Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said
Lokasi
 Malaysia Sungai Dua, 13800, Butterworth,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6043563994
Kod sekolahPEA2052
Faks6043563994


Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said atau nama ringkasnya SMK Datuk Haji Ahmad Said, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Dua.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said memiliki 393 pelajar lelaki dan 417 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 810 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1985, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah di sekitar Butterworth, Kepala Batas dan Bukit Mertajam. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di kawasan Sungai Dua. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Dua (SMSD) mula dibuka pada 2 Januari 1985, dengan hanya 120 orang pelajar (66 pelajar lelaki dan 54 pelajar perempuan, 6 orang guru dan seorang penolong kanan serta Pengetua En Othman B. Bakar. Pada tahun 1990, SMSD telah bertukar nama ke SMK Datuk Haji Ahmad Said (SMKDHAS) sempena nama seorang tokoh yang banyak berjasa di kawasan Sungai Dua.

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

MISI SEKOLAH Masyhur Gemilang 2010

MISI

  1. Mencapai prestasi akademik setanding sekolah premier.
  2. Meraih kejayaan gemilang dalam setiap aktiviti kokurikulum.
  3. Melahirkan pelajar bersahsiah mulia dan berketrampilan.
  4. Menjadi penanda aras sekolah berprasarana cemerlang.

Menjelang tahun 2010, SMKDHAS mempunyai misi untuk:

MASYHUR GEMILANG AKADEMIK

Mempunyai prestasi akademik setanding kejayaan sekolah-sekolah kawalan dan premier di kawasan PPD Utara melalui Program Peningkatan Prestasi Berkualiti dan Dinamik.

MASYHUR GEMILANG KOKURIKULUM

Mendapat kejayaan yang cemerlang dalam setiap pertandingan di peringkat negeri melalui penglibatan menyeluruh pelajar dan program persediaan yang intensif.

MASYHUR GEMILANG SAHSIAH

Menghasilkan pelajar-pelajar yang mendapat pengiktirafan budaya salahlaku sifar dan budi pekerti mulia di peringkat negeri dan kebangsaan melalui Program Qudwah Hasanah yang konsisten dan komprehensif.

MASYHUR GEMILANG PRASARANA

Menyediakan fizikal sekolah yang bersih, indah dan kondusif untuk pembudayaan ilmu dan menjadi model di peringkat kebangsaan melalui program peningkatan Keceriaan dan Kebersihan dan Kelas Bestari yang Inovatif.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said
Sungai Dua
13800, Butterworth
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043563994
Fax = 6043563994

Pautan luar[sunting | sunting sumber]