Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub terletak di pekan Bota Kanan, Negeri Perak. Sekolah ini terletak berhampiran dengan pejabat penghulu Bota Kanan dan perpustakaan Desa Bota Kanan dan terletak lebih kurang 37 kilometer dari Ipoh.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada 1964 dengan Tn. Hj. Mohd. Nor b. Alang Harun sebagai pengetua pertama. Muridnya terdiri daripada murid-murid sekolah rendah di sekitar seperti Sekolah Kebangsaan Bota Kanan, Sekolah Kebangsaan Padang Tenggala, Sekolah Kebangsaan Padang Changkat,Sekolah Kebangsaan Telok Bakong dan beberapa sekolah lain. Murid-murid ini merupakan lepasan peperiksaan darjah enam yang terakhir pada masa itu. Merekadi kenali sebagai murid sekolah anika jurusan.

Pada awal tahun 1965 murid-murid baru dari sekolah rendah sekitarnya memulakan persekolahan mereka dan murid-murid sekolah anika jurusan dipindah ke Sekolah Menengah di Parit. Dari itu bermulalah era Sekolah Menengah Rendah di Bota Kanan ini. Murid-murid ini meneruskan pendidikan dari sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah)tanpa melalui peperiksaan darjah enam. saya adalah salah seorang daripada murid tersebut dan amat bertuah kerana dapat menyambung persekolahan juga sebagai cucu kepada tuan tanah sebelumnya

Keinginan penduduk setempat untuk mendapatkan sebuah institusi pengajian tinggi di kawasan Bota Kanan telah wujud sejak negara ini dalam zaman penjajahan lagi. Hal ini kerana kebanyakan penduduk setempat tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke bandar bagi mendapatkan pendidikan yang baik dan sempurna di mana-mana sekolah Inggeris.

Di kawasan pekan Bota Kanan sememangnya tidak terdapat sekolah menengah. Oleh yang demikian penduduk tempatan terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah menengah yang hanya terdapat di pekan Parit iaitu Sekolah Menengah Iskandar Shah. Jarak perjalanan dari Bota Kanan ke Parit ialah 16 km. Memandangkan itu sahaja sekolah menengah yang ada ketika itu ia menyebabkan Sekolah Menengah Iskandar menjadi tumpuan ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah walaupun jaraknya agak jauh. Pada masa itu kemudahan pengangkutan amat kurang. Perjalanan ke Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit menjadi satu kesulitan; dimana terdapat pelajar-pelajar lelaki berbasikal di awal pagi.

Tapak sekolah tersebut dibeli oleh Kerajaan daripada seorang penduduk (Ketua Kampung) yang bernama Kulup Sohor bin Alang Lamit di awal tahun 1960an. Tanah tersebut merupakan dusun durian keluarga tersebut.

Sekolah Menengah Rendah ini menyediakan dua aliran pendidikan iaitu Aliran Melayu terus ke tingkatan satu dan Aliran Inggeris dikenali sebagai 'Remove Class'.


Biodata sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Pengetua: En. Nayan b. Mahmood
  • Penolong Kanan Pentadbiran:Pn. Marina bt. Yaakob
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid:En. Mior Ibrahim b. Abdul Rahman
  • Penolong Kanan Kokurikulum:En. Mustafa Kamal b. Mohd Yunus
  • Guru Kanan Bahasa: Pn. Salina bt. Pandak Saaid
  • Guru Kanan Sains dan Matematik: Pn. Anom Hamimi bt. Azumu
  • Guru Kanan Teknik dan Vokasional: Pn. Rosilawati bt. Jaafar
  • Guru Kanan Kemanusiaan: Pn. Fasihah bt. Marsom
  • Bilangan guru: 98 orang
  • Bilangan murid: 1286 orang
  • Bilangan staf sokongan: 26 orang
  • Bilangan kelas: 36 buah