Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi
Moto Berilmu, Beriman, Sahsiah Terbilang
Dirasmikan 2001
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Tuan Haji Muskamal Bin Mohamad Jonan
Pengerusi PIBG En. Helmy bin Arshad
Kod sekolah BEA9604
Lokasi  Malaysia Salak Tinggi Taman Dahlia, Bandar Baru Salak TinggiSEPANG, Selangor, Malaysia
Telefon 387068849
Faks 387068849


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi atau nama ringkasnya SMK Bandar Baru Salak Tinggi, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Salak Tinggi Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi memiliki 806 pelajar lelaki dan 930 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1736 orang. Ia mempunyai seramai 131 orang guru.2009

Lambang Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Buku : Sumber ilmu / kecemerlangan kukurikulum
  • Pen  : Alat menyalurkan / mengembangkan ilmu
  • Menara : Lambang kemegahan / kehebatan sekolah
  • Kubah : Kesepaduan ilmu dunia dan akhirat
  • Roda : Kecermerlangan sains dan teknologi
  • Gelang : Kecermerlangan
  • Warna Merah : Keberanian menghadapi cabaran
  • Warna Biru : Kecintaan terhadap ilmu dan antara insan
  • Warna Kuning  : Cemerlang dan gemilang

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Bandar Baru Salak Tinggi (SMKBBST) ditubuhkan pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada 3 Januari 2001. Sekolah ini merupakan sekolah menengah kelima yang ditubuhkan di daerah Sepang. Pada peringkat awal, bilangan pelajar adalah seramai 73 orang iaitu terdiri daripada dua kelas Tingkatan Satu. Bilangan tenaga pengajar pula seramai 13 orang termasuk tiga orang pentadbir. Tuan Haji Hisamuddin b. Husnin merupakan pengetua pertama sekolah ini. Pada masa itu, hanya seorang pembantu tadbir sahaja yang ditugaskan di SMKBBST.

Oleh sebab bangunan SMKBBST belum siap sepenuhnya, sekolah ini terpaksa ditumpangkan di bagunan SMK Seri Sepang. Pada 11 Jun 2001 barulah SMKBBST berpindah ke bangunan baru, bilangan pelajar SMKBBST semakin meningkat dari setahun ke setahun. Daripada jumlah pelajar seramai 73 orang pada tahun 2001, bilangan pelajarnya telah meningkat kepada 1050 orang pada tahun 2005, bilangan kelas telah bertambah kepada 37 kelas yang terdiri daripada empat kelas Tingkatan Lima, lima kelas Tingkatan Empat, sembilan kelas Tingkatan Tiga, sepuluh kelas Tingkatan Dua, lapan kelas Tingkatan Satu, dan satu kelas Pendidikan Khas.

Bagi menampung keperluan pelajar khususnya pelajar yang tinggal berjauhan dengan sekolah, asrama putera dan asrama puteri telah disediakan. Asrama SMKBBST mampu menumpang seramai 250 orang pelajar dan mula beroperasi pada tahun 2002. Sekolah ini juga merupakan sekolah pertama yang ditubuhkan di daerah Sepang yang menawarkan kelas khas aliran Bahasa Arab pada tahun 2002. Seterusnya pada tahun 2003, kelas pendidikan khas mula dibuka. Bagi menggerakkan sokongan dan peranan ibubapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan. Encik Jamil b. Haji Saad telah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Penaja yang seterusnya dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG SMKBBST yang pertama.

Dalam bidang kokurikulum pula, pada tahun 2005 sebuah makmal komputer yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran mula beroperasi dan setahun selepas itu, mata pelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula diperkenalkan kepada pelajar tingkatan empat sebagai subjek elektif bagi memaksimumkan penggunaan prasarana ini. Pada tahun 2006, subjek Pendidikan vokasional iaitu subjek: Hiasan dalaman turut ditawarkan kepada pelajar tingkatan empat. Hal ini bertujuan mewujudkan kesinambungan antara pelajar yang mengambil jurusan Sains, Sastera, dan Kemahiran bagi mempersiapkan diri dengan kemahiran yang boleh digunakan apabila tamat tempoh persekolahan nanti.

Pada tahun 2006 juga, SMKBBST maju selangkah lagi ke hadapan dengan penubuhan kelas Tingkatan Enam. Sebagai permulaan, hanya 2 kelas yang ditawarkan iaitu kelas aliran Sains yang dinamakan 6 Ibnu Sina dan kelas aliran Sastera iaitu kelas 6 Al-Farabi. Pada tahun 2007 pula, SMKBBST sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya kelas Tingkatan 4 jurusan Sains Tulen Agama diperkenalkan. Sekolah ini telah menjadi sekolah harian pertama di daerah Sepang yang menawarkan kelas aliran Sains Tulen Agama.

Pada tahun yang sama juga, persekolahan sesi petang telah mula dilaksanakan dengan bilangan pelajar seramai 250 orang dan 11 guru sahaja. Persekolahan sesi petang ini diselia oleh Puan Mardiyah Binti Mohammed dan kini diganti oleh Puan Hanizam Binti Mohd Rosly.

Setakat ini SMKBBST menampung seramai 1614 orang pelajar dan 150 orang guru dan staf sokongan. Dengan komitmen yang tinggi antara PIBG yang dipimpin oleh En. Helmy bin Arshad dengan pihak sekolah telah meletakkan nama SMKBBST sebaris sekolah terbaik di Malaysia apabila dicalonkan sebagai Sekolah Cemerlang Kategori Asrama Harian. Ini adalah satu penghormatan yang tidak terhingga kepada warga SMKBBST apatah lagi sebagai satu kenangan manis bagi Tuan Haji Hisammudin Bin Husnin yang telah bersara pada bulan Jun yang lalu. Kepentingan dan kecemerlangan SMKBBST diteruskan dengan kehadiran Tuan Haji Muskamal Bin Mohamad Jonan dari SMK Pantai Sepang Putra. Semoga SMKBBST mencapai visi dan misi sebagaimana diuar-uarkan.

Asrama[sunting | sunting sumber]

Bagi menampung keperluan pelajar khususnya pelajar yang tinggal berjauhan dengan sekolah, asrama aspura dan asrama aspuri telah disediakan. Asrama SMK Bandar Baru Salak Tinggi mampu menampung seramai 250 pelajar dan telah mula beroperasi sejak tahun 2002. Terdapat 6 dorm yang disediakan bagi menampung pelajar aspura manakala 7 dorm disediakan untuk pelajar aspuri.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berazam untuk :

  • Melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum melalui pendekatan yang berkesan dan inovatif.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, dan memiliki sahsiah cemerlang melalui pelbagai program yang efektif.
  • Memupuk budaya kerja yang berintegriti dan berusaha mengadakan permuafakatan bestari dengan pelbagai komuniti setempat.

Ikrar Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami pelajar¬-pelajar SMK BBST berikrar,
mematuhi prinsip-prinsip rukun Negara,
dan mematuhi undang-undang sekolah

Kami yakin boleh!
Kami yakin boleh!
Kami yakin boleh!

Belajar bersungguh-sungguh
untuk mencapai kecemerlangan
dalam akademik dan kokurikulum,
berakhlak mulia serta menjaga
nama baik ibu bapa,
guru-guru dan sekolah

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami pelajar BBST
Berusaha tuju cita murni
Yakin boleh pegangan kami
Nilai murni akhlak terpuji

Pelajar bestari dikasihi
Guru bestari, guru dihormati
Identiti cermin akal budi
BBST kebanggaan kami

Berilmu Beriman Sahsiah Terbilang
Tonggak kejayaan insan
Dunia dituntut, akhirat dijulang
Abadi kekal berpanjangan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi
Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi
Selangor, Malaysia
Telefon = 387068849
Fax = 387068849

Pautan luar[sunting | sunting sumber]