Sekolah Menengah Imtiaz, Besut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Imtiaz, Besut
Lokasi
Kota Putera, Besut, Terengganu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahsekolah menengah agama
Ditubuhkan1999
Sekolah kembarrangkaian Sekolah Menengah Imtiaz
Kod sekolahTFT0001[1]


Sekolah Menengah Imtiaz, Besut ialah sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Kota Putera, Besut, Terengganu. Ia ditubuhkan pada 1999 dan merupakan sekolah pertama bagi rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz.

Pada 2009, Sekolah Menengah Imtiaz memiliki 101 pelajar lelaki dan 57 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 158 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Sistem pendidikan di sekolah ini menawarkan tiga disiplin ilmu secara bersepadu iaitu pengajian akademik dalam bidang sains tulen, penghayatan dan hafazan al-Quran 30 juzuk serta pengajian agama menerusi kitab turath[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri.
  2. ^ Mohd Nasif Badruddin (Jun 8, 2017). "Azharvard cemerlang [METROTV]". HMetro. Dicapai pada 4 Julai 2022.