Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru
Lokasi
 Malaysia Jalan Diplomatik,Off Jalan Bako, 93050, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU, BERTAQWA, BERJAYA
Nombor sekolah6082311670
Kod sekolahYEA1207
PengetuaUmmi Soefiah binti Ishak
Faks6082312721


Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru atau nama ringkasnya SMK Demak Baru, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Diplomatik,Off Jalan Bako, Kuching, Sarawak. Sekolah ini terletak berhadapan dengan Pejabat Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Daerah Kuching. Mempunyai dua aliran utama iaitu Aliran Perdana (Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima) dan Aliran Pendidikan Khas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru atau nama ringkasnya SMK Demak Baru, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Diplomatik,Off Jalan Bako. Pada awalnya, sekolah ini dikenali dengan nama SMK Baru Kuching. Kemudian pada awal bulan Ogos 2004, nama sekolah ini telah dipinda kepada SMK Demak Baru dengan kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan nombor rujukan JP/PPPS/NAMA Sek/0074/(140).

Pada tahun 2003, sekolah ini mempunyai 27 orang tenaga pengajar termasuklah pihak pengurusan, staf sokongan(8 orang) dan bilangan kelas sebanyak 11 buah kelas untuk aliran perdana manakala 4 buah kelas untuk aliran Pendidikan Khas. Jumlah pelajar pada tahun tersebut adalah seramai 413 orang. Pada awal penubuhan sekolah ini, Puan Saftuyah Binti Adenan yang merupakan Penolong Kanan Satu telah memulakan pengurusan sekolah dengan memangku jawatan sebagai pengetua dan dibantu oleh Encik Samsudin bin Haji Drahman selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pada tahun 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru telah memiliki seramai 555 pelajar lelaki dan 462 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1017 orang. Kini, SMK Demak Baru telah mengembangkan tahap fasiliti sekolah dengan penambahan jumlah kelas sehingga 37 buah kelas merangkumi 26 buah kelas aliran perdana dan 9 buah kelas aliran pendidikan khas. Jumlah pelajar pula adalah seramai 1017 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 65 orang guru dan 19 orang staf sokongan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru
Jalan Diplomatik,Off Jalan Bako
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082311670
Fax = 6082312721

Pautan luar[sunting | sunting sumber]