Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling
Moto berlajar berjasa
Jenis Sekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan
Pengetua Pn HJH KAMARIAH BT ALI
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik PN HAFIZAH BT SAID
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid EN MD. IMRAN B MD. NOOR
Penolong Kanan Kokurikulum EN. SUZAIKI B ALI
Pengerusi PIBG EN. SYAFIE B. HASSAN
Kod sekolah TRA4016
Lokasi  Malaysia Km 21, Jalan Kuala Berang , Marang. , MalaysiaMarang., Terengganu Darul Iman, Malaysia
Kemasukan Pelajar 5A
Nama singkatan SMKADG
Laman web WWW.SMKADG.COM
Telefon 6096801668
Faks 6096801922


Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling atau nama ringkasnya SMK (A) Durian Guling, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Km 21, Jalan Kuala Berang , Marang. , Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling memiliki 319 pelajar lelaki dan 610 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 929 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2009


1. SMK (A) Durian Guling terletak di sebuah perkampungan di KM 21,

    Jalan  Kuala  Berang,  Marang, Terengganu. Jarak daripada bandar Marang adalah 18km manakala jarak daripada pekan Bukit Payong adalah sejauh 6km.

2. Diasaskan oleh Tuan Guru Haji Shafie bin Haji Sulong pada tahun 1954

     dengan   keluasan  70  kaki  panjang X 14  kaki  lebar  dengan  pelajar seramai  
     9  orang. Mula dikenali sebagai Madrasah Mazahir Al-Ulum ataupun Pondok Durian Guling.



3. Pada tahun 1968 Pondok ini telah diambil alih oleh kerajaan negeri Terengganu dan diletakkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama terengganu. Ia dirasmikan pada tahun 1969 dan dikenali sebagai Sekolah Agama Durian Guling.

4. Pada tahun 1994 SMA Durian Guling telah diletakkan di bawah Kementerian

     Pendidikan (dibawah JAPIM) dan ditukar  dengan  nama  Sek. Men. Keb( A ) Durian  Guling
     ( SMK(A) DG.)

5. Pada awalnya SMKADG berada dalam gred B, namun selepas tahun 1995 sekolah ini telah dinaik taraf menjadi sekolah gred A.

6. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah agama harian, namun 40% pelajarnya tinggal di asrama.

7. Sewaktu mula mengambil alih sekolah ini, hanya terdapat tingkatan 1 hingga enam sahaja, namun pada tahun 1996 tingkatan enam mula dibuka.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling
Km 21, Jalan Kuala Berang , Marang. , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096801668
Fax = 6096801922

Pautan luar[sunting | sunting sumber]