Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
Moto Berilmu. Berdisiplin. Beramal.
Jenis Sekolah Kerajaan
Pengetua Wan Mohd Tahir b. Wan Ibrahim
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Shamsida bt. Mohd Nor
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Norhayati bt. Ariffin
Penolong Kanan Kokurikulum Norhayathi bt. Mohd Don
Kod sekolah BEA5069
Lokasi  Malaysia Seksyen 3, Bandar Utama Batang KaliHulu Selangor, Selangor, Malaysia
Nama singkatan SMK Bandar Baru Batang Kali / SEMBAKA
Laman web mysmkbbbk.blogspot.com
Telefon 03 60573820
Faks 03 60573516


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali atau nama ringkasnya SMK Bandar Baru Batang Kali, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali memiliki 907 pelajar lelaki dan 884 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1791 orang. Ia mempunyai seramai 111 orang guru.2009

Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Peralihan
1 Amanah 2 Amanah 3 Amanah 4 Sains 1 5 Sains 1 Anggerik
1 Bestari 2 Bestari 3 Bestari 4 Sains 2 5 Sains 2 Bakawali
1 Cekal 2 Cekal 3 Cekal 4 Akaun 5 Akaun -
1 Dedikasi 2 Dedikasi 3 Dedikasi 4 Perdagangan 1 5 Perdagangan 1 -
1 Ehsan 2 Ehsan 3 Ehsan 4 Perdagangan 2 5 Vokasional -
1 Fatonah 2 Fatonah 3 Fatonah 4 Vokasional 5 Ekonomi Rumah Tangga -
1 Gigih 2 Gigih 3 Gigih 4 Ekonomi Rumah Tangga 5 Ekonomi Asas -
1 Harmoni 2 Harmoni 3 Harmoni 4 Ekonomi Asas 5 Pendidikan Seni -
1 Ikhlas 2 Ikhlas 3 Ikhlas 4 Pendidikan Seni 1 - -
1 Jujur 2 Jujur 3 Jujur 4 Pendidikan Seni 2 - -
1 Kreatif 2 Kreatif 3 Kreatif - - -
1 Luhur 2 Luhur - - - -
- - - - - -

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembukaan SMK Bandar Baru Batang Kali bermula dengan pelantikan Pn. Rohaini bt. Hayon sebagai Pengatua pada 1 Disember 2000. Beliau diarahkan membuka sekolah baru mulai sesi 2001. Semasa mendapat surat pelantikan dan surat arahan, beliau diberi senarai nama guru yang akan berkhidmat di sekolah ini. Usaha telah dijalankan sebulan sebelum sesi 2001 bermula.

Satu mesyuarat pengurusan sekolah telah dijalankan bersama-sama dua orang Penolong Kanan yang dicadangkan iaitu Pn. Lan Rasni bt. Talib sebagai Penolong Kanan 1 dan Encik Ahmad Niza sebagai Penolong Kanan HEM. Perbincangan menyentuh tentang penerimaan kemasukan murid baru ke Tingkatan 1 tahun 2001 dan sebanyak 7 buah kelas akan dibuka.

Pada Januari 2001, pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Batang Kali seramai 277 orang dan guru berjumlah 23 orang telah memulakan sesi persekolahan dengan menumpang SMK Syed Mashor pada sebelah petang. Walaupun serba kekurangan dengan jumlah staf sokongan seramai 2 orang dan saiz pejabat yang kecil, persekolahan tetap berjalan lancar.

Pada Mac 2001, pra penyerahan bangunan sekolah dilakukan oleh pihak JKR. Pihak pentadbir sekolah telah menyemak dan mengkaji kerosakan bangunan sebelum penyerahan secara rasmi. Pada masa yang sama, pihak pengurusan telah memohon peralatan pejabat serta keperluan lain dan pada bulan April segala peralatan kelas dapat disediakan. Penyerahan sebenar telah dilakukan pada 5 April 2001 dan dalam tempoh sebulan, sekolah perlu bersedia sebelum memulakan operasi selepas cuti penggal iaitu pada 26 Mei 2001.

Dengan usaha pihak pengurusan sekolah, program gotong-royong telah dijalankan sebanyak 2 kali untuk membersihakn kawasan, menyediakan bilik sembahyang, bengkel, dan kelas-kelas yang hendak dibuka sahaja. Gotong-royong ini dijayakan bersama oleh guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajat Tingkatan 1. Majlis bacaan Yassin dan sembahyang sunat hajat dijalankan sebelum penggal baru dibuka. Akhirnya dengan usaha pengetua serta pihak pentadbir yang lain, SMKBBBK akirnya berjaya direalisasikan pada 26 Mei 2001 (Sabtu). Sebagai sebuah sekolah baru, sekolah telah menerima Grant permulaan sebanyak RM50,000 untuk membeli bahan-bahan serta peralatan lain selain daripada perabot dan peralatan pejabat.

Pada tahun 2002, 9 buah kelas lagi dibuka untuk Tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 4. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dipindahkan daripada SMK Syed Mashor dan pelajar sekolah lain yang tinggal berdekatan kawasan sekolah. Sekolah menerima guru-guru baru yang bertukar dari sekolah-sekolah lain dan sehingga November 2002, seramai 47 orang guru berkhidmat di sekolah ini serta pelajar berjumlah 611 orang. Pelbagai prasarana berjaya dilengkapkan seperti padang bola, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan & Kaunseling, bilik guru, bengkel-bengkel Kemahiran Hidup serta stor sukan sesuai dengan pertambahan bilangan guru dan pelajar.

Pada tahun 2003, bilangan guru berjumlah 69 orang dan jumlah pelajar keseluruhannya ialah 1148 orang.

Pada 14 Januari 2011, Pn. Rohaini bt. Hayon telah meletak jawatan sebagai pengetua SMKBBBK dan majlis porsaraan diadakan untuk mengenang jasa dan mengucapkan selamat tinggal kepada beliau yang telah menjadi pengetua sekolah ini selama 10 tahun.

Pada 22 Jun 2011, Tn Hj. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim mula menjawat sebagai pengetua SMKBBBK yang baru.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada April 2008, pelajar-pelajar dari 3 buah kelas iaitu Tingkatan 1 Amanah, 1 Bestari dan 1 Cekal telah menyertai pertandingan choral speaking peringkat daerah. Guru jurulatih ialah Pn. Norsyimah bt. Neimat yang juga merupakan Pn. Penyelia Sesi Petang. Dengan latihan selama beberapa hari, mereka yang juga wakil kepada SMK Bandar Baru Batang Kali berangkat ke lokasi pertandingan tersebut di SMK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung, Selangor. Hasilnya, SMK Bandar Baru Batang Kali telah mendapat tempat ketiga pertandingan choral speaking peringkat daerah tahun 2008.

Pada 22 Julai 2011, Tuan Pengetua, Tn Hj. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai 'Ayahanda' telah mengadakan 'Kem Jati Diri 1Malaysia' untuk Tingkatan Empat dari pelbagai kaum. Sepanjang tiga hari kem ini dijalankan, pelbagai aktiviti lasak untuk menguji ketahanan fizikal dan mental peserta.

Lagu Rasmi (Wawasan Murni)[sunting | sunting sumber]

Wawasan gemilang,

Cita-cita dijunjung,

Memberikan kejayaan,

Warga kita.

Bersatu, berjanji,

Menggapai cita murni,

Harapan ibu pertiwi,

Itu janji kami.

[Korus]

Berilmu melahirkan warga yang cemerlang,

Disiplin membentuk peribadi yang gemilang,

Beramallah kita dengan sungguh hati,

SMK Bandar Baru Batang kali.

[Ulang Korus]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali
Selangor, Malaysia
Telefon = 360573820
Fax = 360573516

Pautan luar[sunting | sunting sumber]