Sekolah Menengah Kebangsaan Durin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMK Durin
Lokasi
Peti Surat 190, 96007, Sibu, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCommited To Excellence
Berdedikasi Berdikari Berdisiplin
Kod sekolahYEE3201
PengetuaPuten Anak Gaong
Faks6084736396


Sekolah Menengah Kebangsaan Durin atau nama ringkasnya SMK Durin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Durin, menuju ke arah Bazaar Durin.

Pada tahun 2017 ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Durin memiliki 320 pelajar lelaki dan 291 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 611 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru iaitu 27 orang lelaki dan 33 orang perempuan. Manakala, bilangan anggota kumpulan penyokong iaitu 11 orang staf.2009

Sejarah dan Perkembangan[sunting | sunting sumber]

SMK Durin telah ditubuhkan pada 3 Januari 1979 dengan nama asalnya SMK Luar Bandar No.2 dan menumpang di bangunan SRK Batu 15, Jalan Oya. SMK Durin telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Khalil Yaakub iaitu Timbalan Menteri Pendidikan pada 24 Ogos 1983.

Pada peringkat awal penubuhan, bilangan kakitangannya terdiri daripada pengetua, 12 orang guru, seorang penyelia asrama, kerani, pembantu makmal, tukang kebun, penunggu pejabat, dan 3 orang tukang masak. Sementara itu, jumlah pelajar ialah seramai 289 orang dan daripada jumlah tersebut seramai 253 orang tinggal di asrama. Mereka ditempatkan di dalam dua buah bangunan asrama dan mempunyai kemudahan sebuah dewan makan. Bangunan sekolah pada masa tersebut diperbuat daripada kayu yang mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik guru dan 3 buah kuarters guru.

Sekolah ini telah ditadbir oleh 11 orang pengetua sepanjang pembukaannya bermula dari tahun 1979 sehingga ke hari ini.  Pengetua yang pertama En.Chan Kheng Lim (1979-1981), En.Didacus Hu Sing Ngie (1981-1984), En.Dominic Sulang Bujang (1985), En.Rijeng Jahet (1986-1989), En.William Baja Jap (1989-1992), En.Manggie Nyegang (1993-1997), En.Nicholas Bamplield (1997-1999), En.Tan Hock Sang (2000-2004), En.Hassan Bin Haji Wa’gani (2004-2005), En.Mering Jock Eng (2005-2006), En.Kuso Ak. Jantan (2006-2014), Pn. Sandy Wong Lai Kee (2015- April 2016), Pn. Wong Siew Ling (April 2016-Julai 2017), En. Law Tua Beng (Julai 2017-2020), dan kini En. Puten Anak Gaong (2021-sekarang).

Terdapat banyak perubahan yang telah berlaku terutamanya dari segi kemudahan dan juga akademik. Misalnya pada tahun 2002, kelas aliran Sains telah ditawarkan di SMK Durin. Pada tahun 2004 pula, sebanyak 5 buah flat baru telah disediakan kepada para guru dan kakitangan sokongan sekolah. Pada tahun 2005, kelas Tingkatan 6 telah dibuka di SMK Durin dan jumlah pelajarnya ialah seramai 101 orang dengan menawarkan aliran kemanusiaan. Pada tahun 2007, Selain itu, kini terdapat sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan lebih daripada 20 buah komputer berserta kemudahan internet. SMK Durin turut menyediakan kemudahan bilik akses yang mempunyai 10 buah komputer untuk kegunaan para guru dan para pelajar.

Pada sesi 2009, Bilik APD, Bilik Rehat, Stor Bangkel Kayu dan Bilik ERT telah diubah suai   keceriaannya. Bilik Guru yang terdapat di blok makmal telah dibekalkan dengan kemudahan penghawa dingin, jumlah bilik kelas telah pun bertambah kepada 28 buah.

Perubahan fizikal berlaku semasa dipegang oleh pengetua Pn. Sandy Wong Lai Kee iaitu semua lantai dalam kelas dan makmal sekolah telah dipasang lantai jubin. Kemudahan fizikal makmal sains banyak diperbaiki dan diganti baharu.

Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pengurusan Data dan Maklumat[sunting | sunting sumber]

Data dan maklumat berkaitan dengan sekolah diuruskan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Data dan Maklumat yang dipengerusikan oleh Pengetua. Penyelaras jawatankuasa ini ialah Cik Wong Mee Ling yang merupakan Guru Data sekolah yang telah dilantik semenjak tahun 2019 hingga kini. Pada waktu ini, penegurusan data sekolah banyak tertumpu kepada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang dilakukan secara atas talian. SPS ini melibatkan tiga bahagian utama iaitu Pengurusan Sekolah (EMIS Online), Pengurusan Staf (E-Operasi) dan Pengurusan Murid (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Durin,
Jalan Durin,
Peti Surat 190,
96007, Sibu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084736386
Fax = 6084736396

Pautan luar[sunting | sunting sumber]