Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
Moto Ilmu itu Nur
Ditubuhkan 1977
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Pengetua Puan Wan Ruhayah binti Wan Yaacob
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Encik Mohd Sabri bin Satar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Salmah Abdul Rani
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Zaiazman bin Mohd Zainuddin
Pengerusi PIBG Tuan Haji Ir. Jazlan bin Ahmad
Kod sekolah BRA4001
Lokasi Jalan Sungai Ramal Luar, 43000Kajang, Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Nama singkatan MAHISS
Laman web http://www.smkamh.bpi.edu.my/
Telefon 03-87376300
Faks 03-87376295

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah atau nama ringkasnya SMKA Maahad Hamidiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Pada 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 915 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah. SMKA Maahad Hamidiah merupakan salah sebuah sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Fasa 5.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib dan seorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok.

Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul HAmid, yang berasal dari Sumatera,Indonesia.Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telahpun berpindah ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. Prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tiap tahun adalah menggalakan.SMKA Maahad Hamidiah adalah antara Sekolah Asrama Harian yang terbaik dan terunggul di negeri Selangor. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 915 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga enam. Tenaga pengajar di sekolah ini pula seramai 74 orang dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Bawah-15 dan b-18 bola sepak mendapat johan dalam peringkat zon.
  2. Johan Keseluruhan Memanah Negeri Selangor 2010
  3. Kejohanan Debat Peringkat Kebangsaan
  4. Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah Hulu Langat 2011
  5. Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Hulu Langat 2011

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
Jalan Sungai Ramal Luar,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Telefon = 03-87376300
Faks = 03-87376295
E-mel = smkamh_kajang@yahoo.com.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]