Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling (SMKDP)
Moto Berilmu, Beriman, Berjasa
Ditubuhkan 2 Januari 2002 (12 tahun)
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Pengetua Hajah Sulasteri bt Ibrahim
Kod sekolah WEA0240
Lokasi  Malaysia Jalan 3/125 Desa Petaling, 57100 , Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 - Tingkatan 5
Nama singkatan SMKDP / SEDESAP
Laman web smkdp.edu.my
Telefon 603-90589302
Faks 603-90594501
"Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan"


Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling adalah Sekolah Menengah Kebangsaan yang diasaskan pada 2 Januari 2002. Sekolah ini dibuka dan diuruskan pentadbirannya buat kali pertama oleh Datin Hajah Maisarah binti Mat Dun. Sekolah ini terletak di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Pada mulanya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Malaysia Tambahan. Kemudian, dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling sehingga kini.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling memiliki 763 pelajar lelaki dan 753 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1516 orang. Ia mempunyai seramai 86 orang guru.2009

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Matlamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Memberikan pendidikan untuk memperkembang potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang sentiasa berusaha, berilmu dan berjasa.

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Mengutamakan perkembangan potensi diri yang bersepadu dan seimbang, berilmu, berakhlak mulia dan beramal soleh melalui usaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan secara berterusan dengan berteraskan budaya kerja cemerlang, profesional, dan penyayang demi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana SMKDP

Penerangan Tentang Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

1. Bentuk Jantung - Lambang Kehidupan
2. Bola - Kesukanan / Kecergasan
3. Gear - Kemajuan Teknologi
4. 'Mortar Board' - Kecemerlangan Akademik
5. Lambang Multimedia / Super Coridor (MSC) - Kemajuan Teknologi Maklumat
6. Buku / Kitab - Ilmu

Warna Lencana[sunting | sunting sumber]

Merah Keberanian untuk menghadapi cabaran
Kuning Kedaulatan raja-raja melayu dalam sistem pemerintahan raja
Hijau Keindahan alam semulajadi wajib dikekalkan untuk generasi akan datang
Putih Kesucian
Hitam Kepahlawanan
Biru Kasih sayang / perpaduan

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami putera puteri harapan bangsa
Berilmu, Beriman, Berjasa
Berdisiplin, setia bersemangat waja
Demi nusa, bangsa tercinta

Chorus:
Bersatu mencapai cita murni
Bersama menghadapi cabaran
Di dalam era globalisasi
Mara terus berjaya

Maju dalam sains teknologi
Cemerlang dalam pelbagai bidang
Warga SMK Desa Petaling
Mara terus gemilang

Kami putera puteri harapan bangsa
Pewaris kepimpinan Negara
Berbilang kaum dan berbilang agama
Hidup harmoni dan sehati sejiwa
Maju SMKDP-ku yang tercinta

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Smkdpanorama.jpg

Sejarah sekolah ini telah bermula sejak pembukaannya pada 2 Januari 2002 di bawah pimpinan Datin Hajah Maisarah bt Mat Dun sebagai pengetua pertama. SMK Desa Petaling sebelum ini dikenal dengan nama SMK Kampung Malaysia Tambahan bermula dengan 1 sesi persekolahan, dengan 15 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 201 orang pelajar, telah meningkat kepada 2 sesi persekolahan pada tahun 2007 sehingga kini. Sekolah ini telah dirasmikan pada 30 Jun 2007 oleh Yang Berhormat Dato' Zulhasnan bin Rafique. Jumlah bilangan pelajar bertambah setiap tahun sehingga mencapai 1,500 orang pelajar pada tahun 2012. Bilangan guru pada tahun 2012 ialah 107 dan staf sokongan ialah 15 orang. Bilangan kelas juga bertambah kepada 47 buah kelas. Di samping itu, kelas Pendidikan Khas juga turut dibuka pada tahun 2003 dengan 6 kelas.

Sejajar dengan pertambahan guru dan murid, prasarana sekolah juga tidak ketinggalan diberi perhatian. Pusat Akses Komputer, Bilik Muzik dan Kantin sekolah telah dinaiktarafkan. Taman Herba Sains, Taman Unit Bimbingan dan Kaunseling, Taman Ala Inggeris telah diwujudkan. Sebagai langkah keselamatan pihak sekolah juga telah memasang CCTV di beberapa bahagian di kawasan sekolah untuk mengawal disiplin pelajar serta keselamatan sekolah bermula pada Oktober 2009. Menjelang tahun 2010, beberapa bilik telah dinaiktaraf, iaitu Bilik Alat Pandang Dengar, Makmal Bahasa diubahsuai menjadi Makmal Komputer baru, Bilik Jahitan diubahsuai menjadi bilik darjah dan Bilik PPDa dibangunkan pada tahun 2011, Bilik Siaraya, Bilik Fail, Bilik Setiausaha Sukan serta Bilik Penyelaras Kokurikulum telah dibangunkan. Segala program yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Di bidang akademik, SMK Desa Petaling tidak ketinggalan. Kejayaan demi kejayaan telah dapat dicipta sejajar dengan Visi Kementerian Pendidikan untuk menjadi sekolah yang unggul, penjana generasi terbilang.

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai 5 buah rumah sukan yang dinamakan berdasarkan tokoh tempatan yang berjuang mengembalikan kedaulatan bangsa. Antaranya:

Rumah Warna
Tok Janggut
Dato' Bahaman
Dato' Maharaja Lela
Mat Kilau
Dol Said
     Merah
     Biru
     Kuning
     Hijau
     Ungu

Majalah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kulit Majalah SMKDP 2010

Majalah sekolah, yang dikenali sebagai SULUH BESTARI, merupakan majalah terbitan SMKDP yang diuruskan oleh lembaga Sidang Redaksi yang dianggotai oleh sepasukan pelajar dan guru yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah ini. Majalah ini mengumpulkan koleksi gambar dan rencana peristiwa tahunan sekolah serta turut menyiarkan karya-karya pelajar. Turut disertakan gambar barisan warga SMKDP untuk dijadikan kenangan bagi setiap tahun terutama bagi pelajar yang bakal menjadi lepasan sekolah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling
Jalan 3/125 Desa Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon : +603-90589302
Fax  : +603-90594501

Pautan luar[sunting | sunting sumber]