Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi (SMKC ) ialah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan Malaysia. Sekolah ini terletak di daerah Bentong dan dikongsi oleh dua buah Felda iaitu Felda Chemomoi dan juga Felda Kemasul.

SMKC mampu menampung kapasiti pelajar lebih kurang 700 orang. Warga pelajar di SMKC bukan sahaja dari Felda Chemomoi, tetapi dari 3 buah daerah iaitu Felda Kemasul, Kampung Chemomoi serta Simpang Pelangai. Namun begitu, majoriti yang paling banyak adalah dari Felda Kemasul serta Felda Chemomoi.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi

Menjadi sebuah sekolah yang terbilang dalam daerah Bentong.

Misi
  • Menghasilkan pelajar yang sentiasa berusha memperolehi ilmu yang seimbang dalam semua bidang bagi membina sahsiah diri dan sempurna secara berterusan.
  • mengembangkan potensi dan bakat pelajar bagi membuka luas peluang untuk melanjutkan pelajaran demi kerjaya dan masa hadapan.
  • Meningkatkan kemahiran berfikir dan belajar agar pelajar aktif dalm aktiviti kurikulum, kokurikulum dan mangamalkan pergaulan yang sihat.