Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya
Moto Sentiasa Menuju Ke Arah Cemerlang
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Puan Hjh. Norma binti Daud
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Hjh. Habshah binti Mohamad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Hjh. Che Supiah bt Awang
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Ng Sie Fong
Kod sekolah BEA9609
Lokasi  Malaysia Persiaran Fauna 2, Zon Flagship 2CYBERJAYA, Selangor, Malaysia
Laman web http://www.smkcyberjaya.edu.my/
Telefon 383188088
Faks 383183588


Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya (SMKC) adalah sebuah sekolah menengah yang terletak di Cyberjaya, Selangor, yang bersebelahan dengan SK Cyberjaya dan berdekatan dengan Universiti Multimedia. Ia dibina di daerah Sepang, Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya merupakan sekolah berkonsepkan Sekolah Ceria berasaskan IT dan mula beroperasi pada 14 Jun 2004 dengan 4 orang murid, 21 orang guru yang diketuai oleh Pengetua Perintis, Tn. Hj. Salehuddin bin Abd. Rasid dibantu oleh Pn. Hjh. Hamidah bt. Said selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Habshah bt. Mohamad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan En. Jeyem Thiram a/l Maniam selaku Penolong Kanan Kokurikulum

Merangkumi kawasan seluas 11 ekar, SMK Cyberjaya terletak di dalam kawasan yang diwartakan sebagai Koridor Raya Multimedia. Malah SMK Cyberjaya merupakan sebahagian daripada pelan tersebut. Pada peringkat awal sekolah ini merupakan sekolah bestari "Level A" tetapi diubah menjadi sekolah Ceria IT. Bersesuaian dengan konsep tersebut, SMK Cyberjaya dibekalkan dengan peralatan dan kemudahan yang canggih.

SMK Cyberjaya dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan berikut :

  • dewan
  • surau
  • bangunan pentadbiran
  • 5 blok akademik yang mengandungi 36 buah kelas yang setiap satunya boleh menampung 36 orang murid
  • sudut membaca, pusat sumber
  • 3 buah makmal komputer
  • bengkel-bengkel kemahiran hidup
  • bilik "Self Access Centre"
  • bilik Bimbingan dan Kaunseling
  • bilik muzik
  • 175 buah komputer serta Internet Percuma (Yes 4G)
  • bilik kesihatan dan pergigian
  • koperasi sekolah
  • kantin
  • bilik SPBT
  • tempat menunggu bas berbumbung

Enrolmen murid yang bermula dengan hanya 4 orang murid, kini telah mencecah 773 orang. Pengetua Kedua, Puan Fuziah bt. Mahmood menggantikan Pengetua Perintis bermula September 2007 sehingga 16 Disember 2012. Bermula 17 Disember 2012 SMK Cyberjaya diterajui oleh Pn. Hjh Norma binti Daud.


Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sentiasa Menuju Ke Arah Cemerlang

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Cyberjaya Cemerlang dan Gemilang Menjelang 2015

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Memastikan SMK Cyberjaya sentiasa cemerlang, gemilang dalam kurikulum dan kokurikulum, disiplin dan sahsiah berteraskan pentadbiran yang telus, persekitaran yang kondusif serta perhubungan komuniti yang baik.

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Mewakili 6 Tonggak Kecemerlangan[sunting | sunting sumber]

  • Cemerlang Pentadbiran
  • Cemerlang Kurikulum
  • Cemerlang Kokurikulum
  • Cemerlang Sahsiah
  • Cemerlang Keceriaan
  • Cemerlang Komuniti

Warna Lencana[sunting | sunting sumber]

  1. Kuning - Keagungan dan Ketinggian
  2. Biru - Keharmonian
  3. Hijau - Kesuburan dan lambang sekolah ini dibina di atas tapak Program Buku Hijau
  4. Ungu - Merupakan warna rasmi Sekolah Bestari Malaysia

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  • Encik Md. Salehuddin bin Abd Rasid (2004-2006)
  • Puan Fuziah binti Mahmood (2006-2012)
  • Puan Hjh Norma binti Daud (2012-sekarang)

Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • 2006
    • Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sepang
    1. Lelaki bawah 15 tahun (Ketiga)
    • Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sepang
    1. Hafazan (Johan)
    2. Syarahan Perempuan (Naib Johan)
    3. Tilawah Al-Quran (Naib Johan)
  • 2011
    • Kejohanan Tenpin Boling MSSD Sepang
    1. Perempuan Bawah 15;
  • Perseorang :
  *Nur Amira (2 KRK)
  • Berpasukan :
  *Johan
    1. Lelaki Bawah 15;
  • Perseorangan:
  *Muhammad Nur Hazarizq (1Cyber1)
  • Berpasukan :
  *Johan
  • 2013
    1. Choral Speaking Daerah Sepang (Naib Johan). Our One Malaysia
    2. Bicara Berirama Daerah Sepang (Johan)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya
Persiaran Fauna 2, Zon Flagship 2
Selangor, Malaysia
Telefon = 383188088
Fax = 383183588

Pautan luar[sunting | sunting sumber]