Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading
Lokasi
 Malaysia Km. 26, Sg. Plong, SUNGAI BULOH, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1965
Nombor sekolah360383948 9
Kod sekolahBEA8605[1]
Faks3603811


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading atau nama ringkasnya SMK Bukit Gading, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km. 26, Sg. Plong. Sekolah ini juga menawarkan program tingkatan enam (Pra-Universiti). Sekolah ini terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading memiliki 938 pelajar lelaki dan 980 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1918 orang. Ia mempunyai seramai 139 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading (SMKBG) ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Selangor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Bukit Gading atau dikenali sebagai SMBG telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama asalnya "Darjah Menengah Kuang". Pada awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 74 orang pelajar di tingkatan 1 & 2 dengan tenaga pengajar seramai 5 orang.

Semasa itu SMBG, hanya menumpang bangunan SRK Kuang sehingga tahun 1976, dan pada tahun 1977, SMBG telah mendapat bangunan sendiri, yang terletak di KM 26, Sungai Pelong dan ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Kuang. Sekolah ini mempunyai dua blok bangunan dua tingkat (Blok A dan Blok B).

Pada tahun yang sama juga, kelas tingkatan 3 telah diwujudkan dan untuk kali pertamanya peperiksaan SRP telah diadakan. Kelas Peralihan pula mula diwujudkan pada tahun 1973.

Pada tahun 1979, Blok saintis muda (Blok C), telah dibina, dan namanya sekali lagi ditukar kepada, Sekolah Menengah Bukit Gading. Pada Tahun 1984, pejabat sekolah telah diubahsuai, Balai Budaya (dewan) juga turut dibina berserta bilik mesyuarat guru.

Lagu sekolah yang pertama, telah dicipta pada tahun 1984, hasil ciptaan En. Hamid (Nazir Sekolah) dan lirikya dicipta oleh Noraini Ali yang merupakan pelajar SMBG.

Pada tahun 1986 2 buah blok 2 tingkat (Blok D dan Blok E) telah didirikan bagi menampung pertambahan pelajar. Kemudian pada tahun 1995, 2 blok bangunan kilat (Blok F dan Blok G) telah didirikan. Pada 1998 pula, sebuah bangunan 3 tingkat dan sebuah bilik kebal telah dibina. Pihak pentabdiran sekolah dengan kerjasama PIBG telah berjaya mendirikan sebuah surau bernilai RM 60,000 pada tahun 1987. Surau ini kemudiannya telah dinaikkan taraf akhir tahun 1999 bagi menampung pertambahan pelajar dan guru yang telah mencapai jumlah seramai 2500 orang.

Dan seterusnya SMBG terus berkembang maju, memacu kemajuan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.

Lencana[sunting | sunting sumber]

Lencana sekolah ini telah direka melalui satu pertandingan mencipta lencana sekolah pada tahun 1982. Pertandingan ini dibuka kepada pelajar-pelajar SMBG dari tingkat 1 hingga 5. Pertandingan ini dimenangi oleh Encik Mohd Hatta Shafie. Lencana ini telah menjadi lambang kebanggaan pelajar-pelajar dan bekas-bekas pelajar SMBG.

Kuning → Melambangkan kerajaan beraja

Merah → Melambangkan berani dan megah

Biru → Melambangkan perpaduan

Tiga Gelung Rantai → Melambangkan muhibah dan kerjasama

Simbol Atom → Melambangkan bersama dalam arus perkembangan teknologi moden

Dua Gading → Melambangkan asal usul nama sekolah

Obor, Buku Dan Pena → Melambangkan ilmu sebagai penerang

VISI[sunting | sunting sumber]

KE ARAH PEMBANGUNAN GENERASI YANG CEMERLANG DAN GEMILANG.

MISI[sunting | sunting sumber]

  1. Sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
  2. Memupuk pembinaan budaya ilmu sepanjang hayat.
  3. Komited untuk melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, imaginatif futuristik dan berbudi bahasa.
  4. Berupaya mewujudkan persekitaran yang ceria dan prasarana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
  5. Gigih dan berani menghadapi cabaran alaf baru.

Piagam Pelanggan SMK Bukit Gading[sunting | sunting sumber]

1. Membimbing dan memastikan pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

2. Membimbing dan melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, mantap fizikal dan mental, beriman dan bertaqwa.

3. Mewujudkan budaya ilmu sepanjang hayat.

4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

5. Komitmen kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, terperinci dan mesra.

Lagu Sekolah Asal[sunting | sunting sumber]

Berusaha, Berdisiplin, Berjaya
Itu Menjadi Cogan Kata Kita
Bimbingan Guru Jadi Panduan
Dalam Segala Lapangan

Bukit Gading Penyambung Cit-Cita
Tempat Kita Semua Menuntut Ilmu
Penuh Azam Tekun Dan Beriman
Walaupun Ada Rintangan

Bersatu, Tingkatkan
Segala Pengetahuan
Berbakti, Berjasa
Kepada Nusa Dan Bangsa

Berusaha, Berdisiplin, Berjaya
Kami Tetap Jadikannya Dorongan
Nama Sekolah Kami Banggakan
Hidup Segar Penuh Harapan


Lirik: Noraini Ali (Pelajar 1984)
Lagu: En. Ab. Hamid Baharuddin -Nazir Sekolah Persekutuan

Lagu Sekolah Baru[sunting | sunting sumber]

Kami para pelajar
SMK Bukit Gading
Kami pewaris bangsa
Bakal pemimpin Negara

Kami berjanji setia
Akan menjaga namamu
Berwawasan berjaya
Di dalam pelbagai bidang

Marilah kita semua
Mencapai kecemerlangan
Berilmu serta beramal
Berhemah berperibadi

Guru kami sanjungi
Berkorban menabur bakti
SMK Bukit Gading
Abadi di sanubari

PERSATUAN ALUMNI SMK BUKIT GADING (ASBUDI)[sunting | sunting sumber]

Persatuan bekas-bekas pelajar telah ditubuhkan dengan rasminya pada 2hb Jun 2008 dengan nama "PERSATUAN ALUMNI SMK BUKIT GADING" atau ringkasnya ASBUDI.Alumni SMK Bukit Gading telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Selangor pada 21hb April, 2007 dan pada 2hb Jun 2008 telah berjaya didaftarkan dengan no pendaftaran : 1006-08-SEL.

Alumni SMK Bukit Gading telah ditubuhkan diatas permintaan dan daya usaha bekas-bekas pelajar, bekas guru dan kakitangan serta pentadbir SMK Bukit Gading. Mesyuarat pertama telah diadakan pada bulan November 2007 dan satu Jawatan Kuasa Penaja telah dilantik untuk menyusun dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang perlu untuk penubuhan dan pendaftaran Alumni SMK Bukit Gading ( ASBUDI ).


Penaung

YB Abdul Shukur Idrus, ADUN Kuang merangkap Ketua Pemuda Negeri Selangor yang juga bekas pelajar.


Objektif Penubuhan ASBUDI

Mengumpul dan menyatukan semua bekas-bekas pelajar SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang.

Bekerjasama dan bersepakat dengan pentadbiran SMK Bukit Gading didalam merangka program kecermerlangan akademik.

Membantu sekolah SMK Bukit Gading melahirkan pelajar yang cemerlang samada dari segi akademik atau sahsiah diri.


Keahlian ASBUDI

Keahlian ASBUDI, terbuka kepada :

Ahli Biasa - terbuka kepada bekas-bekas pelajar SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang.

Ahli Bersekutu - terbuka kepada bekas guru dan kakitangan SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading,
KM 26, Sungai Plong,
47000 Sg. Buloh,
Selangor Darul Ehsan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading
Km. 26, Sg. Plong
Selangor, Malaysia
Telefon = 360383258
Fax = 360381421

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]