Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar terletak di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar mula diasaskan pada tahun 1958. Penubuhannya dibuat atas daya usaha yang diketuai oleh Tuan Haji Daud bin Imam Awang (Kadi Dearah Jerantut) dengan kerjasama penduduk setempat dan penduduk–penduduk sekitarnya. Semasa mula ia diwujudkan sekolah ini diberi nama Madrasah Addaudiah mengambil sempena Tuan Haji Daud bin Imam Awang selaku ketua pengasasnya.

Pada mulanya murid-murid (seramai 20 orang) hanya belajar di sebuah surau kepunyaan Tuan Haji Daud bin Imam Awang. Kemudian pada tahun 1960, bangunan khas telah didirikan di atas sekeping tanah kepunyaan Puan Hajah Esah binti Ibrahim dan rakan kongsinya iaitu Zulkifli bin Ibrahim, Abdul Rahman bin Jaafar, Biyamin bin Mukim Teh dan Awang Chik bin Mukim Teh. Tanah tersebut terletak di mukim Pulau Tawar. Pada tahun yang sama jawatan kuasa telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak lebih kurang RM 800. Dan dengan wang tersebut telah dapat membangunkan sebuah bangunan sekolah. Pada tahun 1962, jawatankuasa sekolah sekali lagi telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM 600, dengan wang tersebut dapat mendirikan bangunan tambahan bagi menampung kemasukan murid yang kian ramai.

Sebenarnya Madrasah Addaudiah ini pada mulanya adalah merupakan Sekolah Agama Rakyat, kerana segala perbelanjaan mendirikan bangunan, pengurusan dan gaji dibayar hasil dari derma dan sumbangan orang–orang kampung.