Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu
Lokasi
 Malaysia Km 18, Jalan Tuaran Bypass Manggatal, 88450, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Suluh Hidup, Sepakat Cemerlang, KeranaMU Setitik;Berkocak, Setapak;Bergerak
Ditubuhkan1967
Nombor sekolah6088492882
Kod sekolahXEE4032
PengetuaPuan Rohani Binti Ramlee
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Zubaidah Binti Sipil
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Saliman Bin Samin
Penolong Kanan KokurikulumEncik Ramlal Kansa Ramdas
Faks6088491855

LOGO SEKOLAH TERKINI: https://drive.google.com/file/d/18Ly77cCWVS7f3d-ftPmeyCLswWHTb0td/view

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu atau nama ringkasnya S.M.K. Bandaraya Kota Kinabalu, merupakan sebuah sekolah menengah Kebangsaan milik penuh kerajaan yang terletak di Kilometer 18, Jalan Tuaran Bypass, Manggatal, Kota Kinabalu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDARAYA KOTA KINABALU (SEMERBAK) atau dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal (S.M.K. Menggatal) telah di tubuhkan pada tahun 1967. Ketika pertama kali dibuka pada tahun 1967, hanya terdapat dua buah kelas tingkatan 1 dalam aliran Bahasa Inggeris dengan 51 orang pelajar dan 2 orang guru. Pada mulanya, sekolah ini menumpang di bangunan SRJK Good Sheppard, Menggatal pada sesi persekolahan petang.

Tahun 1969, kelas peralihan telah dibuka bagi pelajar-pelajar yang datang dari sekolah bukan beraliran Bahasa Innggeris. Tahun 1977, bilangan pelajar meningkat lagi kepada 468 orang dengan 12 buah kelas. 24 Januari 1977, bangunan tetap bagi SEMERBAK telah siap dibina dengan menelan belanja RM5.4 juta. Sekolah ini telah dibina di atas tapak seluas 30 ekar yang terletak di Batu 10, Jalan Tuaran by Pass-Kota Kinabalu. SEMERBAK berpindah sepenuhnya di bangunan baru pada tahun tersebut.

Mengimbas kembali sejarah perkembangan sekolah ini di bidang akademik. Buat pertamakali, pelajar SEMERBAK menduduki peperiksaan LCE pada tahun 1970 bagi melayakkan mereka memasuki tingkatan empat. Tahun 1977, seramai lebih kurang 90 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti kursus matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sekolah ini dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Walau bagaimanapun, 1985 kelas matrikulasi UKM ini telah dipindahkan ke Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS) di Bukit Padang, Kota Kinabalu. Ini adalah kerana kedudukan sekolah ini lebih dekat dengan kampus UKM Cawangan Sabah. Sekolah ini juga pernah menempatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sabah atau kini dikenali sebagai S.M.K.(A) Limauan) dari tahun 1977 hingga April 1980 sebelum berpindah ke Papar. Kelas tingkatan enam juga telah dibuka pada tahun 1977 dan telah menempatkan pelajar-pelajar lepasan STPM dari seluruh Sabah.

Sehingga kini, bangunan S.M.K. Bandaraya terdiri daripada tujuh bangunan bilik tingkatan (Blok A, B, C, D, E, F, G dan H) , satu blok Seni Perusahaan, sebuah Kantin, sebuah bangunan Koperasi, sebuah bangunan menempatkan Bilik Disiplin, Bilik penyelia asrama Putra dan puteri dan Bilik Unit Bimbingan & Kaunseling, 3 blok asrama putera serta 3 blok asrama puteri yang boleh menempatkan seramai 600 orang pelajar dalam satu masa. Selain daripada itu, sebuah Dewan Serbaguna (Dewan Perdana) , sebuah Surau, sebuah bangunan Makmal Komputer yang lengkap dengan kemudahan ICT yang telah dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2011. Tempat tinggal untuk kakitangan mengajar dan kakitangan bukan mengajar juga disediakan iaitu 2 blok Flat dan 4 buah rumah Division 1. Kemudahan untuk bersukan seperti padang bola sepak, gelanggang bola keranjang, bola tampar, sepak takraw, bola jaring dan permainan lain terdapat di S.M.K. Bandaraya.

Pada masa ini, bilangan pelajar SEMERBAK telah mencapai angka 2,396 orang. Murid tingkatan 1 seramai 561 orang, tingkatan 2 seramai 498, tingkatan 3 seramai 485, tingkatan 4 seramai 427,dan tingkatan 5 seramai 413. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu juga memiliki 1213 pelajar lelaki dan 1183 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2396 orang. Ia mempunyai seramai 122 orang guru pada masa ini.2021

Sehingga kini, SEMERBAK telah melahirkan ramai graduan yang bekerja dan berjaya dalam pelbagai sektor. Kegemilangan sekolah ini tidak berakhir begitu sahaja kerana pelbagai pencapaian telah diperoleh sama ada di peringkat antarabangsa mahupun kebangsaan. Hasilnya dapat dilihat melalui pembangunan dari segi fizikal dan prasarana yang ada pada hari ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kota Kinabalu, kategori GO/NGO pasukan platun lelaki pada 30 Julai 2011
Johan acara Solar Car Race, KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI (KaSTek) 2011 peringkat negeri Sabah pada 29 - 31 Julai 2011
Johan Pertandingan Kolokium MUET peringkat negeri Sabah pada 14 Julai 2011

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu
Km 18, Jalan Tuaran Bypass, Manggatal
88450, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088492882
Fax = 6088491855

Pautan luar[sunting | sunting sumber]