafah Negara.
  • Melahirkan insan berilmu, berfikiran matang, berdaya juang, produktif, inovatif dan berketerampilan menjurus kearah pengisian matlamat wawasan yang suci dan cemerlang.
  • Melahirkan pelajar-pelajar budaya penyayang pada diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara.
  • Membimbing pelajar-pelajar kearah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan keagamaan.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang bersih, menarik dan harmoni sesuai dengan slogan “ Sekolahku Rumahku”.

Objektif Penubuahan[sunting | sunting sumber]

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan agama dan akademik
  • Menjadikan pelajar yang berkebolehan dalam pelajarn agama Islam, Bahasa Arab dan akademik
  • Mendidik pelajar-pelajar berakhlak milia seperti dituntut oleh agama
  • Melahirkan pelajar cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

SMAPG menyediakan pengajian dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Semua pelajar akan mengikuti pengajian dari sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Dini Azhari.

Sesi Persekolahan[sunting | sunting sumber]

7.45 pagi ~ 2.30 petang (selepas zohor)

2.30 petang ~ 5.00 petang – Kelas tambahan dan kelas intensif Bahasa Arab

Prep    9.00 mlm -10.30 mlm

Mata Pelajaran Ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Sukatan Al-Azhar(Penghantar Bahasa Arab)

  • Al-Quran/Ulum Quran
  • Tauhid/Mantiq
  • Feqah Faraid/Usul Fiqh
  • Tafsir
  • Hadis/Ulum Hadis
  • Siroh/Tarikh Islam
  • Nahu Sorof
  • Insyak/Mutolaah
  • Nusus
  • Balaghah
  • Khot/Imlak

Sukatan KBSM Pelajaran Malaysia

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan
  • Kemahiran Hidup Bersepadu
  • Ekonomi Asas
  • Bahasa Arab Tinggi
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Al-Quran&As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Matematik Tambahan (Tingkatan 4 dan 5)
  • Prinsip Perakaunan (Tingkatan 4 dan 5)
  • Perdagangan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat Surat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun
Jalanraya Gurun
08300, Gurun
Kedah, Malaysia
emel: smapg.ppdkmy@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]