Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Rahman Yakub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Rahman Yakub
Lokasi
 Malaysia Sek.Men.Kebangsaan Dhary (Sedaya),, 96700, Kanowit, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMENYEDIAKAN PENDIDIKAN BERKUALITI KEPADA MURID SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERUSAHA, BERILMU, BERDISIPLIN
Nombor sekolah6084755707
Kod sekolahYEB3301
Pengerusi PIBGEn Teo
PengetuaEn William Baja
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Dali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Mohd Rosdi
Penolong Kanan KokurikulumEn Chia Fk
Faks6084755145


Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Rahman Yakub atau nama ringkasnya SMK DHARY atau lebih dikenali sebagai SMK Sedaya, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kanowit, Sarawak.

Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Rahman Yakub memiliki 350 pelajar lelaki dan 400 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 750 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2011

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kanowit Rural Improvement School[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1957, sekolah SMK Dhary (SEDAYA) dikenali sebagai Kanowit Rural Improvement School. Ketika itu, sekolah ini digunakan sebagai tempat untuk memberi latihan dalam bidang pertanian kepada belia bumiputera supaya mereka menjadi petani yang berjaya.

Guru Besar sekolah pada ketika itu ialah Mr. Gerunsin Lembat. Disebabkan oleh keperluan dan permintaan untuk mengadakan pendidikan formal yang lebih sempurna telah bertambah, hasilnya kurikulum bercorak akademik dimasukan ke dalam kurikulum sekolah ini.

Pembukaan rasmi[sunting | sunting sumber]

Kanowit Government Secondary School ialah salah sebuah Sekolah Menengah Kerajaan yang tertua di Sarawak. Upacara perasmian sekolah ini telah dilangsungkan pada 26hb April 1958 oleh Resident Bahagian Ketiga, Sarawak, Mr. D.C. White.

Pada tahun pertama persekolahan pendidikan formal diadakan, di sekolah ini hanya terdapat empat buah kelas sahaja. Kelas-kelas ini terdiri daripada kelas ’Primary One’, Kelas ’Primary Six’, sebuah kelas ’Chinese Transition’ dan sebuah kelas ’Form One’.

Bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun 1958 seramai 159 orang. Pelajar ini datang dari seluruh Negeri Sarawak dan Guru Besarnya ialah Mr. Vincent Uzaraga.

Nama baru[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 1971, Ketua Menteri Sarawak, Dato Haji Abdul Rahman Ya’kub dan rombongan melawat sekolah ini. Sempena dengan lawatan ini, beliau telah mengumumkan dengan rasminya pertukaran nama sekolah ini kepada Sekolah Menengah Dato Haji Abdul Rahman Ya’kub, Kanowit.

Nama singkatan[sunting | sunting sumber]

Pada 5hb Mei 1972, Ketua Menteri Sarawak, Dato Haji Abdul Rahman Ya’kub sekali lagi melawat sekolah ini sempena merasmikan termasya Sukan Tahunan Sekolah. Dalam ucapannya, beliau mencadangkan bahawa ’SEDAYA’ boleh digunakan sebagai nama singkatan bagi Sekolah Menengah Dato Haji Abdul Rahman Yakub. Beliau juga menyarankan supaya pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa berusaha dengan ’sedaya upaya’ mencapai kecemerlangn dalam bidang akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh meningkatkan prestasi sekolah. Mulai dari tarikh itu, sekolah ini lebih dikenali di Sarawak sebagai sekolah ’SEDAYA’.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Rahman Yakub
Sek.Men.Kebangsaan Dhary (Sedaya),
96700, Kanowit
Sarawak, Malaysia
Telefon : 6084755707
Faks  : 6084755145

Pautan luar[sunting | sunting sumber]