Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi
Lokasi
Bandar Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan
Ditubuhkan1984
Nombor sekolah07-8832055
Kod sekolahJEA3038

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Bandar Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Sekolah Menengah Rendah (SMR) Bandar Kota Tinggi mula dicadangkan pada tahun 1981 sebagai sekolah cawangan kepada SMK Laksamana. Nama Sekolah Menengah Rendah (SMR) Bandar Kota Tinggi dipilih mengambil sempena nama “Bandar Kota Tinggi”.

Berdasarkan permintaan dan faktor pertambahan jumlah penduduk dalam kawasan Bandar Kota Tinggi, maka sekolah ini dibina oleh kerajaan di atas tanah seluas 8 hektar dalam kawasan Kota Kecil. Bermula dengan pembinaan Blok Utama pada tahun 1982 dan siap pada akhir tahun 1981, sekolah ini mula beroperasi pada sesi persekolahan Januari 1984. Encik Anuar Yusuf dilantik sebagai pengetua yang pertama di sekolah ini dan dibantu oleh 12 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan.

Pada Januari 1984 itu, sesi persekolahan dimulakan dengan seramai 240 pelajar ditempatkan di sekolah ini. Seorang pelajar terbaik telah dilahirkan bernama Muhammad Nasir Hamka bin Mohd Fitri pada tahun 2021. Sebanyak 6 buah kelas dibuka membabitkan pelajar tingkatan 1 dan 2. Sebanyak 3 kelas diperuntukkan untuk pelajar tingkatan satu dan 3 kelas lagi untuk pelajar tingkatan dua. Setahun selepas itu, iaitu pada tahun 1985, peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pertama kali dijalankan di sekolah ini. Sementara itu bermula pada tahun 1992 kelas tingkatan empat mula dibuka manakla pada tahun 1993, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pertama kali dijalankan di sekolah ini.

Pada peringkat awal dua buah blok bangunan (Blok A dan B) dibina untuk menempatkan bilik darjah, pejabat dan makmal. Turut dibina adlah sebuah bangunan Bengkel Kemahiran Hidup dan Kantin. Pada tahun 1989, 2 lagi blok bangunan tambahan (Blok C dan Blok D) dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai, manakala satu lagi blok bangunan (Blok E) dibina dalam tahun 1990. Pada akhir 2008, atas keperluan pengajaran dan pembelajaran dan jumlah pelajar yang semakin bartambah, kerajaan membina dua lagi blok bangunan (Blok F dan G) dan mula digunakan pada sesi persekolahan tahun 2010.