Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Sekolah Kluster Kecemerlangan)
Moto TEGAP, OBOR, ILMU
Ditubuhkan -
Dirasmikan -
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua PUAN HAJAH FARIDAH BT MOHAMAD
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik PUAN NORIAH @ NORIHA BT MOHAMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid TUAN HAJI MOHAMAD ARIFIN B IBRAHIM
Penolong Kanan Kokurikulum ENCIK ZAINUZZAMAN B MOHD NOH
Pengerusi PIBG Datuk Rozali Isohak
Kod sekolah DEA1123
Lokasi  Malaysia Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab15300, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Nama singkatan SMKIP @ SMIP
Laman web http://www.smkip.com/
Telefon 6097481848
Faks 6097479936
x


Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ) atau nama ringkasnya SMK Ismail Petra (Integ), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ) memiliki 318 pelajar lelaki dan 545 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 863 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009


Pentadbiran SMK Ismail Petra 2013[sunting | sunting sumber]

PENGETUA: Puan Hajah Faridah bt. Mohamad


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN: Puan Noriah @ Noriha bt. Mohamad


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID: Tuan Haji Mohamad Arifin b. Ibrahim


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM: Encik Zainuzzaman b. Mohd Noh


PENOLONG KANAN TINGKATAN 6: Tuan Haji Arrif b. Othman


PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS: Puan Wan Jah bt. Wan Yusoff


Guru Kanan Bahasa Puan Rozita bt. A. Hamid


Guru Kanan Sains & Matematik Cik Hajah Nik Rosila bt. Mahmood


Guru Kanan Sains Sosial Puan Hajah Zalina bt. Ali


Guru Kanan Teknik & Vokasional Encik Zahrulsham b. Hamzah


Penyelaras SKK Puan Azizah bt. Abd Hamid


Kaunselor Cemerlang Sekolah Encik Wan Rusaidi b. Wan Abdullah


Kaunselor Sekolah Puan Norizan bt. Abdullah

Maklumat Asas Sekolah (terkini)[sunting | sunting sumber]

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Sekolah Kluster Kecemerlangan) Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab 15300 Kota Bharu Kelantan


KOD SEKOLAH: DEA 1123


GRED SEKOLAH: A


KATEGORI SEKOLAH: Sekolah Harian Bandar


KEBITARAAN; -Akademik  : Bahasa Inggeris -Kokurikulum : Warisan Budaya


NAMA PENGETUA: Puan Hajah Faridah binti Mohamad


NAMA PENGERUSI PIBG: Datuk Rozali Isohak


NO. TELEFON: 09-7481848


NO. FAKS: 09-7479936


EMEL: smkismailpetra@gmail.com


Visi SMKIP[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi


Misi SMKIP[sunting | sunting sumber]

Melahirkan Modal Insan yang Seimbang dan Berkemahiran Tinggi Melalui Pengurusan Pendidikan Berkualiti


Matlamat SMKIP[sunting | sunting sumber]

Menyedari dan menginsafi bahawa pendidikan merupakan aset yang penting dalam kejayaan individu, masyarakat dan negara, maka SMK Ismail Petra menetapkan untuk:

• melahirkan pelajar yang berwawasan, berketerampilan, dan serba boleh dalam segala bidang serta mempunyai daya juang yang tinggi dan bertakwa kepada Maha Pencipta-Nya;

• membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengembangkan potensi yang ada melalui program akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah diri, dan;

• melahirkan insan yang berhemah tinggi peribadinya, cendekiawan pemikirannya dan cergas dalam gerak kerja.


Slogan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Seiring Mengungguli Inspirasi Permata Petra (SMIP)


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra terkenal dengan akronimnya SMIP berdasarkan nama asalnya, Sekolah Menengah Ismail Petra. SMK Ismail Petra merupakan sekolah kawalan aliran Melayu terawal yang ditubuhkan di negeri Kelantan. Pada awal penubuhannya, pada 5 Januari 1969 sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Putera, dengan memakai nama Sekolah Menengah Wakaf Mek Zainab, dan dibuka secara rasmi pada 20 Mac 1969. Setahun kemudian, iaitu pada 20 Mac 1970, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri di lokasi sekarang ini dan memakai nama Sekolah Menengah Ismail Petra, bersempena nama Yang Teramat Mulia Tengku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Negeri Kelantan ( sekarang merupakan Sultan Kelantan ).

SMIP kemudiannya menjadi sekolah perintis Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan (YBhg Tan Sri Datuk Seri Wira Abd. Rahman Arshad) bagi projek Sekolah Kawalan Khas pelajar aliran Melayu di Kelantan pada tahun 1971. Di bawah projek sekolah kawalan ini, pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang dari seluruh negeri Kelantan dipilih untuk belajar di SMIP, bermula di Tingkatan 4 dan 6 Bawah. Seterusnya, status sekolah kawalan khas ini kekal sehingga ke hari ini melalui program Sekolah Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

SMIP merupakan sekolah ‘premier’ aliran Melayu terulung yang pernah ditubuhkan di negeri Kelantan. Sebagai sebuah sekolah yang ulung, SMIP telah banyak melakarkan sejarah kejayaan dan pencapaian cemerlangnya di persada pendidikan negeri dan kebangsaan. SMIP telah berjaya melahirkan ramai tokoh pelajar yang menjadi tokoh-tokoh terkenal di seluruh negeri dan negara dalam pelbagai bidang sama ada pendidikan, ekonomi, politik, sukan dan kemasyarakatan.


Peristiwa Penting[sunting | sunting sumber]

5 Januari 1969 Sekolah mula dibuka dengan nama Sekolah Menengah Wakaf Mek Zainab (menumpang di SM Putera).

20 Mac 1969 Perasmian 2 blok bangunan sekolah oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan dengan nama baru Sekolah Menengah Ismail Petra. Pelajar terdiri daripada Tkn. 4 dan 6 sahaja.

1975 Perasmian bangunan tambahan, dewan dan asrama sekolah oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan.

Februari 1975 Pembinaan Mussala sekolah bermula

Mac 1980 Mussala sekolah mula digunakan.

Januari 1984 Pengambilan pertama pelajar Tingkatan 1.

Januari 1986 Pengambilan pertama pelajar pendidikan khas (cacat pendengaran) seramai 27 orang. SMIP menjadi sekolah integrasi khas.

Mac 1988 Keberangkatan DYMM Slutan Kelantan dan Raja Perempuan ke SMIP bagi mencemar duli ke Majlis Penyampaian Hadiah.

Januari 1997 Mata Pelajaran Perkomputeran bagi Tingkatan 6 diperkenalkan seluruh negara dan SMIP antara sekolah pertama di kalangan 13 buah negeri seluruh negara dipilih KPM.

2000 SMIP dipilih sebagai Sekolah Kawalan Khas JPN Kelantan dengan semua tingkatan aliran sains tulen (Tkn. 4 – 6).

2006 SMIP dikategorikan sebagai Sekolah Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

2007 Lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke SMIP.

2008 SMKIP menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) Kategori Sekolah Harian Bandar.

2009 SMKIP menjadi Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) peringkat kebangsaan.

2011 - SMKIP diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) - SMKIP diberi penghargaan 5 Bintang dalam penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS).

2012 SMKIP diberi penghargaan 5 Bintang untuk kali kedua dalam penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS).


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ)
Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab
15300, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097481848
Fax = 6097479936


Pautan luar[sunting | sunting sumber]