Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
Moto Iqra', Usjud, Iqtarib
Ditubuhkan 1984
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah kerajaan
Pengetua Encik Mohamad Bin A.Ghani
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Ustaz Hanafi bin Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Rosli bin Abdul Rahman
Kod sekolah TRA3002
Lokasi Jln BudimanKuala Terengganu, Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Nama singkatan SHAMS
Telefon 609-6235155
Faks 609-6264268

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek atau nama ringkasnya SMKA Sheikh Abdul Malek, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jln Budiman, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek memiliki 541 pelajar lelaki dan 806 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1347 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.2009

Moto[sunting | sunting sumber]

  • Iqra', Usjud, Iqtarib
  • "Baca, Sujud dan Dekatkan Diri dengan Maha Pencipta"

Singkatan nama[sunting | sunting sumber]

  • SHAMS (Sheikh Abdul Malek School)
  • Bermaksud "matahari" dalam bahasa Arab. Kalimah ini melambangkan harapan warganya untuk melihat anak didiknya menjadi sinar yang bakal menerangi seluruh pelusuk alam dengan ilmu penuh di dada.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu, kira-kira dua kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar-pelajar sulungnya bermula pada 2 Januari 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, Kuala Terengganu. Sekolah ini pada awalnya diberi nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Februari 1986, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan dan pelajar-pelajarnya mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang.

Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat tiga buah sekolah yang berdekatan juga diberi nama Seri Budiman maka Jabatan Pendidikan Terengganu meminta dicarikan satu nama lain yang lebih sesuai. Akhirnya, Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin Mat @ Muhd bersama dengan seorang tokoh sejarah Negeri Terengganu Dato' Setia Jasa (Dato' Haji Mohd. Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan nama seorang tokoh ulama' Terengganu iaitu Sheikh Abdul Malek bin Abdullah yang terkenal dengan gelaran “Tok Ku Pulau Manis” untuk diabadikan namanya bagi sekolah ini. Cadangan ini diterima dan bermula bulan Ogos 1987 sekolah ini dengan rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian untuk SMKA Sheikh Abdul Malek

Pencapaian akademik[sunting | sunting sumber]

Kejayaan SPM = 36 Calon Straight 'A'

  • SMKA Negeri - Pertama
  • SMKA Daerah - Pertama
  • Sekolah Harian Negeri - Pertama
  • Sekolah Harian Daerah - Pertama
  • Seluruh Sekolah Daerah - Ke-6
  • Seluruh Sekolah Negeri - Ke-9

Keputusan STPM 2010

  • Peratus Kelulusan : 100%.
  • Pelajar Terbaik :
  • Nur Diyana bt Merican (GPK 3.83).
  • Pencapaian peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 3( Sila klik perkataan pertengahan)

Pencapaian kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Bola sepak

  • Pertama kali beraksi pada peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS Kategori 18TKB tahun 2011.
  • Menjuarai Kalam Jamai'e
  • Menjuarai Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS Kategori 18TKB tahun 2013 buat kali pertama apabila menundukkan sekolah kluster dalam sukan iaitu SMK Sultan Sulaiman dengan jaringan 2-1.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek mencapai Naib Johan Pertandingan Laman Web
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek memenangi tempat kedua pertandingan Speech Coir di peringkat Negeri Terengganu.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
Jln Budiman, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 609-6235155
Faks = 609-6264268

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]