Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin
Lokasi
Peti Surat 464, 89008, Keningau, Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU SULUH HIDUP
Nombor sekolah6087335122
Kod sekolahXEA1057[1]
PengetuaPn. Dorothea Caherina Onong (2016 - kini)
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Hamid Roslan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Rosnah Sangkar
Penolong Kanan KokurikulumEn. Jalim Haris
Faks6087336339

Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin atau nama ringkasnya SMK Apin-Apin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 464.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin memiliki 515 pelajar lelaki dan 515 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1030 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Apin-Apin merupakan salah sebuah sekolah yangterdapat di Daerah Keningau. Sekolah ini terletak di Apin-Apin yang menjadi laluan utama ke Kota Kinabalu dengan jarak sejauh kira-kira 12 km dari Bandar Keningau. Sejarah sekolah ini amatlah unik. Sekolah yang ada kini amat jauh berbeza dengan SMK Apin-Apin 50 tahun yang lalu. Tokoh-tokoh terdahulu seperti mendiang Datuk Anthony Undan ( Ahli Dewan Undangan Negeri N 37Bingkor ) telah memulakan usaha untuk merealisasikan impian untuk mewujudkan sekolah menengah sendiri.

Tujuh buah sekolah yang terdapat di sekitar Apin-Apin iaitu SRJK St. James, Sekolah Kebangsaan Apin-Apin, Sekolah Kebangsaan Merampong, Sekolah Kebangsaan Kepayan, Sekolah Kebangsaan Bundu, Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin dan Sekolah Kebangsaan Bunga Raya sudah cukup melayakkan Apin-Apin mempunyai sebuah sekolah menengah sendiri. Ini kerana, Kadar pertambahan penduduk dan pelajar yang memerlukan pendidikan yang kian meningkat. Ini ditambah pula dengan latar belakang penduduk Apin-Apin sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat petani yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di luar daripada Apin-Apin. Pada tahun 1977 adalah tahun yang bersejarah bagiseluruh warga Apin-Apin apabila impian yang dimarakkanoleh usaha yang dicanang sekian lama akhirnya mewujudkan SMK Apin-Apin. Tahun ini juga memberi peluang kepada anak-anak Apin-Apin sendiri untuk membuka satu lembaran baru yang kini menjadi sejarahdan kenangan. 59 orang pelajar dengan 16 daripadanya adalah pelajar perempuan telah melangkahkan kaki ke Tingkatan Satu. Turut sama ialah 5 orang guru yangdidatangkan khas olah Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.Pada awalnya, sekolah ini hanyalah sebagai cawangan SMK Bingkor. Tidak ada pentadbir yang khusus dilantikmentadbir SMK Apin-Apin secara total. Segala urusan pentadbiran dikawal oleh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor danPejabat Pelajaran Daerah Keningau. En. Sitam Bin Hj.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu.. engkau tujui matlamat hidup

Engkau membina harapan nusa bangsa

Demi sekolah tercinta

Dengan lafaz ikrar

Bersatu mengharumkan namamu

Guru.. engkau curahkan ilmu di dada

Engkau melahirkan generasi berilmu

Sekolahku SMK Apin-Apin

Merealisasikan wawasan negara

Kepada pencinta ilmu

Teruskan perjuangan

Mengisi ilmu di dada

Berilmu dan berdisiplin

Ilmu suluh hidup 2x

Usaha tangga kejayaan 2x

Kelas & MP[sunting | sunting sumber]

Urutan Kelas

No Kelas
1 Harvard
2 Stanford
3 Yale
4 Cambridge
5 Princeton
6 Oxford

Mata Pelajaran Menengah Atas

Kelas Tingkatan Mata Pelajaran Catatan
Harvard 4 & 5 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia ... tidak lengkap
Stanford 4 & 5 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Sains Sukan, Sains Komputer, Ekonomi tidak lengkap
Yale 4 & 5 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Geografi, Perniagaan
Cambridge 4 & 5 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, PSV
Princeton 4 & 5 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, PSV
Oxford 4 & 5 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, PSV

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin
Peti Surat 464
89008, Keningau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087335122
Fax = 6087336339

[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-08-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]