Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil
Lokasi
Jalan Kelab, 35000, Tapah,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Kerajaan (bukan berasrama penuh) sekolah menengah
MotoBerdikari Berbakti
Ditubuhkan1923
Nombor sekolah6054011152
Kod sekolahAEB0035
Pengerusi PIBGEn Shamsul Ali Bin Harabaini
PengetuaNor Hashimah Binti Abdul Samat
Slogan"Be The Best Be The Top"
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Masenu Noor Asikin bt Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Haryati Binti Hasyim
Penolong Kanan KokurikulumPn Suhaina Risal Binti Mohd Kahiri
Faks6054018340
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil atau nama ringkasnya SMK Buyong Adil, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kelab.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil memiliki 394 pelajar lelaki dan 378 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 772 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil diasaskan pada tahun 1923 oleh W.C. Horley dan dikenali sebagai Government English Secondary School (GESS), Tapah. Tapak asalnya ialah di SK (1), Jalan Hospital, Tapah dan telah berpindah ke tapaknya sekarang di Jalan Kelab pada tahun 1958. Pendaftaran Peperiksaan Junior Cambridge pertama pada tahun 1926 diikuti Senior Cambridge Pertama Tahun 1952.

Namanya ditukar kepada SM Buyong Adil Tapah yang disempurnakan oleh Dato’ Abdul Rahman B. Yaakob, Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Ia mengambil sempena nama tokoh sejarawan tempatan iaitu Haji Buyong B. Adil.

Detik paling bersejarah sekolah ini ialah apabila pasukan hoki sekolah ini (GESS) telah memenangi Merdeka Inter-School Hockey Championships pada tahun 1957 dengan mengalahkan sekolah - sekolah ternama yang lain atas berkat usaha didikan pengetua masa tersebut En. Utam Singh.

Dibawah Rancangan Malaysia ke-9, beberapa bangunan asal sekolah telah dirobohkan dan didirikan sebuah blok pentabiran 2 tingkat dan masing-masing blok 4 dan 2 tingkat bagi kegunaan bilik darjah. Bangunan-bangunan tersebut siap dibina pada tahun 2010. Hampir semua bangunan lama dirobohkan kecuali simbol GESS TAPAH pada tembok dikekalkan bagi nilai sejarahnya.

LAGU SEKOLAH

-Berdiri teguh berpadu

-Junjung ilmu bergerak maju

-Pelajaran dan sukan di tuju

-Budi bahasa pemandu

-Hiduplah terus berjasa

-Berkorban sepanjang masa

-Penuntut, guru, ibu dan bapa

-Berjanji taat setia

-Panduan cogan ini

-Berdikari berbakti

-Ingatlah cogan ini

-Berdikari berbakti

Pengetua SMK Buyong Adil[sunting | sunting sumber]

  • 1923 - 1924 Tuan Syed Shaidall
  • 1924 - 1926 En. Edward Foster Lee
  • 1926 - 1933 En. C.M. Cathiresam Pillai
  • 1933 - 1941 En. Dayal Singh
  • 1941 - 1941 En. Corin Campblell
  • 1941 - 1945 En. M. Kandavanam
  • 1945 - 1945 Tan Sri Hj. Abdul Hamid Khan
  • 1945 - 1952 En. Victor Dury
  • 1952 - 1952 En. Surjan Singh
  • 1952 - 1956 En. Machado
  • 1956 - 1958 En. Utam Singh
  • 1959 - 1971 En. Neoh Thean Chye
  • 1971 - 1988 Tuan Hj. Alias Mohd B. Abd. Ghani, PPT
  • 1988 - 1989 Tuan Hj. Muhammad Amin B. Alang Endut, PPT
  • 1989 - 1997 Tuan Hj. Saleh B. Razali
  • 1997 - 1998 Tuan Hj. Arsyad B. Ghazali
  • 1998 - 2000 Pn. Hjh. Bibi Sabariah Bt. Hj.Yusoff
  • 2000 - 2001 En. Mohd. Idris B. Ramli
  • 2001 - 2011 En. Awalludin B. Kasim
  • 2011 - 2013 Tn. Hj. Mahadi B. Hj. Sidek
  • 2013 - 2013 En. Osman B. Mohamed Bahari
  • 2014 - 2017 Puan Natasha Chew Abdullah
  • 2017 - 2021 Puan Hajah Zabidah Binti Hassim
  • 2021 - 2023 Tuan Haji Saipol Baharim Bin Razali
  • 2024 - sekarang Puan Nor Hashimah Binti Abdul Samat

Ketua Pelajar[sunting | sunting sumber]

Senarai dimulakan dari tahun 1989.

1989: Mohd Sazali Bin Saad.

  • 2000 - Mohd.Sharizad B. Mohd. Sapandi
  • 2001 - Wong Fatt Yin
  • 2002 - Jamaluddin Ramli
  • 2003 - Nora Abdullah
  • 2004 - Adliikwan Yunus
  • 2005 - Ng Kun Kwan
  • 2006 - Malik Syam B. Mohammed. Latiff
  • 2007 - Raghuvaran Sundramoorty
  • 2008 - Malik Syam B. Mohammed. Latiff
  • 2009 - Siti Halimah binti Abu Bakar
  • 2010 - Gordon Soo Chien Phang
  • 2011 - Norhayati Binti Zainuddin
  • 2012 - Yugendran A/L Ellumalay
  • 2013 - Muhammad Izzul Haikal Bin Hj. Zulfakar
  • 2014 - Muhammad Izzul Aniq Bin Hasrin
  • 2015 - Muhammad Asyraf Muzafar Bin Mohd Halim
  • 2016 - MUHAMMAD FAREEZ BIN ROSLI
  • 2022 - MUHAMMAD IMRAN HARITH
  • 2023 - MUHAMMAD ASYRAF BIN ROSMAN

Alumni[sunting | sunting sumber]


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil
Jalan Kelab
35000, Tapah
Perak,  Malaysia
Telefon = 6054011152
Fax = 6054018340

Pautan luar[sunting | sunting sumber]