Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2
Dirasmikan 2 Januari 2004
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEA4630
Lokasi  Malaysia Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein OnnCHERAS, Selangor, Malaysia
Laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2
Telefon 390766753
Faks 390763467


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 atau nama ringkasnya SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 memiliki 1258 pelajar lelaki dan 1195 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2453 orang. Ia mempunyai seramai 144 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 beroperasi penuh pada 2 Januari 2004. Pembinaan sekolah ini meliputi seluas 13.75 ekar dan mempunyai 4 blok bangunan sekolah.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolahku yang tercinta
Menjana ilmu dan wawasan
Ku usaha hingga berjaya
Mengejar cita mulia

Sekolahku yang tercinta
Kami semua berjanji
Memperkasakan sekolah
Jadi kebanggaan kita

Berilmu dan berwawasan
Akhlak mulia iltizam
Menjadi warga bestari
Penjana globalisasi

Bersama meningkatkan
Cemerlang sekolah kita
Bersatu bergangdingan
Menuju persada bangsa

Visi[sunting | sunting sumber]

Beriltizam melahirkan pelajar yang berdaya maju, berfikiran kreatif, berakhlak mulia dan berketrampilan dalam masyarakat berilmu.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • sentiasa menghayatai budaya cemerlang
  • memantapkan pengurusan akademik
  • berusaha membudayakan akhlak mulia
  • berusaha meningkatkan budaya akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti
  • berusaha mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni dan menarik
  • berusaha ke arah kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan inovatif

Matlamat/Objektif[sunting | sunting sumber]

Melahirkan pelajar yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejathera yang sesuai dengan falsafah pendidikan negara.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2
Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn
Selangor, Malaysia
Telefon = 390766753
Fax = 390763467

Pautan luar[sunting | sunting sumber]