Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Bedong, 08100, Kuala Muda Yan, Kedah Darul Aman
Malaysia
Koordinat5°43′37″N 100°30′55″E / 5.726967°N 100.515336°E / 5.726967; 100.515336Koordinat: 5°43′37″N 100°30′55″E / 5.726967°N 100.515336°E / 5.726967; 100.515336
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan
MotoBelajar Beramal Berakhlak
Ditubuhkan (1963-03-08) 8 Mac 1963 (umur 61)
Autoriti pendidikanPPD Kuala Muda/Yan
SesiPagi
Petang
Nombor sekolah6044581272
Kod sekolahKEE3052
Pengerusi PIBGENCIK ABDUL RAZAK BIN MAT ISA
PengetuaEN IBRAHIM BIN HUSIN
Tenaga pengajar1182020
Jumlah penuntut14032020
GPK Pentadbiran dan AkademikPUAN ROSDIAH BINTi SHUID
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN AZIZAH BINTI SEMAN
Penolong Kanan KokurikulumPUAN KOAY BOEY HOON
Faks6044593617
"Senarai sekolah". MOE. Dicapai pada 2021-06-11.
Kali terakhir dikemaskinikan: 16 Jun 2021


Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong atau nama ringkasnya SMK Bedong, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bedong, Kedah.

Pada tahun 2015, SMK Bedong mempunyai 118 orang guru dan 14 orang staf sokongan.2015

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong atau dahulu dikenali sebagai SM Bedong telah dibuka pada tanggal 8 Mac 1963 dengan nama Sekolah Pelajaran Lanjutan. Pada masa itu, hanya ada 2 buah kelas iaitu kelas aliran Inggeris dan aliran Melayu. Jumlah muridnya seramai 61 orang. Guru besar yang pertama ialah Encik Gee Teng Mein dan dibantu oleh seorang guru penolong iaitu Encik Zahid bin Zainal Abidin. Ketika itu sekolah ini tidak mempunyai kakitangan bukan akademik.

Bangunan sekolah yang terawal didirikan ialah bangunan JKR/KT 656 yang dibina pada tahun 1962 dan sekarang dikenali sebagai bangunan A. Ketika itu terdapat 7 buah kelas dan 2 buah rumah guru.

Keluasan tapak sekolah ini ialah 15 ekar dan pada masa dahulu ia pernah digunakan oleh Askar Melayu Diraja Batalion Ke-3. Pada tahun 1964, sekolah ini diubah nama kepada Sekolah Menengah Bedong . Bilangan kelas bertambah menjadi 8 buah dengan bilangan guru seramai 9 orang. Kini pada tahun 2012 bilangan pelajar mencecah 1960 orang dan bilangan guru 124 orang. Sekolah kini menawarkan tingkatan 6 (3 kelas PraU Atas & 3 PraU Bawah)

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. En. Gee Teng Mein (1965 - 1973)
  2. En. Mohd Ismail B. Othman (1973 - 1975)
  3. En. Malla Kumar (1975 - 1977)
  4. Tn. Hj. Ahmad B. Abd. Rahman (1977 - 1979)
  5. Tn. Hj. Mahmood B. Ismail (1980 - 1986)
  6. Tn. Hj. Mohd. Amin B. A. Rahman (1987 - 1987)
  7. En. Ishak B. Sin (1987 - 1989)
  8. Tn. Hj. Mohd. Akhir B. Shafei (1990 - 1992)
  9. En. Mohd. Muthalib B. Hashim (1992 - 1996)
  10. Pn. Hjh. Yang Chek Bt. Minhat (1997 - 1998)
  11. En. M. Krishnan (1999 - 2000)
  12. En. Goh Ah Sim (2000 - 2004)
  13. En. Chin Cheng Geey (2005 - 2010)
  14. En. Abd. Razak B. Mat (2010 - 2012)
  15. Tn. Hj. Omar B. Hj Abd Rahman (2012 - 2016)
  16. Tn. Hj. Mohd Jalil (2016 - 2018)
  17. Tn. Hj. Zahri bin Zakaria (2018 - 2020)
  18. En. Ibrahim bin Husin (2020-2023)

Visi[sunting | sunting sumber]

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"

Matlamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, selesa dan selamat untuk pengajaran dan pembelajaran
  2. Melaksanakan program pendidikan dan pengajaran yang inovatif dan kreatif
  3. Memastikan perkembangan potensi pelajar seraca menyeluruh seimbang dan sepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani

Piagam Pelanggan Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran
  2. Mewujudkan perpaduan yang erat di kalangan guru, pelajar dan kakitangan
  3. Mewujudkan permuafakatan dengan PIBG, masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta demi mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Belajar, beramal, berakhlak
Menjadi insan berguna
Membina bangsa cemerlang
Sains dan teknologi
Ikatan mesra jati diri
Inovatif teras jaya
Berilmu minda dijana
Merintis kejayaan
Berbilang bangsa agama budaya
Citra bangsa negara
Mendukung harakah
Wawasan negara
SMK Bedong maju jaya

Ikrar Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sesungguhnya kami pelajar
Sekolah Menengah kebangsaan Bedong
Berikrar bahawa kami akan sentiasa
Menghormati guru-guru dan ibu bapa
Serta mematuhi segala peraturan sekolah
Belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya
Mengamalkan budi pekerti yang mulia dan terpuji
Sentiasa menjaga nama baik keluarga, sekolah dan negara kami

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Mendidik dan membimbing setiap pelajar supaya menjadi insan yang seimbang selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Wawasan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Mewujudkan budaya sekolah yang cemerlang sebagai pemangkin ke arah kecermelangan sahsiah, akademik dan kokurikulum pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong

Cogan Kata Sekolah[sunting | sunting sumber]

"BELAJAR, BERAMAL, BERAKHLAK"

BELAJAR

  • Sekolah sebagai sebuah institusi sosial, menyediakan peluang belajar kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan lapisan masyarakat.

BERAMAL

  • Ilmu itu amal, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan lebih berkesan sekiranya is diterjemahkan kepada masyarakat sebagai panduan dalam kehidupan.

BERAKHLAK

  • Ilmu dan amalan perlu diirungi dengan akhlak dan sahsiah yang tinggi. Barulah ia dapat melahirkan satu masyarakat yang menjadi teras sistem pendidikan negara.

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Pelajar dibahagikan kepada lima buah rumah sukan

  • Syahbandar - Ungu
  • Bendahara - Kuning
  • Laksamana - Biru
  • Temenggung - Hijau
  • Panglima - Merah

Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

Pelajar dibahagikan kepada tujuh buah unit beruniform

  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
  • Persatuan Kadet Polis
  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  • Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  • Persatuan Pengakap
  • Pertahanan Awam

Alamat Surat[sunting | sunting sumber]

SMK Bedong,
08100, Bedong,
Kedah Darul Aman, Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]