Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
KM 4, Jalan Jerantut–Temerloh, 27000, Jerantut, Daerah Jerantut, Pahang
Malaysia
Koordinat3°55′25″N 102°23′05″E / 3.923609°N 102.384799°E / 3.923609; 102.384799Koordinat: 3°55′25″N 102°23′05″E / 3.923609°N 102.384799°E / 3.923609; 102.384799
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan agama; Sekolah kerajaan
MotoBaca, Amal, Hayati
Ditubuhkan8 Januari 1984
Autoriti pendidikanPPD Jerantut
Nombor sekolah6092663330
Kod sekolahCRA2001
Faks6092667472
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang atau juga dikenali sebagai SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang ialah sekolah menengah kebangsaan agama yang terletak di Jalan Jerantut–Temerloh di Jerantut. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang merupakan sekolah kerajaan yang terletak di bawah Daerah Jerantut dan salah satu sekolah dalam negeri Pahang Darul Makmur. [1]

Kod sekolah bagi sekolah ini ialah CRA2001. Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2021, sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan memiliki jumlah pelajar seramai 654 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ia memiliki 65 orang guru yang bertugas di sekolah ini. [2] SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan terletak di bawah autoriti pendidikan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Batch 1 mendaftar pada 08.01.1984.
Tuan Haji Mansor Bin Haji Abdul Kadir (2023)

SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan mula ditubuhkan pada 8 Januari 1984 dan diberikan nama awal iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang. Pada awalnya SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan telah menumpang di kawasan SMK Jerantut dengan seramai 120 orang pelajar. Ia memiliki 11 orang guru dan ketika itu, Tuan Haji Mansor Bin Haji Abdul Kadir merupakan pengetua yang pertama bagi sekolah ini.

Awal tahun 1988, sekolah ini telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang yang terletak berdekatan Jalan Jerantut–Temerloh. DYMM Sultan Pahang pada ketika itu, Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan merasmikan sekolah ini pada 27 September 1988 dan diberikan nama sekolah yang baharu iaitu SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan bersempena nama DYMM Tengku Ampuan Pahang iaitu Al-Marhumah Tengku Ampuan Hajjah Afzan ibni Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.

Bermula pada tahun 1999 sehingga 2004, sekolah ini telah menjadi Sekolah Bestari Rintis dan menjadi Sekolah Bestari Perdana sehingga sekarang dan pada tahun 2009, sekolah ini telah menyambut Jubli Perak sempena penubuhan selama 25 tahun di persada pendidikan di Malaysia. [3]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang terletak di Km 4, Jalan Jerantut-Temerloh.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia, berikut ialah jumlah murid dan guru dari tahun ke tahun.

Tahun Jumlah murid (orang) Jumlah guru (orang)
2009 691 66
2017 725 68
2019[4] 677 65
2020[5] 651 69
2021[6] 654 65

Alumni[sunting | sunting sumber]

  1. Tokoh
    1. Dato' Dr. Azfar Mohamad Mustafar - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura
    2. Dato' Mohamad Sahfri Ab Aziz (Gen5) - Adun Bukit Ibam 2004 - 2008
    3. YA Tuan Mohd Rosli bin Yusoff (Gen2) - Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya.
  2. Perniagaan
  3. Aktiviti
    1. Poster Karnival Sukan 2023
      Pada 16 Disember 2023 Persatuan Alumni Smkatahap telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan XTAHAP 2023 di Kompleks Belia dan Sukan daerah Jerantut. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah bolasepak, bolajaring, woodball dan 4x100m.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 September 2022.
  2. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  3. ^ "Sejarah SMKA TAHAP". smka-tahap.blogspot.com. 22 September 2011.
  4. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Mei 2019". Kementerian Pendidikan Malaysia. 17 Februari 2020. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  5. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.
  6. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]