Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (L) Al-Mashoor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki)
Al-Mashoor Islamic Boys School
Logo SMASH
Alamat
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki)

Jalan Air Itam, 10460 Georgetown,

Pulau Pinang,

Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kluster Kecemerlangan , Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2020
Motoبرعلمو ، برايمان ، برعمل
(Berilmu , Beriman , Beramal)
Sekolah kembarSMKA Al-Mashoor (P)
Autoriti pendidikanTimur Laut
Nombor sekolah04-2296790
Kod sekolahPRA1001
PengetuaTuan Suhaimi Othman
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Rohani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Nor bin Jusoh
Penolong Kanan KokurikulumEn. Arman bin Talib
Faks04-2291503
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki) (SMASH) . Sekolah ini merupakan sekolah yang bersejarah kerana menjadi tempat melahirkan pemimpin dan pejuang dalam masyarakat muslim , khususnya di Pulau Pinang. Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan Masjid Negeri Pulau Pinang. SMKA Al-Mashoor (Lelaki) merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan (Fasa 1) sejak tahun 2007.[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki) atau SMASH merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Air Itam Pulau Pinang, Malaysia.

Ia telah diasaskan atas kesedaran golongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan kekurangan pendidikan agama dalam kalangan anak-anak melayu.

Pada tahun 1916 bersamaan 16 Muharram 1335H, satu mesyuarat telah diadakan khusus untuk penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama yang tinggi semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran, di Lebuh Acheh (Masjid Melayu Pulau Pinang). Ramai pihak menyumbang untuk merealisasikan sekolah agama ini, antara pihak yang menyumbang kepada penubuhan Madrasah ini termasuklah Tuan Syed Mahzar Aidid, Al-Syed Omar Al-Sagoff, Al-Sheikh Hassan Al-Baghdadi, Al-Syed Al-Sheikh Ali Bawazir dan Al-Sheikh Al-Haji Zakaria. Guru pertama yang mengajar di Madrasah ini ialah Al-Syed Abdul Rahman AlHabshee, manakala guru besar pertama ialah Al-Syed Al-Sheikh Al-Hadi.

Madrasah ini terus mendapat sambutan orang ramai dan pada tahun 1918, Madrasah ini telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampong Jawa Lama, dengan nama baharu iaitu Madrasah Al-Mashoor, sempena nama Tuan Habil Al-Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu. Di samping Tuan Al-Syed Al-Sheikh Al-Hadi sebagai guru besar, guru-guru lain yang mengajar pada ketika itu ialah Tuan Al-Sheikh Mohd. Radzi, Tuan Al-Syed Ahmad Dahlan, Tuan Abdul Rahman Firdaus, Tuan Syed Ali Al-Zahir dan Tuan Ustaz Yusuf Zawawi.

Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Teik Soon, iaitu tanah kepunyaan Tuan Haji Bachik (seorang hartawan dari Melaka). Pada masa itu, perkembangan sekolah tersebut berlaku dengan begitu pesat dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap murid. Mata pelajaran yang ditambah ialah Ulum Al-Syariah dan Bahasa Inggeris. Tuan Al-Syed Al-Sheikh Al-Hadi kemudiannya digantikan oleh Tuan Al-Allamah Al-Sheikh Abdullah Al-Maghribi, seorang ulama yang pernah mengajar dan menjadi imam di Masjidil Haram, Makkah. Antara guru yang mengajar pada masa pentadbirannya ialah Tuan Al-Marhum Sheikh Tahir Jalaluddin, Tuan Al-Sheikh Ahmad Al-Hadi dan Tuan Al-Allamah Al-Hafiz Ghulam Sarwar.

Pada tahun 1934 iaitu semasa pentadbiran Tuan Sheikh Abbas Bakar Al-Rafie', barulah bahagian puteri disusun. Pelajar puteri ditempatkan di bangunan lama dan pelajar putera di bangunan baru. Kemudian, pelajar-pelajar puteri telah berpindah ke rumah kediaman Tuan Sheikh Abbas di Jalan Macalister. Pada tahun 1936, sekolah puteri berpindah bangunan ke Jalan Lunas.

Semasa penjajahan Jepun pada tahun 1941, Madrasah Al-Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar putera dan puteri terus dijalankan. Pada ketika itu, tabung derma bangunan sekolah telah dilancarkan dan menerima derma ikhlas daripada Al-Amir Faisal, yang merupakan Tengku Mahkota Arab Saudi sebanyak RM10,000 dan juga sebanyak RM1,000 daripada Duta Sudan serta derma daripada masyarakat sekeliling. Pada tahun 1957, sempena kunjungan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke Madrasah Al-Mashoor, beliau berjanji akan membantu mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah. Sebuah Jawatankuasa Pembinaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk pembinaan sekolah baru. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada Tuan Syed Abdullah Al-Sagoff (Pengerusi), Tuan K.S. Mohd. Ismail Alaudin, Tuan Syed Omar Al-Mashoor, Tuan Haji Yusuf Rawa, Tuan Dr. Haji S.M.Baboo, Tuan K.S.N. Baharuddin, Tuan Haji Hassan Badjunid dan Tuan M.N. Sathar. Permohonan bantuan telah dimohon kepada pihak Lembaga Kebajikan Masyarakat.

Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin telah mewakafkan sebidang tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah puteri. Waris beliau iaitu Tuan Hj. K.S. Mohd. Ismail menjadi pengerusi Jemaah Pengurus SMKA Al-Mashoor (P) pada masa sekarang. Pada tahun 1970, guru besar pada masa itu Al-Ustaz Ahmad Badjunid telah memainkan peranan aktif untuk mengambil lebih ramai murid yang tercicir dari Sekolah Menengah Kerajaan. Pada masa itu terdapat bantuan bulanan daripada Rabitah Al-Alam Al-Islamiah Arab Saudi (The World Muslim League).

Pada akhir tahun 1978, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil alih bangunan sekolah putera di 41-A, Lebuh Teik Soon untuk pembinaan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Kerajaan negeri telah menggantikan tapak di Lebuh Teik Soon dengan sebidang tanah di Jalan Air Itam seluas 2.8 ekar. Mulai 1 Januari 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Agama Islam telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini secara rasmi dan nama sekolah ditukar daripada Madrasah Al-Mashoor kepada SMKA Al-Mashoor (Lelaki) dan SMKA Al-Mashoor (Perempuan) yang diurus secara berasingan.

Sebuah bangunan baru telah didirikan di Jalan Air Itam untuk pelajar-pelajar putera. Sementara menunggu bangunan baru siap, pelajar-pelajar putera telah menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi sehingga akhir tahun 1981. Setelah diambil alih oleh kerajaan selama 3 tahun, cadangan telah dibuat untuk membina bangunan baru bagi pelajar-pelajar puteri. Oleh itu sementara menanti bangunan baru di Medan Lim Cheng Teik siap, pelajar-pelajar puteri telah menumpang di SMKA Al-Mashoor (Lelaki) dari tahun 1982 hingga Oktober 1984 (2 tahun 10 bulan).

Memandangkan kurikulum SMKA Al-Mashoor telah berubah, para Pemegang Amanah Al-Mashoor berasa bertanggungjawab untuk mewujudkan semula sekolah agama yang menjadikan mata-mata pelajaran agama hadis, tafsir dan lain-lain lagi sebagai mata pelajaran asas. Setelah persetujuan diperoleh, dan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Maahad Al-Mashoor Al-Islami pun diwujudkan pada Februari 1993. Buat sementara waktu, sekolah ini menumpang di bangunan wakaf Masjid Riduaniah, Sungai Batu, Bayan Lepas dan kini Maahad Al-Mashoor Al-Islami telah mula bertapak dan tersergam indah di Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapak ini diberikan oleh kerajaan sebagai menggantikan tapak sebenar yang telah diambil alih untuk bangunan KOMTAR dan sekaligus nama maahad bertukar kepada Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

SMKA Al-Mashoor (L) terus berkembang dengan jumlah pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Bilangan bilik darjah yang terhad tidak dapat menampung pelajar yang terlampau ramai. Akhirnya pada tahun 1997, SMKA AL-Mashoor (L) telah menerima sebuah bangunan yang dahulunya merupakan SMK Hj. Zainul Abidin. Bangunan lama SMKA Al-Mashoor (L) dijadikan asrama dan mampu memuatkan sehingga 500 orang penghuni manakala bangunan SMK Hj. Zainul Abidin dijadikan bangunan sekolah. Kawasan sekolah yang lebih luas ini mempunyai 5 blok bangunan sekolah (3 blok bangunan dua tingkat dan 2 blok bangunan tiga tingkat). Bangunan ini menempatkan Pejabat Sekolah, 3 Bilik Guru, Bilik Gerakan Sekolah, Pusat Sumber Baitul Hikmah, Makmal Komputer, 6 Makmal Sains, Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi, 25 Bilik Darjah dan lain-lain.

Pengetua SMKA Al-Mashoor sekarang iaitu Tuan Suhaimi bin Othman merupakan pengetua yang ke-22. Pentadbiran dan pengurusan yang cekap di samping komitmen daripada guru-guru dan pelajar-pelajar menyebabkan SMKA Al-Mashoor (Lelaki) tidak putus-putus mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Kini, SMKA Al-Mashoor (Lelaki) telah menjangkau usia 105 tahun dan terus melahirkan pemimpin yang berdedikasi dan mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran dunia pada hari ini.[perlu rujukan]

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan modal insan Ulul Albab yang sanggup menghadapi cabaran melalui pendekatan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  1. Memberi fokus kepada kemahiran Bahasa Inggeris sebagai bahasa dakwah dan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu / kitab.
  2. Berusaha dengan gigih bagi meningkatkan pencapaian pelajar dengan menggunakan pendekatan yang inovatif, kreatif dalam acuan sendiri.
  3. Berusaha mewujudkan jaringan dengan IPT dan berusaha membina penanda aras sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).
  4. Mempertahankan watak sekolah kebangsaan tetapi dengan nilai tambah bercirikan antarabangsa.
  5. Membudayakan penganugerahan dan pengiktirafan semua staf dan warga sekolah.
  6. Melahirkan pelajar yang 'versatile' yang mengamalkan nilai-nilai seperti dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki) akan berusaha menjadi sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia menjelang 2020.

Sistem Pembelajaran dan Organisasi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sistem pembelajaran di S.M.K.A. Al-Mashoor (Lelaki) adalah mengikut kurikulum dan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jemaah Pengurusan S.M.K.A. Al-Mashoor (Lelaki) adalah seperti berikut:

Jawatan Nama guru
Pengetua Encik Suhaimi bin Othman
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Rohani bt.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mohd Nor Bin Jusoh
Penolong Kanan Kokurikulum En. Arman bin Talib
Guru Kanan Bahasa Pn. Nathira Beevi binti Samsudeen
Guru Kanan Kemanusiaan Pn. Wan Zaimas binti Wan Ibrahim
Guru Kanan Sains dan Matematik Pn. Suria Zunita binti Nasrul
Guru Kanan Teknik dan Vokasional
Guru Kanan Pendidikan Islam En. Norshahrul Ikhwan bin Shamsudin
Guru Kanan Tingkatan 6 En. Khairul Nizam bin Abu Bakar
Guru Kaunseling

Aliran[sunting | sunting sumber]

Mata pelajaran (SPM)[sunting | sunting sumber]

Teras[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah

Elektif[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains
  • Sains Komputer (SK)
  • English for Science and Technology (EST)

Kebitaraan[sunting | sunting sumber]

Penanda aras bagi anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

Kurikulum

  • Fizik

Ko-kurikulum

  • Penghayatan Islam

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

1916 - 1918 : Tuan Al-Syed Al-Sheikh Al-Hadi

1918 - 1920 : Tuan Al-Sheikh Abdullah Al-Maghribi

1920 - 1956 : Tuan Al-Sheikh Abbas Bakar Rafiee

1956 - 1970 : Tuan Al-Sheikh Mohamad Hussein Bakar Rafiee

1970 - 1978 : Tuan Al-Sheikh Ahmad Badjunid

*Selepas pengambilan oleh Kerajaan Malaysia.

1979 - 1983 : Tuan Al-Sheikh Ahmad Badjunid

1983 - 1985 : Tuan Haji Abdul Salam Haji Mohd. Zain

1985 - 1989 : Tuan Ghazazli Hussain

1989 - 1991 : Tuan Shapien Mat Zain

1992 - 1996 : Tuan Abdullah Othman

1997 : Tuan Mohd. Suhot Sayuti

1997 - 2002 : Tuan Suib Arshad

2002 - 2003 : Tuan Ramli Haji Shafie

2003 - 2006 : Tuan Abdullah Jusoh

2007 - 2008 : Tuan Haji Shamsudin Sharkoshi

2009 - 2010 : Tuan Syed Baharom Syed Hussin

2011 - 2011 : Tuan Shuib Zainordin @ Zainuddin

2011 - 2014 : Tuan Sirajuddin

2014 - 2015 : Tuan Haji Abdul Razak

2016 - 2017 : Tuan Haji Mohd Nasri

2017 - 2020  : Tuan Haji Rozali Mohamad

2020 - Kini  : Tuan Suhaimi Othman

SMK Agama Almashoor Lelaki telah banyak menghasilkan alumni yang berbakti kepada negara. Di antaranya ialah ;

  1. Dr Burhanuddin Al Helmy - YDP Parti Islam Se-Malaysia, Presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
  2. Sheikh Abu Bakar Al Ashaari - Tokoh Islah Negeri Perlis
  3. Dato' Syeikh Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad - Mufti Negeri Sembilan
  4. Sheikh Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ismail - Pemangku Mufti Perlis
  5. Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh - Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Perak
  6. Reezal Merican Naina Merican - Bekas Menteri Belia dan Sukan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]