Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah terletak di Kampung Pisang, Kupang, Baling, Kedah, Malaysia. Ia ialah sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Yahya Toha pada 1935. Sejak penubuhannya, ia telah mengalami perubahan dan perkembangan yang drastik serta mampu berdaya saing dengan perkembangan negara dan seiring pendidikan Malaysia.

Sistem pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebuah sekolah agama, maka sistem pendidikan yang diguna pakai di sekolah ini ialah sistem yang berteraskan pendidikan agama yang bakal melahirkan generasi berdasarkan Al-Quran bagi mewarisi kepimpinan masa depan.

Berteraskan Sistem Pendidikan Agama, para pelajar juga didedahkan kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan agar mereka tidak ketinggalan daripada berperanan dalam institusi masyarakat malah mereka mampu menyeimbangkan antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar Yayasan Khairiah akan mengikuti dua sistem pendidikan iaitu:

  1. Sistem Pendidikan Agama berteraskan sukatan pendidikan Al Azhar, Mesir.
  2. Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Namun begitu, Sistem Pendidikan Agama ialah matlamat utama dengan peruntukan masa sebanyak 70%. Sebaliknya, Sistem Pendidikan Kebangsaan ialah sebagai pelengkap yang diperuntukkan masa sebanyak 30%.

Selain daripada pendidikan formal, kuliah-kuliah fardhu ain pada waktu pagi dan malam juga diadakan bagi memantapkan ilmu agama di samping melaksanakan ilmu yang dipelajari.

Kelas pengajian[sunting | sunting sumber]

Kelas-kelas pengajian yang disediakan di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah adalah seperti berikut:

Syarat kemasukan[sunting | sunting sumber]

  • Bagi kemasukan ke Tingkatan Satu:
    • Tamat Darjah Enam bagi sekolah kebangsaan atau setaraf dengannya.
    • Umur tidak melebihi 13 tahun.
    • Lulus ujian penilaian yang diadakan oleh pihak Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah.
    • Ujian penilaian akan diadakan kepada pelajar-pelajar yang memohon masuk. Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada perkara berikut:-
      • Berkebolehan membaca al-Quran.
      • Berkebolehan membaca dan menulis jawi.
      • Berkemahiran dalam bidang agama.
      • Berkemahiran dalam bidang matematik.
  • Bagi kemasukan ke Tingkatan Dua dan Tiga:
    • Berasal dari sekolah menengah agama aliran Arab.
    • Bersih daripada sebarang masalah disiplin di sekolah terdahulu.
    • Berkemahiran membaca al-Quran.
    • Surat sokongan dan pengesahan daripada Pengetua sekolah terdahulu.
  • Bagi kemasukan ke Tingkatan Empat dan Lima:
    • Berasal dari sekolah menengah agama aliran Arab.
    • Bersih daripada sebarang masalah disiplin di sekolah terdahulu.
    • Berkemahiran membaca al Quran.
    • Lulus peperiksaan PMR di samping mendapat sekurang-kurangnya pangkat C dalam subjek bahasa Arab, Pendidikan Islam, dan Matematik.
    • Surat sokongan dan pengesahan daripada Pengetua sekolah terdahulu.
  • Bagi kemasukkan ke Tingkatan Enam
    • Berasal dari sekolah menengah agama aliran Arab.
    • Bersih daripada sebarang masalah disiplin di sekolah terdahulu
    • Berkemahiran membaca al Quran
    • Lulus peperiksaan SPM di samping mendapat sekurang-kurangnya pangkat 6C bagi subjek bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, dan Pendidikan Syariah Islamiah.
    • Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah terdahulu adalah diutamakan.

Cara memohon[sunting | sunting sumber]

  • Dapatkan borang permohonan masuk yang dikeluarkan pada bulan Ogos/September setiap tahun. (Hebahan juga dibuat melalui siaran Radio Kedah FM)
  • Bayaran pengurusan sebanyak RM 3.00 dikenakan semasa mengambil borang.
  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna dan hendaklah dikembalikan sebelum tarikh tutup.
  • Kehadiran Ujian Kelayakan/Penilaian pada tarikh yang ditetapkan adalah diwajibkan.
  • Permohonan akan terbatal jika pelajar gagal menghadiri Ujian Kelayakan.

Kelas Tahfiz Sains[sunting | sunting sumber]

  • Kelas Tahfiz Al-Quran dan aliran sains tulen dibuka kepada pelajar yang mendapat 5A atau 4A dalam peperiksaan UPSR.Kelas ini telah mula beroperasi pada Januari 2010.
  • Kumpulan pertama ini dijangka menduduki peperiksaan SPM aliran sains tulen pada tahun 2014.
  • Hanya 30 pelajar cemerlang UPSR dan lulus ujian kemasukkan peringkat sekolah sahaja diambil untuk kelas tahfiz sains ini setiap tahun.
  • Adalah menjadi harapan agar para pelajar tahfiz ini cemerlang dalam bidang akademik dan agama serta menjadi golongan profesional seperti doktor,saintis atau jurutera yang hafiz.

Kemudahan infrastruktur[sunting | sunting sumber]

  • Kemudahan asrama
  • Bilik multimedia
  • Kelas komputer
  • Padang permainan
  • Kedai koperasi sekolah
  • Bengkel kemahiran hidup
  • Telefon awam
  • Dewan Besar

Lihat juga[sunting | sunting sumber]