Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 3.1368666493° N 101.768203992° E

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang
Moto Berilmu dan Beramal
Ditubuhkan 1 Disember 2001
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Tuan Haji Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd (2001-kini)
Kod sekolah BEA4622
Lokasi  Malaysia Bandar Baru AmpangAMPANG, Selangor, Malaysia
Telefon 342957800
Faks 342959800


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang atau nama ringkasnya SMK Bandar Baru Ampang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Ampang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang memiliki 802 pelajar lelaki dan 786 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1588 orang. Ia mempunyai seramai 106 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang (SMKBBA) (Bahasa Inggeris: Bandar Baru Ampang High School; Bahasa Cina: 安邦新镇国中) adalah sebuah sekolah menengah yang terletak di dalam Bandar Baru Ampang, Selangor, Malaysia. Cogan kata sekolah merupakan "Berilmu dan Beramal".

SMKBBA ditubuhkan pada Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai pelajar seramai 383 orang dan warga pendidik seramai 32 orang. Pengetua sekolah ini merupakan Tuan Haji Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd (2002-kini).

Identiti[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"

Misi[sunting | sunting sumber]

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"

Matlamat[sunting | sunting sumber]

SMKBBA akan berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan semua sumber yang ada dalam:

  1. Meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan dengan memantapkan pengurusan dan pentadbiran serta pengurusan kewangan sekolah.
  2. Meningkatkan prestasi akademik dan pembentukan sahsiah diri pelajar melalui pemantapan pengurusan kurikulum, pengurusan HEM, dan pengurusan kokurikulum.
  3. Meningkatkan profesionalisme organisasi melalui pemantapan pengurusan sumber manusia.
  4. Mewujudkan budaya sekolah yang kondusif dengan memantapkan pengurusan pembangunan fizikal dan hubungan komuniti.

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Membimbing dan memastikan semua pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua peperiksaan.
  • Membimbing dan melahirkan pelajar yang beriman, bertaqwa, bersahsiah mulia serta mantap fizikal dan mental.
  • Memastikan setiap pertandingan yang disertai oleh pelajar menghasilkan kejayaan.
  • Memupuk semangat suka membaca di kalangan pelajar dan mengamalkan budaya ilmu sepanjang hayat.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang sentiasa bersih, ceria, kondusif untuk proses pengajaran yang berkesan serta keselamatan pelajar sentiasa dijaga.
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra untuk semua pihak yang berurusan dengan pihak sekolah.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menjalinkan permuafakatan dan hubungan yang harmoni antara warga sekolah dan masyarakat.
  • Melahirkan individu cemerlang yang berperibadi mulia dan mempunyai jati diri.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif ke arah pembentukan potensi individu.
  • Menampilkan imej sekolah yang bersih, ceria dan indah.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

  1. Memperkasakan pengurusan dan perkhidmatan sekolah ke arah budaya kerja yang cemerlang bagi meningkatkan ahap profesionalisme warga sekolah.
  2. Melahirkan insan bershsiah mulia an berketrampilan melalui peningkatan tahap disiplin pelajar.
  3. Memberi peluang dan bimbingan kepada semua pelajar memperkembang potensi diri ke arah melahirkan individu yang seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu sekolah ini dicipta oleh Shuzaidi B. Shamsudin. Beliau mencipta lagu ini dalam Bahasa Malaysia. Pelajar-pelajar SMKBBA diwajib menyanyikan lagu sekolah ini semasa perhimpunan rasmi dijalankan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tuan Haji Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang telah ditubuhkan pada 1 Disember 2001. Peringkat awalnya SMK Bandar Baru Ampang menumpang di SK Tasek Permai. Bilangan pelajar pada tahun pertama penubuhkannya ialah seramai 383 orang, terdri daripada 7 kelas peralihan, 6 kelas tingkatan 1. Bilangan guru-gurunya seramai 32 orang, 5 orang staf sokongan.

Pengetua SMK Bandar Baru Ampang pertama ialah Tuan Haji Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd yang berasal dari Kajang, Selangor. Pada 28 November 2002, YB Tan Sri Musa Mohamed, Menteri Pendidikan Malaysia telah melawat tapak sebenar sekolah yang belum disiapkan lagi dan telah mendesak pihak kontraktor pembinaan agar disiapkan segera.

Akhirnya pada 1 Januari 2003 SMK Bandar Baru Ampang telah berpindah ke bangunan sebenar yang terletak di Bandar Baru Ampang secara rasmi dengan kebenaran Menteri Pendidikan. SMK Bandar Baru Ampang mempunyai bilangan pelajar seramai 742 orang yang terdiri daripada 5 kelas peralihan, 10 kelas tingkatan satu dan 5 kelas tingkatan dua. Bilangan gurunya telah bertambah kepada 40 orang dan 6 orang staf sokongan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang
Bandar Baru Ampang
Selangor, Malaysia
Telefon = 342957800
Fax = 342959800

Pautan luar[sunting | sunting sumber]