Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad
Lokasi
Jalan Rompin Lama, 26600 Pekan, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBersama Menuju Gemilang
Nombor sekolah+6094221252
Kod sekolahCEE5062
PengetuaHaji Kamaluddin bin Abdul Latif
Penolong Kanan KokurikulumAzman bin Cik
Faks+6094226121
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad atau nama ringkasnya SMK Sultan Ahmad, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Rompin Lama. Sekolah ini juga merupakan sekolah kluster kecemerlangan dan sekolah rancangan khas.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad memiliki 238 pelajar lelaki dan 411 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 649 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad, Pekan (SMK Ahmad) mula ditubuhkan pada bulan Januari 1926. Sekolah ini mulanya diberi nama Government English School, Pekan. Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abdullah nenda Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Negeri Pahang sekarang menjadi penggerak utama penubuhan sekolah ini. Pada tahun pertamanya sekolah ini mempunyai seorang guru iaitu Encik A Ramalingam dengan jumlah pelajar seramai 35 orang iaitu 33 lelaki & 2 perempuan yang dibahagikan kepada dua darjah rendah ( Primary ) A dan B.

Pada tahun 1981, dua kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka dan seramai 58 pelajar lepasan SPM sekitar daerah Pekan dan Rompin berpeluang mengikuti pelajaran Tingkatan 6 Sastera di sini. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SMK Ahmad menjadi Pusat Sumber Elektronik pada tahun 1995 dan upacara pelancaran peringkat kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri pelajaran pada 9 Mac 1996. Serentak dengan itu SMK Ahmad telah dipilih untuk mengadakan kelas Muzik dan kelas Reka Cipta oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring penubuhan kelas Muzik pasukan gamelan telah diwujudkan dan menjadi salah satu kebitaraan sekolah.

Satu kelas Aliran Agama ( KAA ) tingkatan 1 telah dibuka di sekolah ini dengan pelajarnya seramai 35 orang dan seterusnya pada tahun 2002 penambahan satu kelas Rancangan Khas dengan bilangan pelajar 28 orang. Program kelas Rancangan Khas ini telah berkembang menjadi 5 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2, 4 kelas tingkatan 3 dan 3 kelas tingkatan 4.

Menjelang tahun 2006, SMK Ahmad telah diiktiraf sebagai Sekolah Rancangan Khas dengan mengambil pelajar yang berkelulusan sekurang-kurangnya 3A 2B ke atas untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan tahun 2008 SMK Ahmad telah menjadi sebuah sekolah Rancangan Khas sepenuhnya.

Sesuai dengan status SMK Ahmad sebagai Sekolah Rancangan Khas, tingkatan 6 aliran sains telah dibuka sebanyak 2 kelas pada tahun 2007. Seiring dengan perkembangan semasa pada tahun 2011 kelas Aliran Agama Tingkatan 4 telah dibuka. Perkembangan terkini di bawah kepimpinan Pn Lailatun Zalaliah bt Hussain, Pengetua Cemerlang Kanan, SMK Ahmad dengan bilangan tenaga pengajar seramai 73 orang dan staf sokongan seramai 19 orang. Bilangan Pelajar pula seramai 686 orang termasuk 251 orang pelajar sesi petang.

Pada 2023, SMK Sultan Ahmad telah berjaya mendapatkan tempat ke-3 dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Pekan B-18

Johan Bola Jaring B-15 dan B-18 MSSD Pekan 2023

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ini lah sekolah kita,
Jagalah nama baiknya,
Bersopan santun,
Hormati guru,
Bertekun mengejar ilmu.

Marilah kita semua,
Sanjungi sekolah kita,
Penuhkan hasrat,
Ibu dan bapa,
Khidmat setia dijaga.

Jangan mudah kita lupa,
Sumbangan jasadan baktinya,
Guru pembimbing mulia,
Mencapai cita-cita.

SMKA sekolah kita,
Kebanggaan kita semua,
Semoga cita,
Tercapai jua,
Moga tuhan memelihara,
Moga tuhan merestuinya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]