Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu
Moto Berilmu Beriman Beramal
Ditubuhkan 1990
Dirasmikan 1 Disember 1990
Jenis Sekolah menengah kebangsaan agama, Sekolah kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) berasrama penuh, Gred A
Pengetua Puan Jaimis binti Saiman
PPPS[1] DG1-4
(Sejak Mac 2007)
Pengerusi PIBG Hj. Samin Ongki
Ketua Pelajar Mohd. Aizul Hazwan Ramlie
Kod sekolah XRA4003
Lokasi Bukit Padang,Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu,  Malaysia
Kemasukan Pelajar Dikawal oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Sabah.
Laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu
Telefon 088-243548 / 088-230097
Faks 088-241714


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMKAKK) merupakan sebuah sekolah agama di Kota Kinabalu. Nama SMKAKK dipilih bersempena nama bandaraya Kota Kinabalu yang merupakan lokasi sekolah ini. Nama ini telah dipilih oleh pengetua pertamanya, Haidon Hadi Sapiri pada tahun 1990.

Dengan tertubuhnya SMKAKK, bilangan sekolah agama di Sabah bertambah. SMKAKK terletak di Bukit Padang, 4 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu. Asalnya, bangunan SMKAKK merupakan tapak Universiti Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1979. Semenjak tahun 1990, UKM cawangan Sabah berpindah ke Menggatal dan dibubarkan pada tahun 1994 dengan penubuhan Universiti Malaysia Sabah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMKAKK telah ditubuhkan pada 1 Disember 1990 (15 Jamadilakhir 1411), hasil daripada hasrat Pengarah Pendidikan Sabah untuk menambah bilangan sekolah agama di Sabah.

SMKAKK merupakan SMKA ketiga yang dibuka di Sabah selepas SMKA Limauan, Papar, dan SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu.

Guru perintis SMKAKK seramai 12 orang iaitu terdiri daripada Haidon Hadi Sapiri sebagai Pengetua, Adenan Hussin sebagai Timbalan Pengetua, Mohd. Rozaimi Abdul Razak, A. Ismail, Anuar Jasimin, Melih Bidin, Mahyani Simih, Azlan Sukir, Wan Jah Hasbullah, Zaharah Bani Yamin, Rosnani Harun, Noor Husnah Abdullah dan Nasif Kasim sebagai kerani.

Pendaftaran SMKAKK bermula pada 1 Januari 1991. Pelajar pertama berjumlah 205 orang terdiri daripada pelajar 4 buah kelas Tingkatan 1 dan pelajar 3 buah kelas Tingkatan 4. Penubuhan SMKAKK berteraskan Taqwa, Islam dan Ihsan. Justeru, adalah menjadi cita-cita SMKAKK untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang teguh sebagai pemimpin negara di masa depan.

Pada 13 April 2011, SMKAKK diiktiraf sebagai Sekolah Tanpa Sampah oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Agama KK tercinta
Gedung ilmu dan cita-cita
Dunia akhirat dituntut bersama
Harum namamu di persada negara
Ku sanjung budimu, guru
Bakti ayahbonda ku pahat di jiwa
Kami mara terus maju
Memikul tugas para Anbiya
Berilmu, beriman, beramal ikrar kami
Pelajar mithali harapan negara
Terbilang di dunia, akhirat sejahtera.

Ikrar pelajar[sunting | sunting sumber]

Kami, pelajar-pelajar SMK Agama Kota Kinabalu berikrar akan mematuhi perkara yang berikut:

  • taat kepada Allah dan menjauhi segala larangannya;
  • menghormati ibu bapa dan guru-guru kami;
  • mematuhi dan melaksanakan peraturan dan disiplin sekolah dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan sahsiah kami;
  • sanggup berkorban masa, tenaga, mental dan fizikal demi mematuhi peraturan dan disiplin sekolah;
  • berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam kurikulum dan kokurikulum demi masa depan kami;
  • membantu guru-guru melaksanakan tugas dan aktiviti sekolah demi mencapai visi dan misi sekolah.

Pernyataan arah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

SMK Agama Kota Kinabalu menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2016.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melahirkan generasi pelajar Muslim yang bersahsiah tinggi, berbudaya ilmu dan berketrampilan melalui pengurusan berkualiti bagi merealisasikan tuntutan agama dan wawasan negara.

Etos[sunting | sunting sumber]

3S - Senyum, Sapa dan Salam.

Kebitaraan sekolah[sunting | sunting sumber]

Perbahasan.

Infrastruktur sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai Dewan Ibnu Taimiyyah, Bilik Gerakan Syed Qutb, 48 buah bilik darjah, 5 buah makmal sains, sebuah makmal bahasa, sebuah makmal komputer, sebuah perpustakaan, sebuah bilik kuliah, Surau Ar-Rahman, sebuah bilik kaunseling, sebuah bangunan kejuruteraan, 5 buah asrama, sebuah kantin, sebuah dewan makan, 2 blok bangunan 4 tingkat kediaman kakitangan, sebuah kediaman rasmi Pengetua, 2 buah kediaman rasmi Penolong Kanan, 2 buah gelanggang sukan dan sebuah padang.

Hubungi kami[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu
Jalan Sekolah Agama
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: 088-243548
Faks: 088-241714

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]