Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEA8653
Lokasi No. 1, Persiaran Kuala Langat, Seksyen 28SHAH ALAM, Selangor,  Malaysia
Telefon 351922141
Faks 351924092


Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 atau nama ringkasnya SMK Alam Megah 2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di No. 1, Persiaran Kuala Langat, Seksyen 28.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 memiliki 567 pelajar lelaki dan 632 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1199 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Alam Megah 2 mula ditubuhkan pada tahun 2003 dengan pengambilan pelajar yang kebanyakkannya diserap daripada sekolah berhampiran iaitu SMK Alam Megah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Lonjakan Saujana 2008

Pada 4 November 2008, SMK Alam Megah 2 telah dinobatkan sebagai Naib Johan Lonjakan Saujana SPM Peringkat Kebangsaan. Anugerah ini diadakan di Dewan D Malaysia Agro Exposition Parks, Serdang yang diwakili oleh pengetua masa tersebut iaitu Puan Hjh. Zaharah, Penolong Kanan Akademik, Puan Zaiton Abu Hassan dan Setiausaha SPM, Puan Nik Aziah. Dalam masa 5 tahun penubuhannya, SMK Alam Megah 2 berjaya mencorakkan prestasi yang membanggakan di dalam keputusan SPM.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2
No. 1, Persiaran Kuala Langat, Seksyen 28
Selangor,  Malaysia
Telefon = 351922141
Fax = 351924092

Pautan luar[sunting | sunting sumber]