Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Moto Berilmu, Beriman dan Beramal
Ditubuhkan Januari 1982
Dirasmikan Julai 1989
Jenis Sekolah menengah agama, Sekolah berasrama penuh, Sekolah kerajaan
Pengetua Pn. Hjh Radziah binti Abd Samad
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tn. Syed Dzulkarnain bin Syed Nordin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Abdull Samat bin Othman
Penolong Kanan Kokurikulum Cik Sharizan binti Sheikh Othman
Pengerusi PIBG En. Wan Azhar bin Wan Ahmad
Kod sekolah NRA4002
Lokasi Km 11, Jln Labu71900 Labu, Negeri Sembilan Darul Khusus,  Malaysia
Kemasukan Pelajar 6++ orang
Nama singkatan SMAPL
Laman web http://smaplofficial.blogspot.com/
Telefon 06-7912245
Faks 06-7912198


Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) atau nama ringkasnya SMAP Labu, merupakan sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh yang terletak di Kilometer 11, Jalan Labu, Labu, Negeri Sembilan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu memiliki 315 pelajar lelaki dan 358 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 673 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.2009

Pada tahun 2007 SMAP Labu telah meraikan Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhan SMAP Labu sebagai institusi pendidikan terkemuka di Malaysia.

Kini, SMAP Labu merupakan salah sebuah sekolah daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa ke-4) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (kohort 2).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMAPL ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan (Malaysia) pada waktu itu, Tan Sri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. Selepas cadangan itu diterima oleh kerajaan, sekolah itu diberikan nama sebagai Menengah Sekolah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP).

SMAWP pada mulanya tidak mempunyai bangunan sendiri dan 500 pelajar sekolah (yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 4, dan 6 rendah) menumpang di bangunan Kolej Islam Klang (KIK) di Selangor. Generasi pertama pelajar diajarkan oleh sekitar 40 guru, dipimpin oleh pengetua sekolah pertama, Tuan Hj Muhammad bin Shafie.

Selepas lebih kurang 2 tahun menumpang di KIK, pada awal Januari 1984, SMAWP dipindahkan ke sebuah bangunan sementara di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya. Pada tahun 1985, Tuan Hj Muhammad Yusof bin Abu Bakar menggantikan Tuan Hj Muhammad bin Shafie sebagai pengetua dan berkhidmat sehingga pada akhir tahun 1985. Di bawah kepimpinannya, SMAWP berjaya memenangi pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri pada tahun yang sama.

Pengetua seterusnya, Tuan Hj Muhd Yusof bin Hj Ahmad, meneruskan warisan SMAWP. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan berjaya menyelesaikan masalah bangunan sekolah pada bulan April 1987 dengan meminjamkan sebuah bangunan di Kilometer 11, Jalan Labu yang sepatutnya digunakan sebagai maktab perguruan. Selepas beberapa sesi rundingan, bangunan itu diberikan kepada sekolah secara sah, dan secara rasmi dibuka pada bulan Julai 1989 oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada waktu itu. Nama SMAWP kemudian berubah menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) dan kekal hingga ke hari ini.

Detik kegemilangan SMAP Labu semakin terserlah apabila genapnya 25 tahun penubuhannya. Sambutan Jubli Perak yang diadakan pada tahun 2007 telah menyaksikan perubahan SMAP Labu sebagai sebuah sekolah yang menjadi nadi setiap insan yang ingin membina keperibadian yang unggul serta berteraskan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.

Kini, SMAPL telah mendapat satu lagi bangunan empat tingkat yang dikenali sebagai blok G. Beberapa kemudahan sekolah ditempatkan di sini seperti dewan terbuka, Dewan Seri Lestari, makmal Bahasa Asing yang baru, Bilik Seni Visual , beberapa kelas baru dan juga bilik rawatan pergigian. Di samping itu, SMAP Labu terus menjulang namanya dengan memperoleh gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2010 dan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2011.


Identiti[sunting | sunting sumber]

  • Lokasi

Sila lihat peta yang dilampirkan:


  • Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


  • Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


Tanda aras SMAPL's. Sebenarnya merupakan tangga ke pejabat yang terletak di aras atas bangunan
  • Falsafah pendidikan sekolah

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh, budaya Islam serta suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada diri, ummah dan agama.


  • Slogan

Berilmu, Beriman & Beramal


  • Objektif

- Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam

- Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi

- Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan

- Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara



  • Piagam Sekolah

Bahawasanya kami warga SMAP Labu dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan :

1. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra.
2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas, menarik dan berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
3. Memberikan bimbingan kepada pelajar untuk menjadi insan seimbang, harmoni dan boleh diteladani dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani dan kepimpinan.
4. Memberikan maklum balas kepada ibu bapa mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka dari semasa ke semasa.
5. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmi :
i) Pendaftaran pelajar dalam masa 15 minit seorang.
ii) Laporan prestasi pelajar dua minggu selepas peperiksaan.
iii) Borang pertukaran pelajar dalam masa 30 minit.
iv) Mengeluarkan resit yuran melalui bank slip yang diterima daripada ibu bapa dalam masa 10 minit seorang.
v) Pengesahan sijil / dokumen peribadi dalam masa 30 minit.



Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

1982
Ditubuhkan dengan harapan waja
Dalam cabaran dalam rintangan
Akhirnya kau berdiri tegak megah
Melahirkan anak-anak yang berjaya
Engkau cemerlang dalam segala-gala
Menjadi kebanggaan nusa dan bangsa
Generasimu intelektual ulama’

Bangun segera bersatulah
Majukan sekolah menuju jaya
Seagama sebangsa dan sealiran

Tingkatkan kesatuan menuju ke hadapan
Berilmu beriman dan beramal
Konsep menghadapi pembelajaran
Islam panduan maju bersama

Sekolah Menengah Agama Persekutuan

Lirik: Mohd Hafidz Khamis

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat & Telefon[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Kilometer 11, Jalan Labu
71900, Labu
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: 06-7912245
Faks: 06-7912198

Pautan luar[sunting | sunting sumber]