Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
Lokasi
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Ke Arah kecemerlangan
Nombor sekolah03-40414566
Kod sekolahWEA0217
PengetuaCik. Yesotha A/P Ponnudurai
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Md. Zakariya B. Abdullah Umar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Wan Nor Saadah Bt. Wan Jaafar
Penolong Kanan KokurikulumPn. Modrikah Bt. Hassan
Faks03-40433381


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Pada 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul memiliki 69 buah kelas yang menempatkan 913 pelajar lelaki dan 876 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1789 orang. Ia mempunyai seramai 143 orang guru.Ogos 2013

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Disember 1989. Ia bermula dengan hanya 14 orang tenaga pengajar, 290 orang pelajar dan 7 buah kelas. SMK Bandar Baru Sentul pada asalnya menumpang di bangunan SK Bandar Baru Sentul. Ia berpindah ke bangunan sendiri pada hujung tahun 1990.

SMK Bandar Baru Sentul dirasmikan pada 19 Jun 2000 oleh wakil YB Menteri Pendidikan Yang Berbahagia Tn Hj Rafie bin Mahat, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa itu.

Pada asalnya, SMK Bandar Baru Sentul mempunyai 3 blok 4 tingkat, satu blok bengkel KH dan satu blok kantin. Pada tahun 2001, Blok D telah siap dibina dengan 11 kelas, 2 makmal komputer , 1 bilik gerakan dan 1 dewan terbuka. Pada tahun 2011 pula bangunan Blok E dinaikkan menempatkan 8 buah kelas, sebuah pejabat, 3 buah bengkel KH, dan sebuah bengkel Rekacipta. Sebuah gelanggang bola tampar dan sebuah surau juga disiapkan pada tahun sama.

Sekolah ini telah diterajui oleh 8 orang pengetua sehingga kini iaitu:

  1. Tn Hj Abdul Kahar Abdul Kadir (1989 - 1991)
  2. Pn Hjh Habibah Abd Aziz (1991 - 1995)
  3. Pn Hjh Aminah Ishak (1995 - 1997)
  4. Pn Hjh Rusnah Hassan (1998 - 2001)
  5. Pn Hamidah Abd Latif (2003 - 2008)
  6. Pn Hjh Faridah Salleh (2008 - 2014)
  7. Pn Amnah Adam (2014 - 2018)
  8. Pn Nor' Aziah Ghazali (2018 - 2022)
  9. Cik Suzana Khumariah Zainal Abidin (Kini)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

ETOS SMK Bandar Baru Sentul terdiri daripada ETOS Bola Baling dan ETOS Gamelan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Telefon = 03-40414566
Fax = 03-40433381
wea0217@moe.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]