Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman
Lokasi
Km. 7, Jalan Sungai Petani, 05400, Alor Star,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah pusat serenti dadah, Sekolah kerajaan
MotoRajin Usaha Jaya
Ditubuhkan (1986-01-01) 1 Januari 1986 (umur 38)
Nombor sekolah6014-444 tekan ii xdpt
Kod sekolahKEA2096
Pengerusi PIBGPMX
PengetuaSANUSI MD NOR
WarnaHijau,Kuning
GPK Pentadbiran dan AkademikAzimah Binti Mahmud
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridJamilah Binti Ramli
Penolong Kanan KokurikulumBushra Hj. Abdullah
Faks6047642721


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman atau nama ringkasnya SMKDWMS, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km. 7, Jalan Sungai Petani.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman memiliki 457 pelajar lelaki dan 309 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 766 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman bermula pada Januari 1986 dengan nama Sekolah Menengah Tandop, Alor Setar. Pada ketika itu sekolah ini beroperasi di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman dengan 200 orang pelajar 7 orang guru dan 3 orang staf sokongan. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pada bulan Ogos tahun 1987, sekolah telah mula beroperasi di bangunan baru yang beralamat di KM. 7, Jalan Sungai Petani, 05400 Alor Setar, Kedah dengan mempunyai 3 blok dan 1 bengkel. Tanggal 7 Julai 1996 satu cadangan dibuat untuk menukar nama sekolah daripada Sekolah Menengah Tandop kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman dan dengan rasminya nama sekolah ditukar pada 07 September 1996. Pada 07 Disember 1997 Rumah Guru siap dibina. Surau sekolah dibina pada 01 Disember 2000 dan pada 12 Mei 2001 bangunan surau sekolah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Makmal Komputer dan bangunan baru sekolah juga siap dibina pada bulan Julai 2002 dan Januari 2003. Pada tahun 2005 sekolah mendapat sebuah bengkel MPV dan satu blok rumah guru diubahsuai menjadi kelas MPV.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman
Km. 7, Jalan Sungai Petani
05400, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047643770
Fax = 6047642721

Pautan luar[sunting | sunting sumber]