Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya
Lokasi
 Malaysia Jalan Hospital, Jengka, 26400, Bandar Jengka,, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094676897
Kod sekolahCEA9168
Faks6094676897


Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya atau nama ringkasnya SMK Desa Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Hospital, Jengka.

Pada 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya memiliki 176 pelajar lelaki dan 129 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 305 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya (SMKDJ) mula dibina di bandar Jengka dalam tahun 1999 dan siap untuk beroperasi pada tahun 2003. Keluasan tapak SMK Desa Jaya ialah lebih kurang 20 hektar. SMK Desa Jaya dibina bersebelahan SK Desa Jaya. SMK Desa Jaya mula beroperasi pada 1 Jun 2003 satelah menerima seramai 345 orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 dari SMK Jengka Pusat. SMK Desa Jaya menerima seramai 21 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan dari sekolah sekitarnya sebagai perintis pembukaan sekolah ini. Nama sekolah ini diberi bersempena nama penempatan Taman perumahan Desa Jaya yang terletak berhampiran dengan sekolah. Sekolah ini merupakan sekolah gred B yang dikatogerikan sebagai sekolah luar bandar. SMK Desa Jaya menerima Tuan Pengetua yang pertama iaitu Pn. Hjh Hafidzah bt. Jono pada April 2003 dan beroperasi sebagai sekolah harian biasa yang menerima pelajar-pelajar dari Tanah Rancangan FELDA Jengka 8, Taman Perumahan Desa Jaya, Kuartes Guru SMK Jengka Pusat, Nadi Kota dan Kuartes TNB serta Hospital Jengka. Pada tahun 2008, En. Mohd Ariffin bin Abd Rahman menjadi pengetua yang ke 2 berkhidmat di sekolah ini diikuti pengetua ke 3, En Roslan bin Md Ali yang mula memimpin sekolah ini pada tahun 2011.

1JULAI 2015, En Zainuddin Bin Yazid telah diberi kepercayaan untuk mula menerajui kepimpinan SMK DESA JAYA. sebagai PENGETUA YANG KE-4.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya
26400, Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094676897
Fax = 6094676897

Pautan luar[sunting | sunting sumber]