Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said
Fail:SMKA SHAMS
Lokasi
 Malaysia Jalan Tunku Kurshiah, 70400, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Nombor sekolah+6067623778
Kod sekolahNRA4001
Pengerusi PIBGEn. Nor Azmi bin Musa
PengetuaEn Haji Ahmad Shahrir b Abdul Ghani
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.Samsiah bt Mat Yusof
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn.Zahariah bt Buntal
Penolong Kanan KokurikulumPn. Rosiah bt Othman
Faks+6067627276
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said atau nama ringkasnya SMKA SHAMS, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau SMKA yang terletak di Jalan Tunku Kurshiah. Ia juga dikenali sebagai SHAMS, SMKA kedua selain SMKA Dato' Hj Abu Hassan Hj. Saildan merupakan sebuah sekolah agama persekutuan yang ditubuhkan pada 1 Jun 1959. Sekolah ini merupakan Sekolah Ugama pertama yang pernah ditubuhkan di Negeri Sembilan dan merupakan sekolah-sekolah ugama terawal di Malaysia. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said adalah antara sekolah agama kelas (SMKA) yang terbaik di Malaysia. Terletak di Jalan Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun 2008, SHAMS telah dianugerahkan "Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)". Sebagai salah satu sekolah kluster di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, SHAMS telah menandatangani MoU dengan Madrasah Aliah Negeri, Bukit Tinggi, Indonesia. Ia ditandatangani untuk mengurangkan jurang pendidikan antara Malaysia dan Republik Indonesia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said bermula pada tahun 1959 di Istana Seri Menanti lama Kuala Pilah dengan kemasukan 40 pelajar lelaki. Ia berada di bawah naungan kerajaan tempatan Negeri Sembilan dan secara rasmi dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama Tinggi (SUMT) Negeri Sembilan dengan rujukan sebagai sekolah agama pertama di Negeri Sembilan.

Pada tahun 1963, bermula dengan pengambilan 20 wanita, ia mencapai 135 pelajar. Sekolah ini mendapat tempat seluas 11 ekar (45,000 m 2 ) di Jalan Tunku Kurshiah, Sikamat, Seremban yang bersebelahan dengan Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban, sebuah sekolah berasrama terkemuka. Pada tahun 1977, pengurusan sekolah telah diserahkan kembali kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan nama sekolah kemudiannya diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama (SMKU) Seremban.

Pada tahun 1984, sempena perayaan Ulang Tahun Perak ("Silver Jubilee"), nama sekolah itu telah diubah menjadi nama semasa yang merupakan nama seorang ulama yang terkenal, Sheikh Haji Mohd Said . Pada tahun 2009, sekolah akan meraikan 50 tahun penubuhannya.

  • ditubuhkan pada tahun 1959
  • di seri menanti
  • kod NRA4001

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antara pencapaian yang pernah di capai oleh SMKA SHAMS adalah:

Kluster Kebitaraan Catur

Kluster Kebitaraan Pendidikan Islam

Kluster Kebitaraan Unit Beruniform (Bomba)

Kluster Kebitaraan Akademik (SKK)

Anugerah Sekolah-sekolah Cemerlang Malaysia 2020


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said
Jalan Tunku Kurshiah
70400, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067623778
Fax = 6067627276

Pautan luar[sunting | sunting sumber]