Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang
Lokasi
Km 7, Jalan Hulu Kelang, Ampang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1967
Nombor sekolah+603-342565159
Kod sekolahBEB7652[1]
PengetuaEn Mohd Rohan bin Sidek
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Zaidaton Akma binti Zol Kaperi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Hamidah binti Buang
Penolong Kanan KokurikulumPn Nor Asifah binti Abdul Wahab
Faks+603-42532985


Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang atau nama ringkasnya SMK Hulu Kelang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km 7, Jalan Hulu Kelang, Gombak, Selangor. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967 yang menawarkan program arus perdana dan program tingkatan enam (Pra-Universiti). Sekolah ini merupakan sebuah sekolah Transformasi Sekolah 2025 (TS25) sebuah program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang memiliki 257 pelajar lelaki dan 210 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 467 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMKHK ditubuhkan pada bulan Januari 1965 dan dirasmikan kali kedua pada 19 Julai 1994 oleh Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu, Dato' Amar Sulaiman Haji Daud. Nama sekolah ini kerap bertukar sejak zaman British sehingga mencapai kemerdekaan. Pada awalnya sekolah ini dinamakan Darjah Menengah, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris, Batu 14 1/4, Jalan Hulu Kelang.

Kemudian, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris kerana pada waktu itu, hanya terdapat kelas menengah rendah. Akhir sekali, nama SMK Hulu Kelang telah dipakai.

Logo sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Warna putih, merah, biru, dan kuning melambangkan bendera Malaysia.
  • Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Obor api melambangkan semangat belajar dan bersukan.
  • Bunga Raya dan kelopak melambangkan bunga kebangsaan menjadi bukti sebagai warga SMKHK yang menjunjung prinsip Rukun Negara.
  • Bola takraw melambangkan sekolah menggalakkan kegiatan sukan.
  • Buku melambangkan kepentingan ilmu pengetahuan.


Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu sekolah ini merupakan hasil gubahan Encik Malik Saidin dengan lirik oleh Puan Shamshul Mardiyyah bt Hj Bahrum.

Putera-puteri SMKHK,

Mendukung wawasan pendidikan,
Menjadi insan harmonis seimbang,
Menggarap gemilang masa depan.

Sederap kami melangkah,
Berilmu, Beramal, dan Beriman,
Asas pelajar, berketrampilan,
Penuh iltizam dalam kehidupan.

Berilmu, jaya dicari,
Beramal, tonggak peribadi,
Beriman, asas jaya diri,
Sekolah Menengah Hulu Kelang.

Kami putera-puteri sedia,
Menegakkan warisan bangsa,
Menhadiahkan piala jaya,
Untuk ibunda, sekolah, dan negara.

Barisan Pentadbir SMKHK[sunting | sunting sumber]

SMK Hulu Kelang mempunyai barisan guru yang berpengalaman dalam membentuk peribadi pelajar-pelajarnya.

Nama Jawatan
En Mohd Rohan Bin Sidek Pengetua SMKHK
Puan Zaidaton Akma bt Zoll Kaperi Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik
Puan Hamidah bt Buang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Nor Asifah bt Abdul Wahab Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Syamsul Mardiyah bt Hj Bahrum Penolong Kanan Tingkatan Enam
Puan Roseffin bt Ariffin Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
En. Muhammad Huzairon GKMP Kemanusiaan
Puan Wan Harinawati GKMP Sains dan Matematik
Puan Norzaiyana bt Ashaari GKMP Teknik dan Vokasional

Pusat Tingkatan Enam SMK Hulu Kelang[sunting | sunting sumber]

  • Pakej 1 2 kelas
    • 900 Pengajian Am
    • 910 Bahasa Melayu
    • 940 Sejarah
    • 970 Seni Visual
  • Pakej 2 1 kelas
    • 900 Pengajian Am
    • 910 Bahasa Melayu
    • 944 Ekonomi
    • 946 Pengajian Perniagaan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang
Km 7, Jalan Hulu Kelang
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-42565159
Fax = 03-42532985

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]