Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin
Moto Beriman, Berilmu, Beramal
Ditubuhkan 1967
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah AEA6048
Lokasi No 58, Jalan Raja Sulong, Kampong Boyan34000 Taiping,, Perak Darul Ridzwan,  Malaysia
Telefon 605-8072213
Faks 605-8072842


Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin atau nama ringkasnya SMK Doktor Burhanuddin, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di No 58, Jalan Raja Sulong, Kampong Boyan, Taiping, Perak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin memiliki 622 pelajar lelaki dan 948 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1570 orang. Ia mempunyai seramai 131 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tahun 1967

Sekolah mula dibuka dengan 26 kelas tingkatan 1 – 3. Pelajar ini adalah pelajar Aliran Kebangsaan yang ditempatkan di dua buah sekolah Aliran Inggeris iaitu Sekolah Menengah King Edward VII dan Sekolah Menengah Treacher Methodist, Taiping sejak tahun 1961. Dinamakan Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin bagi mengingati seorang tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan tanah air yang terkenal iaitu Prof. Doktor Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi yang telah meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 di Taiping, Perak.

Pada mulanya sekolah ini mengandungi 3 Blok (A, B dan C) bangunan 2 tingkat dengan 16 bilik darjah, 1 pejabat, 2 makmal sains, 2 bilik ERT, 3 bengkel dan sebuah kantin. Bilangan guru adalah seramai 23 orang. Pada tahun ini juga peperiksaan SRP kali pertama. Cogan kata asal "Pengetahuan Pandu Penghidupan".

Tahun 1969

Pada 1969, prasarana sekolah ini ditambah dengan satu blok bangunan Blok D yang menempatkan 9 bilik darjah, 2 bilik ERT dan 1 Makmal Sains.

Tahun 1970

Mula menerima pelajar dari SRJK Cina dan Tamil.

Tahun 1971

Sesuai dengan penambahan blok bangunan, kelas tingkatan 4 Aliran Sastera dimulakan pada 1971.

Tahun 1972

Peperiksaan SPM Aliran Sastera diadakan buat kali pertama.

Tahun 1974

Aliran Sains pada 1974 dimulakan. SMK Dr. Burhanuddin menerima pelajar dari SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau, SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, SMK dato' Haji Hussein, Selama dan SMK Sungai Bayor Selama.

Tahun 1975

Peperiksaan SPM Aliran Sains dan Sastera diadakan. Fizikal sekolah terus berkembang dengan pembinaan 1 blok bangunan 3 tingkat (Blok F) yang mengandungi 12 bilik darjah dan 3 Makmal Sains Tulen.

Tahun 1979

Bagi memenuhi permintaan pembelajaran setempat, kelas Tingkatan 6 Sains diwujudkan pada 1979.

Tahun 1980

Aliran Sastera pada 1980 diwujudkan bagi menampung pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah agama Perak.

Tahun 1981

Pada 1981 Kelas Pendidikan Khas dibuka bagi menempatkan kanak-kanak pekak dan bisu. Pada bulan Jun 1981 Timbalan Menteri Pendidikan Dato' Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan Dewan Besar SMK Doktor Burhanuddin.

Tahun 1982

1 Mac 1982, 2 buah blok asrama dibuka bagi menempatkan seramai 250 pelajar lelaki dan perempuan. Pada 1986, sebuah lagi bangunan asrama dibina bagi menampung keperluan pelajar yang semakin bertambah.

Tahun 1985

Pembinaan Blok Kilat 1 tingkat (Blok E) yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina.

Tahun 1986

Mendapat tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat untuk asrama lelaki. Mula menerima pelajar di bawah Rancangan Khas. Cogan Kata sekolah ditukar kepada “Beriman, Berilmu, Beramal.

Tahun 1987

Pembinaan surau berharga RM 60,000. Pembinaan bangunan koperasi sekolah. Pembinaan stor (berhampiran kantin) dan Bilik Disiplin.

Tahun 1988

Tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat (Blok G) mengandungi 10 bilik darjah.Bilik Sumber KBSM ditubuhkan.

Tahun 1991

Pusat Sumber Sekolah dipindahkan dari Blok D ke Blok G.Bilik Urusetia Peperiksaan diwujudkan dan tempat letak kereta siap dibina.

Tahun 1992

8 Ogos 1992 perasmian Dewan Syukri (Dewan Makan Asrama), Pusat Sumber Suri dan Bilik Gerakan Lokman Hakim oleh Puan Suri Yahya, isteri Allahyarham Doktor Burhanuddin Al-Helmi. Manakala Disember 1992 Kelas Aliran Agama Tingkatan 1 bermula. Menaikkan taraf Kantin Sekolah. Pembinaan kolam.

Tahun 1993

Membina benteng banjir yang kerap melanda SMK Doktor Burhanuddin. Membina tempat letak basikal pelajar.Memindahkan Bilik Guru daripada Blok C ke Blok G.

Tahun 1994

Pembinaan laluan berbumbung, menghubungkan Asrama dengan Surau.

Tahun 1995

Pembinaan Astaka Perhimpunan dan Astaka Padang.

Tahun 2001

Kelas Tingkatan 4 Pengajian Islam Aliran Sains bermula.

Tahun 2002

Bagi memastikan perkembangan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah ini selari dengan arus semasa, 1 blok Makmal Komputer yang menempatkan 2 buah makmal Komputer siap dibina.

Tahun 2003

Dataran Kejat tempat meletak kereta dibina.

Tahun 2009

Pembukaan sebuah dewan besar yang digunakan untuk menjalankan berbagai aktiviti berbentuk akademik dan kokurikulum.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin
No 58, Jalan Raja Sulong, Kampong Boyan
34000 Taiping
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 605-8072213
Faks = 605-8072842

Pautan luar[sunting | sunting sumber]