Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah MEA2093
Lokasi  Malaysia Jalan Istana, Bukit Baru75450, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah, Malaysia
Telefon 6062320718
Faks 6062321275


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru atau nama ringkasnya SMK Bukit Baru, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Istana, Bukit Baru.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru memiliki 874 pelajar lelaki dan 880 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1754 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru (dikenali sebagai SMKBB) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di Jalan Bukit Beruang (kini Jalan Istana) di Melaka, bersebelahan Jabatan Pendidikan Melaka. Lokasi sekolah bersamaan dengan Jabatan Pendidikan Negeri yang terletak di Lot 1853, Mukim Bukit Beruang dengan keluasan 8.636 hektar (21 ekar 340 depa).

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Bukit Baru (SMKBB) telah dibina oleh kontraktor Mohd Ghauz Enterprise dan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Melaka pada 10 Mei 1993.Penubuhan SMKBB adalah hasil permintaan penduduk setempat bagi menampung kemasukan pelajar ke sekolah menengah kian bertambah.Pemilihan nama sekolah ini adalah berdasarkan nama Mukim Bukit Baru.

Oleh sebab infrastrukturnya baik,SMKBB telah menjadi tumpuan masyarakat setempat bukan sahaja dalam bidang pendidikan malahan termasuk pelbagai aktiviti luar sepanjang masa.Pada asalnya mempunyai 2 blok bangunan 4 tingkat,sebuah bengkel dan kantin.Pada tahun 1988 sebuah lagi bangunan 4 tingkat dibina yang menampung14 bilik darjah.Pada tahun 2002,SMKBB memperoleh 2 buah makmal computer yang lengakap dan diikuti dengan pembinaan 2 blok bangunan 4 tingkat dibina lagi lengkap dengan makmal sains tulen,bilik muzik,bilik pendidikan seni,bilik ERT,bilik pendidikan khas dan sebagainya.Selain itu,SMKBB juga mempunyai kemudahan surau yang diperuntukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Pada tahun pertama seramai 376 orang murid dari SK Palembang,SK Bukit Beruang,SK Datuk Demang Husin SJK(C) Bukit Beruang,SJK (C) Wen Hua dan SJK (C) Ayer Keroh, memulakan persekolahan disini.SMKBB telah mengalami perkembangan yang menggalakkan dengan bilangan murid telah bertambah sehingga 1418 orang murid.Pencapain prestasinya semakin cemerlang dari semasa ke semasa telah menyebabkan pihak Jabatan Pelajaran Melaka mempertanggungjawab pembukaan Kelas Rancangan Khas (RK) dan kelas Tingkatan 6 mulai persekolahan 2004.Pertambahan tenaga akademik,kakitangan sokongan,murid serta kemudahan fizikal yang baik merangsang pengajaran dan pembelajaran murid.Mata pelajaran vokasional MPV telah diperkenalkan iaitu Produksi Multimedia dan Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut.

SMKBB telah menempa beberapa kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan dibawah pimpinan pengetua yang pertama iaitu Tuan Haji Othman Bin Hassan (1993-Mac 1998).Kecemerlangan terus menyerlah dibawah pentadbiran pengetua kedua iaitu Puan Hjh Hazizah bt Md Salleh (April 1998 – 16 Mei 2003). Kini di bawah pimpinan pengetua ketiga iaitu Puan Hjh Umaizahrah bt Alwi (Mei 2003-30Jun2007) kecemerlangan terus dicapai. Puan Mainon binti Abdul Wahid selaku pengetua keempat (1Julai-30Sept2008) pula menerajui SMK Bukit Baru dengan penuh keazaman dan iltizam untuk membudayakan kecemerlangan sekolah ini. Dan kini di bawah pimpinan pengetua kelima Tuan Haji Mohammad Yusoff bin Osman (Nov2008-kini) sangat komited dengan kecemerlangan sekolah sehingga telah dinobatkan sebagai SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2008.

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Kuning - Kecemerlangan
  • Oren - Keindahan & Keberanian
  • Merah Hati - Kesungguhan & Kekentalan
  • Segienam - Keimanan & Kerajinan
  • Bentuk V - Tumpuan Untuk Menjadi Manusia Berilmu, Berakhlak & Beramal
  • Roda - Sains & Teknologi
  • Jangka - Asas Pembinaan
  • Buku - Keilmuan
  • Cogankata - Berilmu & Berakhlak

Slogan SMK Bukit Baru[sunting | sunting sumber]

SMK BUKIT BARU TERUS MAJU JAYA

Moto SMK Bukit Baru[sunting | sunting sumber]

BERILMU BERAKHLAK MULIA BERAMAL MAJU

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi SMK Bukit Baru

SMK BUKIT BARU SEKOLAH HARIAN CEMERLANG BERPRESTASI TINGGI TAHUN 2015

Misi SMK Bukit Baru
  1. Meningkatkan pencapaian akademik berprestasi tinggi mengikut potensi individu.
  2. Melahirkan pelajar yang berdisiplin,berketrampilan dan berakhlak mulia serta mempunyai daya saing yang tinggi.
  3. Mengekalkan pencapaian gemilang dan mempertingkatkan pelbagai bidang kokurikulum.
  4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih,ceria dan selamat.
  5. Perhubungan baik antara stake,agensi luar dan komuniti setempat.

Objektif sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Mencapai kelulusan cemerlang dalam setiap matapelajaran bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
  2. Pengurusan dan pentadbiran sekolah agar sentiasa di tahap gemilang.
  3. Peningakatan tingkah laku murid yang cemerlang dan berbudaya hormat-menghormati.
  4. Mengekalkan pencapaian gemilang dan mempertingkatkan pelbagai bidang kokurikulum.

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga kerja SMK Bukit Baru beriltizam akan:

  1. Memberikan layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan dengan menepati konsep kepuasan pelanggan.
  2. Mengajar dan mendidik murid-murid dengan penuh semangat untuk memastikan kecemerlangan di bidang akademik,sahsiah dan meraih kejayaan dalam aktivit kokurikulum.
  3. Memastikan prasarana dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dengan mengamalkan Konsep Sekolah Selamat dan 3K (Kebersihan,Kesihatan dan Keselamatan).
  4. Pengwujudan dan pangakalan data untuk mengakses maklumat yang tepat bagi pengurusan yang cekap dan cemerlang.
  5. Menjalin hubungan harmoni dengan stake holder,agensi luar dan komuniti setempat bagi memastikan keberkesanan pengurusan murid agar mematuhi disiplin serta menjaga kebajikan mereka.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru
Jalan Istana, Bukit Baru
75450, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062320718
Fax = 6062321275

Pautan luar[sunting | sunting sumber]