Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh
Moto "Kecemerlangan Tekad Kami"
Ditubuhkan 1 Januari 2004
Dirasmikan 1 Januari 2004
Jenis Sekolah Menengah Harian
Pengetua Puan Hafshah binti Muhammad
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Encik Razali bin Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Salmah binti Abu Bakar
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Teo Kim Bee
Lokasi Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka
Kemasukan Pelajar 644 Pelajar
Nama singkatan S.M.K.A.K
Laman web Laman SMK Ayer Keroh
Telefon (+6)06-2325157
Faks (+6)06-2313721


Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (dikenali sebagai SMKAK) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Kedudukan sekolah yang strategik memudahkan para pelajarnya kerana berdekatan dengan kemudahan-kemudahan asas.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Bangunan SMK Ayer Keroh

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan pusat pentadbiran Negeri Melaka yang baru. Tenaga pengajar SMKAK terdiri daripada 17 orang guru sementara 4 orang kakitangan bukan guru pada tahun 2004. Kini, tenaga pengajar telah bertambah seramai 46 orang guru dan 8 orang kakitangan bukan guru.

Pelajar-pelajar SMKAK adalah lepasan SK Ayer Keroh, SRJK(C) Ayer Keroh, SK Bukit Beruang, SK Demang Husin, SK Jalan Datuk Palembang, SMK Bukit Baru, SMK Tinggi St. David, SMK Bukit Katil, SMK Munshi Abdullah dan SMK Tun Mutahir. Pada tahun 2004, sekolah ini hanya menerima pelajar tingkatan satu, dua dan empat iaitu seramai 246 orang sahaja. Namun begitu, pada tahun 2006, bilangan pelajar meningkat sebanyak 516 orang manakala jumlah kelas ialah 23 buah serta sebuah kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Secara umumnya, SMKAK terdiri daripada 10 blok iaitu blok A (Pentadbiran), blok B (bilik darjah), blok C (bilik darjah), blok D (bilik makmal), blok E (bengkel), blok F (bengkel), blok G (kantin), blok H (stor sukan), blok K (surau) dan blok L (dewan serbaguna). Keluasan tanah kawasan sekolah ialah 7.55 ekar (328,878 kaki persegi), keluasan binaan (bangunan berbumbung) 9,556.17 meter persegi (102,859 kaki persegi) dan harga binaan sekolah ialah RM13.8 juta yang dibina mengikut konsep "Design & Build”.

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Kecemerlangan tekad kami
Cogan Kata, lambang jati
Semangat generasi Berjaya

Di sini, kami putera dan puteri
Berusaha, terus maju dan
Teroka era baru

Cita-cita tinggi menjulang
Mendukung hasrat ibu pertiwi
Membina Malaysia jaya
Aman makmur harmoni

Oh sekolah yang ku cinta
SMK Ayer Keroh
Moga kita direstui oleh
Yang Maha Esa, Ayah bonda

Semangat waja kan bertakhta
Di hati kami Cemerlang, Gemilang dan Terbilang .

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh
Taman Tasik Utama, 75450
Ayer Keroh, Melaka

No. telefon / faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon: (+6)06-2325157
  • No. faksimili: (+6)06-2313721

Informasi ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat e-mel:

  • smkayerkeroh@sekolah.mmu.edu.my
  • umict_smkak@yahoo.com.my

Visi dan misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi :

SMK Ayer Keroh akan menjadi sekolah cemerlang di peringkat negeri Melaka menjelang tahun 2010.

Misi :

Ke arah melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

Dasar kualiti sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Ayer Keroh percaya dan yakin bahawa:-

Sikap dan pemikiran yang profesional Semangat bekerjasama berpasukan Budaya kerja yang cekap, adil dan berhemah

Boleh memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti tinggi kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat untuk memenuhi matlamat pendidikan negara.

Piagam pelanggan sekolah[sunting | sunting sumber]

Dalam merealisasikan Visi Sekolah, maka kami dengan penuh iltizam berjanji akan melaksanakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut;

Kepada Pelajar;
Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan serta memberi peluang dengan adil dan saksama untuk mencapai kecemerlangan diri.

Kepada Masyarakat;
Memberi layanan mesra dan mewujudkan hubungan kerjasama yang baik ke arah peningkatan kecemerlangan pendidikan.

Kepada Negara;
Sentiasa berusaha ke arah pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Kekuatan sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Binaan bangunan yang canggih dan tersendiri berasaskan Design & Build
  • Lokasi yang strategik berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas
  • Keputusan PMR terbaik kategori sekolah harian di kawasan Ayer Keroh
  • Pencapaian cemerlang dalam pelbagai pertandingan di peringkat kawasan dan negeri
  • Masalah disiplin yang rendah
  • Kadar kehadiran yang tinggi
  • Warga pendidik yang komited dan berpengalaman
  • Kerjasama yang erat daripada pihak PIBG, komuniti dan institusi pengajian tinggi yang berdekatan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]