Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein
Lokasi
 Malaysia Jalan Wan Md Razalli, 34100, Selama,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6058394048
Kod sekolahAEE6059
PengetuaKHAIRUL BIN DAMIRI
GPK Pentadbiran dan AkademikRAMLI BIN ABDUL WAHAB
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMOHD AZLAN BIN JOHAN
Penolong Kanan KokurikulumNOOR DIRAN BINTI MOHD IDHAM
Faks6058394048


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein atau nama ringkasnya SMK Dato' Hj Hussein, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Wan Md Razalli.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein memiliki 695 pelajar lelaki dan 763 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1458 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2009. Pada Januari 2024 SMK Dato' Haji Hussein mempunyai 1009 pelajar termasuk PPKI, aliran perdana dan pelajar tingkatan 6.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah tersebut diambil sempena nama ADUN Selama, Perak yang pertama, Allahyarham Dato' Seri Haji Hussein Yaacob. Beliau berasal dari Sungai Bayor, Selama Perak dan berketurunan Melayu yang berasal dari Yala, Pattani. Sebelum menceburi dunia politik, Allahyarham merupakan seorang guru agama dan telah menghabiskan masa menuntut di Mekah, Arab Saudi selama hampir 10 tahun di sana. Allahyarham memulakan kerjaya beliau sebagai seorang ahli politik apabila diberikan amanah oleh Perdana Menteri Malaya, Almarhum Tunku Abdul Rahman untuk bertanding di kerusi tersebut di dalam Pilihanraya Umum Malaya pada tahun 1959 dan seterusnya memenangi kerusi tersebut.

Allahyarham kemudian terus diberikan kepercayaan untuk bertanding di kerusi yang sama oleh Almarhum Tunku dan pengganti beliau, Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada pilihanraya ke-2 (1964) dan ke-3 (1969).

Antara jasa-jasa yang ditaburkan oleh Allahyarham sepanjang beliau berkhidmat sebagai ADUN kawasan Selama, Perak ialah dengan menghadiahkan tanah-tanah milik beliau untuk didirikan sebuah hospital dan sekolah menengah itu sendiri.

Selain daripada itu, tidak ramai yang mengetahui bahawa memandangkan Allahyarham cukup rapat dengan Perdana Menteri ke2, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau telah berjaya meyakinkan Allahyarham untuk memberikan peluang kepada para pemuda yang berasal daripada Selama, Perak untuk terlibat di dalam projek FELDA yang pada ketika itu, ianya masih berada di dalam peringkat awal dan perancangan.

Allahyarham Dato' Seri Haji Hussein menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada bulan Mac, 1976. Sebagai mengenang kembali jasa-jasa yang diberikan oleh Allahyarham Dato' Seri Haji Hussein, pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk menamakan semula Sekolah Menengah Selama, Perak kepada Sekolah Menengah Dato' Haji Hussein.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SMK Dato' Hj Hussein merupakan salah satu pasukan Takraw terkuat di negeri Perak. Pada 2023 sekolah ini mewakili negeri Perak kejohanan MSSM dan hanya melepasi Suku Akhir kejohanan yang berlangsung di Kedah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein
Jalan Wan Md Razalli
34100, Selama
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058394048
Fax = 6058394048

Pautan luar[sunting | sunting sumber]